Thursday, May 28, 2009

Soal Jawab Tentang Chin Peng

Siapakah Chin Peng ini?

Chin Peng , atau nama sebenarnya Ong Boon Hua , merupakan pengasas PKM tahun 1940- an hingga 1970-an (Parti Komunis Malaya). Cuba menyebarkan ideologi komunis di Malaysia dengan kekerasan. Ingin menghapuskan Sistem Raja-Raja di Malaysia. PKM terkenal dengan taktik serangan gerilla dan menyeksa orang-orang kampung di pinggir hutan yang tak berdosa. membunuh dengan cara mengelar mangsa di seluruh badan.



PKM juga menentang Jepun pada zaman 1940-an. Bukankah dia juga pejuang kemerdekaan?

Chin Peng menentang Jepun bukan kerana penjajahan ke atas Tanah Melayu tetapi kerana Jepun adalah musuh Tanah Besar China. Semasa itu, negara China berfahaman komunis. Setelah Tanah Melayu(Malaysia) mencapai kemerdekaan pada 1957, PKM terus menjalankan pemberontakan bersenjata di seluruh Malaysia sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat pada tahun 1960. Sekiranya beliau pejuang kemerdekaan, mengapa beliau terus-terusan menghuru-harakan negara, mengorbankan beribu-ribu tentera kita setelah merdeka?



Mengapa ramai yang menentang kemasukan semula Chin Peng di negara ini? Bukankah Perang sudah lama tamat? Maafkan sahajalah beliau.

Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara rasmi dari Raja-raja Malaysia, kerajaan , keluarga tentera yang terbunuh dan rakyat Malaysia di atas segala bentuk keganasan yang dilakukan oleh gerila PKM. Beliau tidak pernah menyatakan rasa kesal beliau ekoran penglibatannya dengan PKM.

Malah,
sewaktu rundingan Baling pada Disember 1955, Chin Peng dengan angkuhnya meminta kerajaan menghalalkan PKM sebagai syarat perlucutan senjata. Hanya di saat pergerakan komunis se dunia menghadapi era kehancuran pada penghujung dekad 90'an (yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Sosialis Soviet pada 1991) barulah PKM mengalah dan secara rasmi menyerah kalah pada 2 Disember 1989 di Haadyai.

Beliau hanya menyerah kalah dan tidak pernah menyebut untuk membubarkan PKM atau menyatakan rasa kesalnya kerana menghuru-harakan Malaysia.



Tapi kenapa Shamsiah Fakeh dibenarkan pulang ke Malaysia oleh Kerajaan? Beliau ahli komunis juga?Tidakkah Kerajaan mengamalkan double standard?

Tidak dinafikan Allahyarhamah Shamsiah Sutan 'Fakeh' adalah seorang aktivis berhaluan kiri yang berfahaman komunis. Tetapi sejarah perjuangan beliau BUKAN bermula dengan PKM, beliau asalnya aktivis PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda), dan pernah mengepalai sayap wanita parti itu iaitu AWAS (Angkatan Wanita Sedar) pada tahun 1946.

Perjuangan PKMM ialah MEMERDEKAKAN Tanah Melayu, bukan MENGKOMUNISKAN bumi ini. Bagaimanapun para pemimpin Komunis pada masa itu berjaya MEMPENGARUHI sebilangan besar aktivis PKMM untuk berjuang bersama PKM dengan harapan menarik sokongan kaum Melayu. Mujur lah pada 1946 UMNO ditubuhkan dan berjaya MENAWAN hati orang Melayu melalui pergerakan nasionalisme kanan yang dibawa parti itu.

Selepas British mengisytiharkan darurat pada 1948, Samsiah menanggotai Rejimen ke 10 PKM. Menurut beliau dalam bukunya 'Memoir Shamsiah Fakeh', beliau seboleh-bolehnya mengelak daripada bertempur dengan Polis dan Askar Melayu, beliau menulis;

“Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka”

Beliau bersama Rejimen ke 10 sehingga beliau di hantar ke China pada tahun 1956. Pada tahun 1972 beliau DIPECAT sebagai ahli PKM oleh Chin Peng kerana berselisih pendapat dengan ketua PKM itu. Setahu saya beliau tidak pernah mencabar pemecatannya. Selepas itu Samsiah Fakeh BUKAN LAGI ahli PKM.



sumber : wikipedia, buku sejarah tingkatan 3 (1995), mykmu.net, utusan melayu.

