Monday, May 18, 2009

Soal Jawab Kes Altantuya

Adalah perlu bagi kita untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku tentang kes yang dikaitkan dengn nama Perdana Menteri Kita ini. Kita sering dimomok2kan oleh pihak pembangkang tentang kes ini dan saya amat berterima kasih kerana bloggers paneh miang kerana sudi mengkaji dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul tentang kes pembunuhan Altantuya ini. Antara Soal jawab ini telah diutarakan oleh kumpulan Solidariti Anank Muda Malaysia dengan warga paneh miang. Selebihnya diolah mengikut kesesuaian penulis.



Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali? 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa?

Dalam sesebuah perbicaraan, contohnya pembunuhan – jika pihak peguambela mempunyai fakta/bukti yang menunjukkan adanya individu lain yang turut terlibat dalam pembunuhan tersebut, maka strategi ‘skill advocacy’ akan digunakan ke atas saksi utama di awal perbicaraan dengan tujuan untuk pembinaan kes pembelaan. Contohnya, peguambela akan bertanyakan soalan, "Setuju atau tidak jika saya katakan ada orang lain yang terlibat?"

TETAPI dalam kes Altantuya, peguambela mahupun peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya TIDAK PERNAH bertanyakan soalan tersebut kepada saksi utama iaitu pegawai penyiasat kes pembunuhan tersebut. Malah soalan sebegini juga TIDAK PERNAH DITANYA KEPADA MANA-MANA SAKSI DI SEPANJANG PERBICARAAN KES ALTANTUYA.

Ini membuktikan bahawa pihak peguambela serta peguam pemerhati kes Altantuya telah sedia maklum akan hakikat sebenar bahawa Najib tidak terlibat dalam kes tersebut.

Dalam afidavit Razak Baginda, beliau telah mengaku mengenali serta mempunyai hubungan dengan Altantuya. Beliau juga mengaku bahawa Altantuya sering mengganggu, mengugut serta meminta wang daripadanya. Ugutan wang itu hakikatnya tiada kena mengena langsung dengan wang komisen/rasuah etc. seperti yang sering difitnah pembangkang. Malah, Razak Baginda dalam afidavitnya juga mengaku bahawa beliau telah meminta bantuan daripada Azilah serta Sirul yang kebetulan dikenalinya. Beliau meminta Azilah dan Sirul untuk menyelesaikan masalah gangguan Altantuya serta menjauhkan Altantuya daripadanya (get rid of her).

Namun, Razak Baginda juga menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah ertikan oleh Azilah dan Sirul. Beliau menegaskan bahawa kenyataan "menyelesaikan masalah" itu tidak bermaksud menyuruh Azilah ataupun Sirul untuk membunuh Altantuya. Sebaliknya, Razak berkeras menyatakan bahawa tindakan membunuh Altantuya adalah dilakukan atas inisiatif Azilah serta Sirul sendiri, dan beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung ke atas pembunuhan tersebut.

Mahkamah cenderung untuk MEMPERCAYAI dan menerima afidavit Razak Baginda serta membuat keputusan untuk membebaskan beliau tanpa dipanggil membela diri. Kami difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara juga tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah melepaskan Razak Baginda, namun akur dengan keputusan tersebut.

Tambahan pula, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam kes ini. Walaupun dikatakan DS Najib berkemungkinan berkawan dengan Razak Baginda, namun adakah anda yakin bahawa DS Najib mengetahui apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya? Analogi mudahnya, semasa anda membaca blog ini, adakah anda tahu apa yang sedang dibuat oleh rakan baik anda ketika ini? Adakah anda yakin untuk menyatakan bahawa rakan baik anda ketika ini tidak langsung ‘bermesraan’ dengan mana-mana wanita/lelaki? Atau…tahukah anda apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh suami/isteri anda ketika ini? Bagaimana anda boleh tidak tahu apa yang sedang dilakukan rakan/suami/isteri anda ketika ini, sedangkan anda dengan yakin dan beraninya memfitnah bahawa DS Najib tahu apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya?




Secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah? Pistol, arahan siapa dan milik siapa?

Kami difahamkan bahawa segala bukti yang mengaitkan Azilah dan Sirul telahpun dibawa ke mahkamah termasuklah pistol dan sebagainya. Anda boleh semak rekod perbicaraan dan jangan hanya buat fitnah membabi buta. Penggunaan C4 juga sebenarnya tidak hanya digunakan oleh pihak tentera, tetapi bahan itu juga turut digunakan oleh pihak UTK PDRM dalam latihan dan operasi mereka. Kami difahamkan C4 digunakan oleh UTK untuk memecahkan pintu dalam beberapa kes siasatan jenayah.

