Thursday, December 24, 2009

You Just Dont Get It, Do You?

Anak menteri besar Kelantan Nik Amalina Nik Abdul Aziz mempersoalkan kenapa hanya bapanya sahaja yang bangun mempertahankan PAS sedangkan pemimpin yang lain didakwa bersikap membisu di dalam blognya (amaran, sgt panjang berjela dipenuhi tulisan2 yg self-centered):

"Jangan melihat sebelah mata bahawa saya hanya mempertahankan suami, tapi bukalah mata seluasnya, politik itu licik, hanya yang bijak mampu merubah segalanya. Kenapa harus Tok Guru saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu, buktikan dengan tindakan jangan hanya suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu Kerajaan Islam hari ini.i,"

Puan,

Saya faham perasaan puan. Sayangkan ayahanda dan suami tercinta. Tetapi kemelut ini, adalah ciptaan  suami puan dan secara indirectly, ayahanda puan sendiri.

Mungkin pemimpin lain berbeza pendapat dgn puan dan suami.
Mungkin pemimpin lain mahukan perubahan dalam pentadbiran PAS yg selama ini diterajui oleh ayahanda puan.

Jadi, jika pendapat tidak selari dgn pendapat puan, adakah mereka perlu mempertahankan pendapat puan?
Apakah sekiranya tiada Nik Aziz dan Ariffahmi di dalam PAS, tiada lagi parti PAS di Malaysia?sudah tentu tidak....PAS adalah organisasi, bukan monarki!!...

Jadi, tolonglah...

See the big picture.

Yang sayang suami dan ayahanda puan, adalah puan sahaja. Pemimpin lain lebih sayangkn PAS. Untuk PAS melangkah lebih jauh, semua liabiliti perlu diselesaikan terlebih dahulu..
.
.
.
ps: n please no more making fool of yourself. kasihan kepada pemimpin2 PAS yg lain, makin sukar kerja mereka untuk menahan serangan. Apa yg mereka ingin jawab jika ditempelak, '
'ahli2 PAS ni penakut semuanya, cth ariffahmi, ada ke menyorok belakang bini? berani buat berani tanggunglah. Memanipulasi wanita betul!! '

No comments:

Post a Comment