Tuesday, May 19, 2009

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua





Sudah tiba masanya sistem pembelajaran di Malaysia dikaji semula. Sistem yang lebih pragmatik dan liberal. Saya masih ingat, suatu waktu dahulu, sekolah wawasan yg lebih kurang sama objektifnya digagaskan oleh Tun Dr Mahathir. Sayangnya, gagasan itu tidak menjadi realiti kerana mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Namun pada hari ini, kita lebih nampak kesan sistem sekolah vernakular yang diamalkan di negara kita. Kempen cetusan beberapa bloggers ternama ini adalah tepat sejajar dengan konsep One Malaysia Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. Jadi, kawan-kawan mari menyokong kempen ini. dengan menandatangani petisyen di sini :

Antara cadangan yang diusulkan ialah :

  • Pengkajian Semula Sistem Pelajaran Negara oleh Kumpulan Bebas

Kami mencadangkan suatu kajian terperinci oleh kumpulan pengkaji bebas di adakan keatas fenomena Sekolah Vernakular ini.
Kumpulan pengkaji bebas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman yang setimpal dan berkecuali dari politik (non-partisan) sepenuhnya demi menentukan integriti laporan yang akan dikeluarkan. Tokoh asing yang terkenal dan berpengalaman dalam kajian sebegitu boleh juga dijemput ke kumpulan pengkaji untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti kajian dan laporan tersebut.


Normal 0 false false false
  • Penggubalan semula Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 tidak sejajar dengan matlamat pengwujudan Bangsa Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Akta tersebut yang membolehkan wujudnya sekolah vernakular haruslah dirombak agar ianya kembali kepada niat asal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Akta tersebut berbunyi:-

"AND WHEREAS the above policy is to be executed through a national system of education which provides for the national language to be the main medium of instruction, a National Curriculum and common examinations; the education provided being varied and comprehensive in scope and which will satisfy the needs of the nation as well as promote national unity through cultural, social, economic and political development in accordance with the principles of Rukunegara."

Walaubagaimanapun, kewujudan sekolah vernakular mengabaikan objektif yang tertera di atas. Penggubalan semula Akta ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengecapi suatu struktur pendidikan yang seragam melalui keperkasaan sistem sekolah kebangsaan.



  • Mata Pelajaran Sejarah DiMestikan


Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, arca dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.


Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia
ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara.



  • Penulisan Semula Buku-Buku Teks Sejarah

Kami juga mencadangkan supaya buku-buku teks Sejarah negara di kaji semula secara menyeluruh. Fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan terperinci harus dicatatkan oleh kumpulan cendiakawan yang terbukti kewibawaan dan integriti mereka. Penghuraian sejarah yang betul akan memainkan peranan sebagai pencetus kepada pembentukan suatu Bangsa Malaysia yang sehati dan sejiwa di Tanah Air kita yang bertuah ini.

Untuk membaca bagaimana kempen ini mula-mula dicetuskan dan memorandum penuh, sila layari blog demi negara.

Mari Sign Petisyen!! Satu Sekolah Untuk Semua...
.

Monday, May 18, 2009

Soal Jawab Kes Altantuya

Adalah perlu bagi kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tentang kes yang dikaitkan dengn nama Perdana Menteri Kita ini. Kita sering dimomok2kan oleh pihak pembangkang tentang kes ini dan saya amat berterima kasih kerana bloggers paneh miang kerana sudi mengkaji dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul tentang kes pembunuhan Altantuya ini. Antara Soal jawab ini telah diutarakan oleh kumpulan Solidariti Anank Muda Malaysia dengan warga paneh miang. Selebihnya diolah mengikut kesesuaian penulis.



Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali? 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa?

Dalam sesebuah perbicaraan, contohnya pembunuhan – jika pihak peguambela mempunyai fakta/bukti yang menunjukkan adanya individu lain yang turut terlibat dalam pembunuhan tersebut, maka strategi ‘skill advocacy’ akan digunakan ke atas saksi utama di awal perbicaraan dengan tujuan untuk pembinaan kes pembelaan. Contohnya, peguambela akan bertanyakan soalan, "Setuju atau tidak jika saya katakan ada orang lain yang terlibat?"

TETAPI dalam kes Altantuya, peguambela mahupun peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya TIDAK PERNAH bertanyakan soalan tersebut kepada saksi utama iaitu pegawai penyiasat kes pembunuhan tersebut. Malah soalan sebegini juga TIDAK PERNAH DITANYA KEPADA MANA-MANA SAKSI DI SEPANJANG PERBICARAAN KES ALTANTUYA.

