Tuesday, June 23, 2009

Kerajaan Perpaduan (UG) dan Politik PAS...

Cuba baca laporan akhbar ni.

KUALA LUMPUR 17 Jun - Pergerakan Wanita UMNO akan mengutus jemputan kepada Dewan Muslimat Pas untuk mengadakan perbincangan dalam isu-isu yang menyentuh penyatuan kaum Melayu Islam di negara ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu dibuat sebagai menyokong keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding tanpa syarat dengan pimpinan parti itu berhubung kerajaan perpaduan.

‘Saya selaku Ketua Pergerakan akan mengutuskan jemputan kepada Ketua Dewan Muslimat Pas untuk kami kaum wanita duduk berbincang bagaimana boleh menentukan penyatuan kaum Melayu Islam yang sedia terjalin di negara ini,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan perpaduan ummah tidak diancam oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat berlaku perpecahan kaum Melayu Islam di negara ini.......

dengan laporan ini...

KUALA LUMPUR 18 Jun - Dewan Muslimat Pas tetap berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu baru-baru ini untuk sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan UMNO dan kekal bersama pakatan pembangkang.

Timbalan Ketuanya, Senator Siti Zailah Yusof berkata, pihaknya memahami kecelaruan yang timbul di kalangan ahli-ahli Pas akar umbi, pimpinan peringkat bawahan, penyokong dan pengundi Pas berhubung isu kerjasama politik antara Pas dengan UMNO.

"Bagaimanapan, Muslimat Pas akan tetap berjuang bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai satu gagasan.

"Kami menyeru kepada ahli-ahli supaya bertenang dan jangan cepat cemas dengan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan pakatan pembangkang dan perpaduan dalam Pas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Siti Zailah berkata, pihaknya ingin menyeru kepada semua pimpinan Pas supaya tidak membuat cadangan baru di luar keputusan muktamar atau yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta Majlis Syura Ulama.


ahaks....mcm ada something wrong somewhere,kan?

sepatutnya, Parti Politik yang berteraskan Islam, yang tutup aurat dengan sempurna, pakai tudung labuh sampai ke lutut lah yg perlu mencerminkan peribadi yang lebih baik....Sepatutnya Dewan Muslimat PAS perlu nampak lebih bersungguh sementelahan pula idea ini cetusan Presiden PAS....ini dah terbalik...Dewan Muslimat PAS lebih menyokong kepada perpecahan umat Islam....

Apabila 'kepentingan politik' dilihat lebih utama daripada 'kepentingan ummah', ini lah yang terjadi.

Astaghfirullahal'azim......


Sebenarnya pertama kali didengar tentang unity government ni, adalah melalui Tuan Hj Hadi Awang, Presiden PAS. Maknanya cetusan idea beliau lah yang inginkan perbincangan UG ni.

Kita sebagai UMNO mmg menyambut baik lah cadangan ni..Ye lah, siapa yang tak nak perpaduan,kan?

Tapi alangkah sedihnya, ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS amat kurang senang dengan idea ini sampaikan menggelarkan Timb Presidennya yang baru dilantik 'boneka UMNO'....ish...

dan yang terbaru, idea ini ditolak setelah perbincangan dgn Pakatan Rakyat. dan Hadi berkata UG sudah tidak relevan lagi...

dan cara mereka menulis dan melaporkan juga seolah-olah idea UG ni datang drpd kepimpinan UMNO...Padahal kita just terima je idea tu walaupun masih kabur-kabur dan boleh diperbincangkan lagi...

sendiri proposed, sendiri reject.....ape cerita ni bang?
Nampak sangat , tidak konsisten....

Lagi satu, kenapa MESTI perlu minta persetujuan DAP dgn Keadilan dulu kalau PAS nak buat apa2?...

Apakah PAS tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam Pakatan Rakyat?

Adakah PAS hanya menjadi 'boneka' di situ?

:wink:

No comments:

Post a Comment