KUALA KRAI, 24 Jun (Hrkh) - Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itulah agaknya yang melatari kempen Umno di Dun Manek Urai sekarang. ni dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN).
Mungkin agak melucukan bagi warga pendidik. Sedangkan mereka saban hari mengakses maklumat, malah ramai juga ada membangunkan blog sendiri.Setiap hari mereka menerima SMS mengenai isu yang berlaku di seluruh dunia. Mereka tahu skandal kewangan yang begitu besar dilonggok bagi menyelamatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.
"Apakah Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang. Kami sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat.Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN," kata seorang guru di sini.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit meminta 187 warga pendidik yang layak mengundi menyokong calon BN di Manek Urai selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan. Beliau membuat gesaan itu selepas menyampaikan bantuan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) kepada 290 murid di Sekolah Kebangsaan Laloh. Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini.
Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, di sebuah sekolah hendak mencari guru yang cenderung politik kepada Umno agak sukar kerana mereka tahu perkembangan isu semasa. "Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk."Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah."Ada kawan yang mengajar di sebuah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno," katanya..
Nak tergelak saya dengar tentang komen guru-guru dalam harakah ni. Amboi-amboi, senang je tuduh orang lain seleweng duit kerajaan pasal isu Pelabuhan Klang.
Sedarlah wahai guru-guru pro pembangkang sekalian. Anda tu pun makan duit kerajaan juga. Hasil daripada kutipan cukai-cukai kami yang tidak berada di sektor awam ini. Maka , sepatutnya lah anda menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas. Bukan sibuk menyebarkan fahaman politik kepada pelajar, mengatakan kerajaan ni jahat.
Dahlah makan duit kerajaan, pastu sibuk sebar dakyah bahawa kerajaan ni jahat...tidak kah mcm melepaskan anjing tersepit namanya?...kalau benci sgt dgn kerajaan, yg mohon KPLI jadi cikgu kerajaan kenapa?....jadi lah guru sekolah pondok ke...sekolah private ke?...tidakkah kelihatan seperti anda ni hipokrit?....dok ngata2 kerajaan, tp tiap2 bulan mkn duit kerajaan jugak....Macammana hidup nak berkat?...
Kami yg bekerja swasta yang bagi duit untuk hipokrit2 seperti anda ni pun tak label kerajaan yang dipilih oleh majoriti mcm anda.... KPLI tu atas gagasan kerajaan kelantan PAS kah?..kalau bukan, kenapa anda mohon jugak....kerja lah di sektor swasta mcm kami(saya). baru lah boleh sewenang2nya kutuk kerajaan...ini, sedap mengata cikgu umno selewenglah selalu hilanglah....tp anda yg ulas dlm paper harakah ni ape? tak seleweng ke namanya?....tak mengata dulang paku serpih ke?...
.
.
inilah cikgu pembangkang....tak sedar diri...
No comments:
Post a Comment