Ini membuktikan bahawa pihak peguambela serta peguam pemerhati kes Altantuya telah sedia maklum akan hakikat sebenar bahawa Najib tidak terlibat dalam kes tersebut.

Dalam afidavit Razak Baginda, beliau telah mengaku mengenali serta mempunyai hubungan dengan Altantuya. Beliau juga mengaku bahawa Altantuya sering mengganggu, mengugut serta meminta wang daripadanya. Ugutan wang itu hakikatnya tiada kena mengena langsung dengan wang komisen/rasuah etc. seperti yang sering difitnah pembangkang. Malah, Razak Baginda dalam afidavitnya juga mengaku bahawa beliau telah meminta bantuan daripada Azilah serta Sirul yang kebetulan dikenalinya. Beliau meminta Azilah dan Sirul untuk menyelesaikan masalah gangguan Altantuya serta menjauhkan Altantuya daripadanya (get rid of her).

Namun, Razak Baginda juga menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah ertikan oleh Azilah dan Sirul. Beliau menegaskan bahawa kenyataan "menyelesaikan masalah" itu tidak bermaksud menyuruh Azilah ataupun Sirul untuk membunuh Altantuya. Sebaliknya, Razak berkeras menyatakan bahawa tindakan membunuh Altantuya adalah dilakukan atas inisiatif Azilah serta Sirul sendiri, dan beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung ke atas pembunuhan tersebut.

Mahkamah cenderung untuk MEMPERCAYAI dan menerima afidavit Razak Baginda serta membuat keputusan untuk membebaskan beliau tanpa dipanggil membela diri. Kami difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara juga tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah melepaskan Razak Baginda, namun akur dengan keputusan tersebut.

Tambahan pula, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam kes ini. Walaupun dikatakan DS Najib berkemungkinan berkawan dengan Razak Baginda, namun adakah anda yakin bahawa DS Najib mengetahui apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya? Analogi mudahnya, semasa anda membaca blog ini, adakah anda tahu apa yang sedang dibuat oleh rakan baik anda ketika ini? Adakah anda yakin untuk menyatakan bahawa rakan baik anda ketika ini tidak langsung ‘bermesraan’ dengan mana-mana wanita/lelaki? Atau…tahukah anda apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh suami/isteri anda ketika ini? Bagaimana anda boleh tidak tahu apa yang sedang dilakukan rakan/suami/isteri anda ketika ini, sedangkan anda dengan yakin dan beraninya memfitnah bahawa DS Najib tahu apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya?




Secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah? Pistol, arahan siapa dan milik siapa?

Kami difahamkan bahawa segala bukti yang mengaitkan Azilah dan Sirul telahpun dibawa ke mahkamah termasuklah pistol dan sebagainya. Anda boleh semak rekod perbicaraan dan jangan hanya buat fitnah membabi buta. Penggunaan C4 juga sebenarnya tidak hanya digunakan oleh pihak tentera, tetapi bahan itu juga turut digunakan oleh pihak UTK PDRM dalam latihan dan operasi mereka. Kami difahamkan C4 digunakan oleh UTK untuk memecahkan pintu dalam beberapa kes siasatan jenayah.

Adakah anda pernah melihat bagaimana bentuk C4 itu? Jika anda pernah melihatnya, maka pasti anda juga tahu bahawa C4 itu dengan mudah boleh dialihkan tanpa dapat dikesan atau diketahui. Tambahan pula, Azilah dan Sirul merupakan anggota UTK, maka sudah tentu mereka mempunyai accessibility untuk membawa keluar bahan tersebut. Analogi mudahnya, jika anda tidak membuat semakan inventori, adakah anda tahu barang apa yang telah dibawa keluar oleh rakan sepejabat anda? Adakah anda akan sedar jika sampul surat, kertas A4, marker etc. sudah berkurangan di pejabat anda selagi semakan tidak dilakukan ke atas barangan tersebut? Dalam kes Altantuya, keadaan yang hampir sama berlaku ke atas C4 yang dibawa keluar dari stor simpanan sepertimana analogi yang diberikan tadi.




Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah diperolehi Razak Baginda (orang rapat DS Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan? Mengapa rekod imigresen Altantuya hilang?

