Thursday, December 24, 2009

Daftar Pemilih

Statistik pemadanan data oleh SPR dengan usahasama Jabatan Pendaftaran Negara mendapati 4.9 juta individu  berumur 21 tahun ke atas tidak mendaftar sebagai pengundi. 2.85 juta daripadanya merupakan golongan bumiputera.

Daripada jumlah itu, Negeri Johor  mencatatkan jumlah kedua tertinggi iaitu 605 000 individu.

Terdapat 26 Parlimen di Negeri Johor. Jika dibahagi secara purata, terdapat lebih kurang 23 600 yg belum mendaftar untuk satu parlimen.

Biasanya purata pengundi bumiputera dalam 50%-60% setiap kawasan, kecuali kawasan2 tertentu...

Jadi, lebih kurang 11 000 bumiputera yg berumur 21 tahun ke atas yg tidak daftar pengundi di Parlimen Pulai.

Jumlah yg agak membimbangkan!

Beberapa sesi perjumpaan dengan ketua cawangan telah diadakan dan meminta supaya mereka mengambil tindakan dengan menghubungi ahli-ahli yang terlibat agar mereka mendaftar sebagai pemilih. Setiap ketua cawangan telah diberi maklumat mengenai ahli yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Dalam sesi temubual bersama penduduk,  ada yg berasa keliru kerana mereka telahpun mengisi borang keahlian umno. Mereka berpendapat, dgn mendaftar menjadi umno, secara automatik telah daftar pengundi.

Perlu diingatkan, mendaftar sebagai ahli umno BUKAN bererti anda mendaftar sebagai pemilih. Anda perlu mendaftar pemilih di kaunter2 SPR yg sering dibuka atau di Pejabat Pos atau wakil2 daripada kami yg telah dilantik. Sila semak sama ada anda telah mendaftar sebagai pemilih ataupun belum di sini :



 Ayuh puteri! Mari laksanakan tugas kita untuk mendaftarkan ahli untuk mengundi.





1 comment:

  1. Kepada e-Patriot SSS,

    Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

    Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

    Salam Sejahtera,

    “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
    Admin SSS

    ReplyDelete