Tuesday, June 30, 2009

Sekitar Kes Liwat Anwar.....

hrm... ramai yg memperkatakan ini. Saya tidak tahu angle mana yang saya harus ambil.banyak sangat!!!...

ok , kita ambil yg ringan2 je...

saya ada kawan, ambil jurusan undang-undang di salah sebuah universiti tempatan di sini. Saya kenali beliau sebagai seorang yang amat menyokong reformasi. Beliau melakukan latihan praktikal di Bukit Aman tahun 2005/2006 kalau tak silap. Sedang beliau bertugas2 tu. beliau terjumpa file kes anwar.Beliau pernah berkata kepada saya,


"dulu aku tak percaya psl kes liwat nih, tp lepas baca file kes tu.....entahlah....tak nampak loopholes yg mengatakan bende ni konspirasi"



hmmm....

mari kita lihat satu clause penting dlm keputusan perbicaraan anwar 1999.

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

terjemahannya berbunyi, (sorry, translate bulat2)

"Walaupun membaca rekod rayuan, kami mendapati terdapat bukti di mana tertuduh adalah terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden di Tivoli Villa berlaku, tetapi, mahkamah ini, hanya boleh mensabitkan bahawa tertuduh bersalah, sekiranya pendakwaan membuktikan dengan tepat bahawa insiden tersebut berlaku tanpa ada sebarang syak wasangka."

Maksudnya, hakim percaya perkara liwat tu berlaku. tapi tiada bukti yang 'beyond reasonable doubt' ( mcm rakaman video@audio, atau kesan2 air mani Anwar di dlm punggung Sukma) utk mensabitkan kesalahan.

Kenapa, Tak Percaya??

Ok. mungkin hakim boleh dibeli ( biasalah, anwar dan tuduhan konspirasinya.Semua org pun dituduh konspirasi ). Kita sebagai orang Islam, bukankah ada hakim yang paling Agung, melepasi langit dan bumi?...Kenapa dia tak nak bermuhabalah?....Bersumpah atas nama ALLAH dan biarkan orang ramai satu Malaysia menjadi hakim yang dia tidak liwat?

Dia tak pernah nak buat..Sewajarnya lah kan orang menuduhnya meliwat sebb dia tidak melakukan apa2 pun untuk membersihkan namanya dengan bermuhabalah mengikut Islam.

Dan Lagi.

Bagaimana anwar melalui peguam2 nya boleh request bukti asal: pita rakaman, dan di antaranya ialah keputusan ujian makmal :kesan DNA.... mana anwar tahu ada kesan DNA ?.... soalan penting : dari mana pihak pendakwa dpt kesan DNA anwar?
takkan atas tilam Tivoli Villa kot??.... mana ada kena mengena, kan, dlm kes anwar vs saiful?

mcmana pulak anwar tahu ada kesan DNA terlibat dlm perbicaraan kali ni?

eh, kata tak buat....tak liwat saiful, konspirasi semata-mata.....habis kenapa boleh mintak bukti mcm tu?...

ish, musykilnya anwar nih!!!...

pastu seboleh2 mintak tangguh....g court, mintak tangguh ada itu lah, ada ini lah.....

kalau tak buat, g je lah mahkamah.bagi keterangan. cepat habis , kan senang boleh buat kerja lain.? terus kan cita2 anda nak jadi PM Malaysia, demonstrasi sana sini. terbang ke US lah Australia lah.......kan lebih bermanfaat untuk anda...

yang asyik dok nak tangguh2 nape?
sekarang ni sibuk pulak nak gugurkan kes sebelum perbicaraan bermula...
kenapa ekk?


ni mesti ada apa2 ni...
.
.

Lagi Ulasan Tentang Kes Anwar

Friday, June 26, 2009

Update Kursus Jatidiri


.

berikut serba sedikit update tentang kursus jatidiri puteri pulai

- Pendaftaran bermula jam 10-11 pagi ( jumaat)
-Taklimat pukul 11 pagi
- Sila bawa pakaian sukan, telekung, kasut sukan, tuala, pakaian yg bersesuaian
- Diharap T-shirt tiada yang terlalu ketat. seelok-eloknya bawa T-shirt Puteri
-Penginapan adalah di asrama yang disediakan

Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya (Jessnor Eina Mat Jizat) di jess.pu3pulai@yahoo.com.

Sekian , Terima Kasih
.
.

Pendidik Zaman Sekarang....

Cuba teliti laporan akhbar di bawah.Sumber dari Harakah Daily.

KUALA KRAI, 24 Jun (Hrkh) - Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itulah agaknya yang melatari kempen Umno di Dun Manek Urai sekarang. ni dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN).

Mungkin agak melucukan bagi warga pendidik. Sedangkan mereka saban hari mengakses maklumat, malah ramai juga ada membangunkan blog sendiri.Setiap hari mereka menerima SMS mengenai isu yang berlaku di seluruh dunia. Mereka tahu skandal kewangan yang begitu besar dilonggok bagi menyelamatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

"Apakah Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang. Kami sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat.Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN," kata seorang guru di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit meminta 187 warga pendidik yang layak mengundi menyokong calon BN di Manek Urai selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan. Beliau membuat gesaan itu selepas menyampaikan bantuan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) kepada 290 murid di Sekolah Kebangsaan Laloh. Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini.

Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, di sebuah sekolah hendak mencari guru yang cenderung politik kepada Umno agak sukar kerana mereka tahu perkembangan isu semasa. "Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk."Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah."Ada kawan yang mengajar di sebuah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno," katanya..


Nak tergelak saya dengar tentang komen guru-guru dalam harakah ni. Amboi-amboi, senang je tuduh orang lain seleweng duit kerajaan pasal isu Pelabuhan Klang.