Tuduhan tersebut TIDAK BENAR seperti yang telah diterangkan dalam persoalan awal sebelum ini. Ia tiada kena mengena langsung dengan komisen atau rasuah. Realitinya, Altantuya memeras wang daripada Razak Baginda kerana mengetahui kedudukan serta taraf Razak Baginda di Malaysia. Altantuya mengugut untuk merosakkan reputasi Razak dengan membongkarkan rahsia hubungan sulit Razak dengan dirinya pada masyarakat umum. Inilah realiti yang berlaku dan perkara ini turut dibentangkan di mahkamah. Malahan Altantuya turut membuat laporan polis sebelum berjumpa Razak dan antara kandungan laporan tersebut ialah - "Jika sesuatu berlaku kepada saya, maka pihak polis harus mencari Razak Baginda". .Jelas tiada nama DS Najib dalam laporan polis yang dibuat oleh Altantuya yang turut disaksikan rakan serta sepupunya sendiri

Begitu juga dengan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke Malaysia yang turut dibentangkan sebagai bukti di mahkamah semasa perbicaraan dan tiada siapa pun yang menghilangkannya. Jelas bahawa tuduhan ini adalah FITNAH semata-mata.




Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah mengaitkan DS Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Betulkah DS Rosmah terlibat?

Pelbagai bentuk fitnah yang telah dilakukan pembangkang. Persoalannya, mengapa nama DS Rosmah hanya muncul dipertengahan perbicaraan kes Altantuya dan bukannya di awal perbicaraan? Namun setelah bukti dibentangkan di mahkamah, ternyata DS Rosmah mempunyai alibi kerana semasa pembunuhan Altantuya berlaku, pada masa dan tarikh yang sama juga terdapat rakaman video yang menunjukkan DS Rosmah ketika itu berada dalam sebuah majlis. Berdasarkan bukti tersebut, maka Raja Petra Kamarudin kini menghadapi pertuduhan memalsukan akuan bersumpah. Maka jelaslah bahawa pihak mana yang sebenarnya telah membuat fitnah.



Selain itu wujud juga tuduhan kononnya DS Najib ber'sms' dengan peguam dalam kes perbicaraan ini. Benarkah?


Ternyata tuduhan itu juga tidak benar. Jika ia benar, maka sudah tentu peguambela serta Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati sudah membawa bukti itu ke mahkamah.

Malahan Bapa Altantuya sendiri pernah menyatakan kepada Jabatan Peguam Negara, "Thank you coz has been fair to my daughter". Bapa Altantuya sendiri tidak pernah menuduh DS Najib, jadi bagaimana pula anda boleh sewenang-wenangnya menuduh beliau? Cuma, bapa Altantuya ada melahirkan rasa tidak puas hati kerana Razak Baginda dilepaskan oleh mahkamah. Itu saja!



Wajah sebenar Azilah dan Sirul tidak pernah dilihat oleh semua orang kerana mereka sentiasa berkelubung semasa keluar masuk mahkamah. Betulkah hukuman gantung yang akan dikenakan ke atas mereka akan dipindahkan kepada orang lain demi untuk menyelamatkan Azilah dan Sirul yang kononnya dikambing hitamkan?


Sepanjang proses perbicaraan, wajah Azilah dan Sirul dapat dilihat oleh semua yang hadir di mahkamah tersebut termasuklah hakim, peguambela, peguam pemerhati, orang awam serta wakil media pembangkang. Cuma standard procedure mahkamah tidak membenarkan kamera digunakan semasa perbicaraan berlangsung. Malahan bapa dan sanak saudara Altantuya sendiri sudah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul. Jadi bagaimana pula boleh timbul isu bahawa mereka akan ditukarkan dengan orang lain jika hukuman gantung dijalankan? Hakikatnya, mereka yang hadir di mahkamah sepanjang perbicaraan BOLEH MEMASTIKAN sama ada hukuman dilaksanakan terhadap orang yang sepatutnya diperintah gantung oleh mahkamah; dan dalam kes ini orang yang dijatuhi hukuman ialah Azilah dan Sirul.


Tetapi, media asing banyak mengaitkan cerita ini dengan Najib. Kalau semuanya fitnah, kenapa tidak saman?

Najib didesak untuk menyaman 19 media asing picisan yang telah memfitnah beliau, dengan alasan kononnya demi untuk menjaga maruah serta nama baik Malaysia. Sejak zaman Che Det lagi media asing sudah memfitnah serta memburukkan Perdana Menteri Malaysia. Malahan, Paklah juga pernah dipersenda serta difitnah oleh media asing. Tetapi kenapa pada masa itu tiada sesiapa yang ingin mendesak Che Det atau Paklah untuk menyaman media asing tersebut? Lagipun ramai yang sedia maklum akan siapa PETUALANG sebenar di sebalik semua media asing yang sering memburukkan Kerajaan Malaysia.

Demi maruah konon! DS Najib banyak kerja lain lagi daripada turun naik mahkamah semata-mata untuk melayan akhbar yang setaraf akhbar tabloid mcm bacaria di negara kita ini. Ianya sengaja dibesar2kan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik. Jika benar ianya bersabit dengan maruah negara atau kononnya pihak terbabit malu sesangat dengan laporan media asing tersebut, apa kata mereka sendiri mewakili Malaysia untuk menyaman mereka. Bukankah mereka juga sebahagian daripada negara ini, maka sudah tentu tiada masalah bagi mereka mewakili Malaysia untuk menyaman 19 media asing yang kononnya cuba menjatuhkan maruah negara ini.


Diingatkan bahawa DS Najib telah bersumpah muhabalah 3 kali menafikan kaitan dirinya dengan Altantuya. Tetapi Anwar tidak pernah bersumpah sekalipun menafikan dirinya meliwat Saiful.Lihatlah fitnah yang nyata daripada pihak2 tak bertanggung jawab ini.
.
.

Thursday, May 14, 2009

Apa Yang Sebenanya Terjadi Pada Sidang DUN 7 Mei

Saya sebenarnya cuba untuk tidak menulis pasal Perak. Bagi saya Perak umpama pentas untuk orang-orang PKR, DAP dan PAS untuk berlakon, bersandiwara dan mendapat perhatian ( biaselah orang-orang yang kurang kasih sayang memang begitu).

Tetapi, ramai yang keliru tentang isu ini. dan pihak di sana cuba memperbesar-besar dan mempengaruhi rakyat yang tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Ingatlah, antara ciri-ciri orang munafik ialah
  1. Bila berjanji ia mungkir
  2. Bila bercakap ia berbohong
  3. Bila bergaduh ia melebih-lebih (melampaui batas dan berpanjang-panjangan)
Harap anda baca, dan surf blog2 PAS atau PKR atau DAP dan nilai sendiri. siapa yang melebih-lebih dalam menyampaikan sesuatu dan memanjangkan pergaduhan



As written by
Dr Marzuki Mohamad
.terjemahannya di bawah.

1. Sivakumar was deprived of his right as a Speaker.

No, it was not true. Nobody stopped Sivakumar from doing his job as a Speaker when the Dewan convened. He entered the Dewan and sat on the Speaker's Chair. He then ordered the seven BN assemblymen who had earlier been suspended, including the MB, and the three Independents to leave the Dewan. This was despite the court's decision which declared the suspension of the seven BN assemblymen was illegal. No reason was given as to why he ordered the ten assemblymen to leave. He also refused to allow Datuk Seri Tajol Rosli who had been standing for more than 15 minutes to speak. As the Speaker, he was the most powerful man in the Dewan he said. This means he is 'untouchable" and could do anything he wanted in the Dewan. So who deprived whose right?


2. The sitting was never convened because Sivakumar refused to begin the sitting unless the 10 ADUNs leave the Dewan.

Yes, Sivakumar did say that he would never begin the sitting unless the 10 ADUNs leave the Dewan. But he erred in law. Order 13(1) of the Standing Order clearly states that the order of business begins with the entry of the Speaker. Speaker's announcement is item no 4 in the order of business. So when Sivakumar entered the Dewan, sat on the Speaker's Chair and made "announcements" that the 10 ADUNs should leave the Dewan, the Dewan was already in sitting.


3. If Sivakumar was not deprived of his right as a speaker, then why was his microphone turned off?

Get the fact right. The microphone was turned off only after the motion to remove Sivakumar as a Speaker was duly passed by the Dewan. This means, when the microphone was turned off, Sivakumar was no longer the Speaker. He therefore had no right to speak as a Speaker. He should have honourably left the Speaker's Chair and taken his seat as an ordinary ADUN. By refusing to vacate the Speaker's chair, he actually obstructed the new Speaker from discharging his duties. In fact, it was a necessity that the microphone was turned off. Sivakumar kept shouting "saya tidak dengar apa-apa, saya tidak dengar apa-apa, saya tidak dengar apa" when Menteri Besar YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir moved the motion to remove him. Don't we think that it was an obstruction of the business of the Dewan?