Sedarlah wahai guru-guru pro pembangkang sekalian. Anda tu pun makan duit kerajaan juga. Hasil daripada kutipan cukai-cukai kami yang tidak berada di sektor awam ini. Maka , sepatutnya lah anda menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas. Bukan sibuk menyebarkan fahaman politik kepada pelajar, mengatakan kerajaan ni jahat.

Dahlah makan duit kerajaan, pastu sibuk sebar dakyah bahawa kerajaan ni jahat...tidak kah mcm melepaskan anjing tersepit namanya?...kalau benci sgt dgn kerajaan, yg mohon KPLI jadi cikgu kerajaan kenapa?....jadi lah guru sekolah pondok ke...sekolah private ke?...tidakkah kelihatan seperti anda ni hipokrit?....dok ngata2 kerajaan, tp tiap2 bulan mkn duit kerajaan jugak....Macammana hidup nak berkat?...


Kami yg bekerja swasta yang bagi duit untuk hipokrit2 seperti anda ni pun tak label kerajaan yang dipilih oleh majoriti mcm anda.... KPLI tu atas gagasan kerajaan kelantan PAS kah?..kalau bukan, kenapa anda mohon jugak....kerja lah di sektor swasta mcm kami(saya). baru lah boleh sewenang2nya kutuk kerajaan...ini, sedap mengata cikgu umno selewenglah selalu hilanglah....tp anda yg ulas dlm paper harakah ni ape? tak seleweng ke namanya?....tak mengata dulang paku serpih ke?...
.
.
inilah cikgu pembangkang....tak sedar diri...

Tuesday, June 23, 2009

Kerajaan Perpaduan (UG) dan Politik PAS...

Cuba baca laporan akhbar ni.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Pergerakan Wanita UMNO akan mengutus jemputan kepada Dewan Muslimat Pas untuk mengadakan perbincangan dalam isu-isu yang menyentuh penyatuan kaum Melayu Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu dibuat sebagai menyokong keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding tanpa syarat dengan pimpinan parti itu berhubung kerajaan perpaduan.

‘Saya selaku Ketua Pergerakan akan mengutuskan jemputan kepada Ketua Dewan Muslimat Pas untuk kami kaum wanita duduk berbincang bagaimana boleh menentukan penyatuan kaum Melayu Islam yang sedia terjalin di negara ini,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan perpaduan ummah tidak diancam oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat berlaku perpecahan kaum Melayu Islam di negara ini.......

dengan laporan ini...

KUALA LUMPUR 18 Jun - Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu baru-baru ini untuk sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama pakatan pembangkang.

Timbalan Ketuanya, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.

"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai satu gagasan.

"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


ahaks....mcm ada something wrong somewhere,kan?

sepatutnya, Parti Politik yang berteraskan Islam, yang tutup aurat dengan sempurna, pakai tudung labuh sampai ke lutut lah yg perlu mencerminkan peribadi yang lebih baik....Sepatutnya Dewan Muslimat PAS perlu nampak lebih bersungguh sementelahan pula idea ini cetusan Presiden PAS....ini dah terbalik...Dewan Muslimat PAS lebih menyokong kepada perpecahan umat Islam....

Apabila 'kepentingan politik' dilihat lebih utama daripada 'kepentingan ummah', ini lah yang terjadi.

Astaghfirullahal'azim......


Sebenarnya pertama kali didengar tentang unity government ni, adalah melalui Tuan Hj Hadi Awang, Presiden PAS. Maknanya cetusan idea beliau lah yang inginkan perbincangan UG ni.

Kita sebagai UMNO mmg menyambut baik lah cadangan ni..Ye lah, siapa yang tak nak perpaduan,kan?

Tapi alangkah sedihnya, ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS amat kurang senang dengan idea ini sampaikan menggelarkan Timb Presidennya yang baru dilantik 'boneka UMNO'....ish...

dan yang terbaru, idea ini ditolak setelah perbincangan dgn Pakatan Rakyat. dan Hadi berkata UG sudah tidak relevan lagi...

dan cara mereka menulis dan melaporkan juga seolah-olah idea UG ni datang drpd kepimpinan UMNO...Padahal kita just terima je idea tu walaupun masih kabur-kabur dan boleh diperbincangkan lagi...

sendiri proposed, sendiri reject.....ape cerita ni bang?
Nampak sangat , tidak konsisten....

Lagi satu, kenapa MESTI perlu minta persetujuan DAP dgn Keadilan dulu kalau PAS nak buat apa2?...

Apakah PAS tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam Pakatan Rakyat?

Adakah PAS hanya menjadi 'boneka' di situ?

:wink:

Friday, June 19, 2009

KurSus Jati Diri PuTeRi....



Kursus Jati Diri Puteri Pulai
akan diadakan

di

Telok Gorek, Mersing

pada :

3, 4 dan 5 Julai 2009

objektif program :

- memupuk budaya berpasukan di kalangan ahli
- menonjokan sifat-sifat kepimpinan
- menyemai semangat jatidiri terhadap kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi oleh golongan muda di masa hadapan


butiran :

* semua AJK diwajibkan hadir
* semua cawangan perlu menghantar sekurang2nya 3 orang
* penginapan, makanan, minuman dan pengangkutan adalah di bawah tanggungan puteri pulai.

sesiapa ahli puteri pulai ataupun bakal menjadi ahli yang berminat untuk mengikuti kursus ini,
sila email saya seperti berikut :

jess.pu3pulai@yahoo.com
@
beri nama kepada ketua puteri cawangan anda
sekian terima kasih

TEMPAT ADALAH TERHAD...