4. The Speaker cannot simply be removed.

If an MB can be removed, why can't a Speaker? A Speaker can be removed by a motion passed by a majority of the members of the house. On May 7, the MB used his authority under Order 13(2) of the Perak DUN's Standing Order to move a motion to remove the speaker. It is as simple as that. And it would be against the public interest if a Speaker cannot be removed.


5. The BN wanted to remove the Speaker because he is a member of the Opposition. This is unfair.

How would you run a westminster system of parliamentary government if a Speaker who is a member of the Opposition cannot be removed. The scenario would be like this. Whenever the government wants to introduce a Bill in the Dewan, the Speaker will find fault with government assemblymen and suspend them for one or two weeks, or worse still, for 12 or 16 months. (Don't rule out the possibility of arbitrariness in suspending the assemblymen as this is what Sivakumar exactly did in the suspension of the seven BN assemblymen previously). The Speaker will make sure that the number of government assemblymen he suspends would be enough to reduce them into a minority. No government Bill can be passed. What if the Bill is a Supply Bill. The government will be in a "loss of supply" position, i.e. having no money to spend constitutionally. Don't we think that this will lead to the collapse of a constitutional government? Removing the Speaker in the Perak case is a matter of necessity.


6. The police had acted arbitrarily by dragging Sivakumar out from the Dewan.

The police had been very cautious in taking action aginst the trouble makers. I bumped into a high ranking police officer outside the Dewan during the recess. Someone asked him why the police did not go in to stop the ruckus. His answer was that the police had taken enough heat in handling the protesters outside the Dewan. Interfering in the business of the Dewan would only worsen public perception toward the police. But why did the police finally come in and dragged Sivakumar out of the Dewan? The answer is simple. The situation was totally out of control. A Bentara was injured when he was trying to remove Sivakumar from the Speaker's Chair. The Speaker had no choice but to call the police in. And that was after five hours of shove and scuffle in the Dewan. My hunch is the PKR and DAP assemblymen purposely wanted the police to come in as part of their perception play. In fact the whole drama is just part of their perception play.


7. Democracy is dead

No. Democracy is not dead. It just overworked. Some people had just stretched the limit of democracy. In fact, it is bordering on anarchy. Yes, I mean it. It is anarchy with some leftist-leninist strand! Are some people slowly showing their true colors now?
But throughout the ruckus, I was wondering why PAS assemblymen sat quietly in the Dewan. Some were SMSing and others just looked poker faced. Hmmmm ....



Saya Cuba untuk menterjemah artikel ini untuk lebih mudah difahami pengunjung :

1. Sivakumar telah dinafikan haknya sebagai Speaker.


Itu tidak benar. Tiada siapa yang menahan Sivakumar daripada menjalankan tugasnya semasa Dewan bersidang. Beliau masuk ke Dewan dan duduk di Kerusi Speaker. Kemudian beliau mengarahkan agar 10 ahli Dewan (yang telah digantungnya pada sidang bawah pokok di mana hanya 28 ahli sahaja hadir) termasuk Menteri Besar (pada ketika itu) agar keluar dari Dewan. Ini adalah bertentangan dengan keputusan mahkamah yang telah memutuskan bahawa penggantungan 10 ahli Dewan itu adalah tidak sah.

Tiada sebarang alasan yang diberikan mengapa Sivakumar mengarahkan 10 Ahli Dewan itu keluar. Sivakumar juga tidak mahu mengizinkan Datuk Seri Tajol Rosli yang telah berdiri selama 15 minit untuk bercakap. Sebagai speaker, beliau adalah orang yang 'paling berkuasa' di dalam Dewan (katanya). Maknanya dia tidak boleh disentuh dan boleh buat apa sahaja di Dewan. Jadi sebenarnya sekarang, siapa yang menafikan hak siapa ?

  • hak 10 orang Ahli Dewan untuk bersidang
  • hak Datuk Seri Tajol Rosli untuk bercakap.



2. Sesi 7 Mei tidak pernah bersidang kerana Sivakumar tidak mahu memulakan sesi persidangan melainkan 10 ADUN yang diarahkannya keluar Dewan.


Ya, Sivakumar mengatakan sedemikian. Walaupun begitu, Mengikut Peraturan Tetap DUN 13(1), telah menjelaskan bahawa persidangan telah bermula apabila Speaker memasuki Dewan. Pengumuman Speaker tentang 10 ADUN itu termaktub dalam Bahagian No 4 Peraturan Tetap DUN. Jadi apabila Sivakumar telah masuk ke Dewan dan membuat pengumuman, maka sesi persidangan telah pun bermula.


3. Jika Sivakumar tidak dinafikan haknya sebagai Speaker, kenapa mic nya ditutup?


Tolong dapatkan fakta yang betul. Mikrofonnya ditutup SETELAH usul untuk menggantikan Sivakumar sebagai Speaker dibentang dan dipersetujui oleh 31 Ahli Dewan. Ini bermakna, Sivakumar bukan lagi Speaker apabila mic nya ditutup. Oleh itu, dia tidak berhak untuk bercakap sebagai seorang Speaker. Sepatutnya, dia turun secara terhormat (kata demokrasi?) daripada kerusi Speaker dan duduk di tempat ADUN. Oleh sebab Sivakumar enggan mengosongkan kerusi Speaker, dia sebenarnya menghalang Speaker Baru (Ganeson) daripada menjalankan tugasnya. Dalam keadaan ini, penutupan mic adalah perlu kerana Sivakumar cuba mengganggu perjalanan Dewan dengan menjerit2 'saya tak dengar apa-apa, saya tak dengar apa-apa' daripada mula Datuk Zambry membaca usul untuk menolak Sivakumar daripada menjadi speaker Dewan sehingga ianya disokong oleh 31 ahli Dewan. (nota : speaker tidak boleh mempengerusikan usul apabila dirinya terlibat dalam usul tersebut : Usul penyingkiran speaker. Sebab itu, tugas speaker diambil alih oleh Timbalan Speaker buat sementara)



4. Speaker mana boleh sewenang-wenangnya ditukar-tukar?


Kalau Menteri Besar pun boleh ditukar( mengikut undang-undang), kenapa Speaker tak boleh? Seorang Speaker boleh ditukar dengan suatu usul yang diterima oleh majoriti ahli Dewan. Pada 7 Mei, MB (ketika itu) menggunakan kuasanya dibawah Fasal 13(2) Peraturan Tetap DUN Perak untuk mengemukakan usul menggantikan speaker. Ianya adalah semudah itu! dan ianya menyalahi tuntutan demokrasi jika speaker tidak boleh ditukar.


5. BN mahu menggantikan Speaker sebab Sivakumar adalah ahli Pakatan Rakyat(minoriti Dewan). Ini tidak adil !!


Mari kita lihat senario ini. Apabila wakil kerajaan ( yang memegang majoriti dewan) ingin mengemukakan suatu Bil atau Belanjawan, speaker akan mencari salah ahli parlimen itu dengan 'menggantung' selama seminggu atau dua minggu supaya beliau tidak boleh mengemukakan bil tersebut. (sebagaimana yang pernah dibuat oleh Sivakumar, gantung 10 ahli Dewan tanpa sebab). Tiada Bil kerajaan akan dibentangkan dan disokong. Apa kata kalau bil tersebut adalah Bil untuk Bekalan? kerajaan Negeri Perak akan 'mengalami kesusutan bekalan' tiada wang untuk kerja0kerja pentadbiran kerajaan selama bil-bil tersebut tidak dikemukakan dan disokong di Dewan. Bagaimana mahu mentadbir kerajaan sebegini? Jadi, pengguguran Sivakumar merupakan satu keperluan, sebenarnya.



6. Polis telah bertindak dengan autokrasi apabila mengheret Sivakumar keluar daripada Dewan.


Polis sebenarnya amat berhati-hati dalam menangani isu ini. Menurut salah seorang polis yang berjawatan tinggi. Masuk campur urusan dalam Dewan akan lebih membuatkan polis mendapat persepsi buruk di mata masyarakat. Tetapi kenapa polis masuk juga dan mengheret Sivakumar? Sebab situasi amat tidak terkawal. Seorang Bentara Dewan telah tercedera semasa cuba untuk membawa Sivakumar keluar dari Dewan. Bentara tiada pilihan lain melainkan mendapatkan bantuan polis untuk menenangkan keadaan dan membawa Sivakumar keluar Dewan. Itupun selepas 5 Jam membiarkan bertolak-tolak. jerit-jerit dan riuh rendah berlaku. Pihak Pakatan Rakyat dengan sengaja tidak mahu memberikan kerjasama untuk duduk dan bertolak-tolak sehingga polis datang untuk menenangkan keadaan. Ini adalah sebahagian daripada sandiwara mereka untuk memburuk-burukkan persepsi masyarakat terhadap polis dan BN.


7. Demokrasi telah mati


Tidak. Demokrasi tidak mati. Cuma telah digunakan secara berlebihan (melampaui batas) sehingga sampai kepada sempadan anarki. Tapi sepanjang kekecohan itu, mengapa ahli-ahli Dewan PAS duduk senyap je dalam tu ek? Ada yang sibuk ber-SMSdan ada yg bermuka kaku macam perkara ini mmg telah berlaku sebagaimana dirancang kan. Kenapa yer?





Tuesday, May 12, 2009

Dilema Negeri Perak


1. Keputusan Mahkamah Tinggi semalam telah mengekalkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun begitu, ini bukanlah tafsiran muktamad. Menurut pemahaman saya, keputusan ini masih terbuka kepada usul penangguhan dan rayuan. Hakim semalam hanya menolak permohonan penangguhan secara lisan sebaliknya mengarahkan permohonan bertulis untuk penangguhan.

2. Menurut tafsiran saya lagi, berdasarkan keputusan mahkamah, ini bermakna hanya ada tiga cara sahaja untuk seseorang Menteri Besar Perak hilang jawatan.
  • Beliau meletakkan jawatan secara sukarela
  • Dewan Undangan Negeri Dibubarkan dengan perkenan Sultan.
  • Undi tidak percaya dalam Sidang DUN.
3. Hurm, setakat ini YB Nizar tidak mahu meletakkan jawatan. Sultan pula enggan membubarkan DUN. Tinggal satu cara sahaja iaitu undi tidak percaya.

4. Umum mengetahui, memang BN mempunyai kelebihan 3 undi jika undi dibuat dlm Dewan DUN. Persoalannya di sini, adakah sidang tergempar DUN akan dibuat?

5. Menurut pemahaman saya lagi, Sidang DUN pada 7 Mei adalah luar bidang kuasa Menteri Besar. Oleh sebab itu, perlantikan speaker yang baru adalah sah.

6. Hurm....kita tunggu dan lihat. Macam tgk drama bersiri pulak Perak ni.

7. Tapi saya sedih. sebab Nizar melaung-laungkan semangat demokrasi. pulangkan kehendak rakyat. Sebenarnya semangat demokrasi telah hilang bermula ketika Nizar enggan melepaskan jawatan sebagaimana yang dikehendaki Sultan.

8. Dia yg tak sporting.....dah hilang majoriti, bagi lah kat orang yang ada majoriti. Tahun 2013 bertandinglah semula. Sibuk nak pergi mahkamah, guling2 atas jalan lah.Nak buat pilihanraya semula. Kehendak rakyat konon. Habis, 28 wakil BN tu dipilih oleh siapa? Rakyat juga kan?...Takkan monyet pulak yg mengundi tahun lepas?....isk...

9. Pergi lawan teruk2 di mahkamah, dah dpt title Menteri Besar semula. Lepas tu nak jumpa sultan, nak mintak bubarkan Dewan Undangan Negeri. tak sampai sehari pun jadi Menteri Besar semula, dah sibuk nak letak jawatan balik (dengan membubarkan DUN). Sandiwara apakah ini?

10. Tahu kah anda kalau adakan pilihanraya semula, wang hasil daripada kutipan cukai anda semua akan dihabiskan berjuta-juta ringgit? hanya semata-mata untuk mengikut nafsu Nizar yang tamakkan kuasa itu?....adakah ia berbaloi? bukankah lebih baik digunakan untuk pembangunan rakyat semasa economic downturn ini?

.
well, kita hanya boleh tunggu dan lihat saja.

Thursday, May 7, 2009

Gerak Pocho-Pocho

Aktiviti Pocho-Pocho ini telah berlangsung selama tiga minggu

di : Bilik Gerakan Cawangan Taman Perling
pada : Setiap Rabu
masa : 8.30 mlm

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyahut seruan gaya hidup sihat di kalangan ahli di samping merapatkan silaturrahim sesama ahli.


Makcik-makcik, kakak-kakak,adik- adik di jemput untuk dtg dan mengikuti aktiviti ini.

Kami juga dalam perancangan untuk mengembangkan aktiviti ini ke cawangan-cawangan lain di dalam Pulai. Jika ada permintaan untuk ke cawangan2 lain, sila hubungi Cik Razieta kita yang berpangkalan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat. Atau sila tinggalkan nombor untuk dihubungi diruangan comment, atau chat.


Joget, jgn Tak Joget !!!