Adakah anda pernah melihat bagaimana bentuk C4 itu? Jika anda pernah melihatnya, maka pasti anda juga tahu bahawa C4 itu dengan mudah boleh dialihkan tanpa dapat dikesan atau diketahui. Tambahan pula, Azilah dan Sirul merupakan anggota UTK, maka sudah tentu mereka mempunyai accessibility untuk membawa keluar bahan tersebut. Analogi mudahnya, jika anda tidak membuat semakan inventori, adakah anda tahu barang apa yang telah dibawa keluar oleh rakan sepejabat anda? Adakah anda akan sedar jika sampul surat, kertas A4, marker etc. sudah berkurangan di pejabat anda selagi semakan tidak dilakukan ke atas barangan tersebut? Dalam kes Altantuya, keadaan yang hampir sama berlaku ke atas C4 yang dibawa keluar dari stor simpanan sepertimana analogi yang diberikan tadi.




Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah diperolehi Razak Baginda (orang rapat DS Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan? Mengapa rekod imigresen Altantuya hilang?

Tuduhan tersebut TIDAK BENAR seperti yang telah diterangkan dalam persoalan awal sebelum ini. Ia tiada kena mengena langsung dengan komisen atau rasuah. Realitinya, Altantuya memeras wang daripada Razak Baginda kerana mengetahui kedudukan serta taraf Razak Baginda di Malaysia. Altantuya mengugut untuk merosakkan reputasi Razak dengan membongkarkan rahsia hubungan sulit Razak dengan dirinya pada masyarakat umum. Inilah realiti yang berlaku dan perkara ini turut dibentangkan di mahkamah. Malahan Altantuya turut membuat laporan polis sebelum berjumpa Razak dan antara kandungan laporan tersebut ialah - "Jika sesuatu berlaku kepada saya, maka pihak polis harus mencari Razak Baginda". .Jelas tiada nama DS Najib dalam laporan polis yang dibuat oleh Altantuya yang turut disaksikan rakan serta sepupunya sendiri

Begitu juga dengan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke Malaysia yang turut dibentangkan sebagai bukti di mahkamah semasa perbicaraan dan tiada siapa pun yang menghilangkannya. Jelas bahawa tuduhan ini adalah FITNAH semata-mata.




Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah mengaitkan DS Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Betulkah DS Rosmah terlibat?

Pelbagai bentuk fitnah yang telah dilakukan pembangkang. Persoalannya, mengapa nama DS Rosmah hanya muncul dipertengahan perbicaraan kes Altantuya dan bukannya di awal perbicaraan? Namun setelah bukti dibentangkan di mahkamah, ternyata DS Rosmah mempunyai alibi kerana semasa pembunuhan Altantuya berlaku, pada masa dan tarikh yang sama juga terdapat rakaman video yang menunjukkan DS Rosmah ketika itu berada dalam sebuah majlis. Berdasarkan bukti tersebut, maka Raja Petra Kamarudin kini menghadapi pertuduhan memalsukan akuan bersumpah. Maka jelaslah bahawa pihak mana yang sebenarnya telah membuat fitnah.



Selain itu wujud juga tuduhan kononnya DS Najib ber'sms' dengan peguam dalam kes perbicaraan ini. Benarkah?


Ternyata tuduhan itu juga tidak benar. Jika ia benar, maka sudah tentu peguambela serta Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati sudah membawa bukti itu ke mahkamah.

Malahan Bapa Altantuya sendiri pernah menyatakan kepada Jabatan Peguam Negara, "Thank you coz has been fair to my daughter". Bapa Altantuya sendiri tidak pernah menuduh DS Najib, jadi bagaimana pula anda boleh sewenang-wenangnya menuduh beliau? Cuma, bapa Altantuya ada melahirkan rasa tidak puas hati kerana Razak Baginda dilepaskan oleh mahkamah. Itu saja!



Wajah sebenar Azilah dan Sirul tidak pernah dilihat oleh semua orang kerana mereka sentiasa berkelubung semasa keluar masuk mahkamah. Betulkah hukuman gantung yang akan dikenakan ke atas mereka akan dipindahkan kepada orang lain demi untuk menyelamatkan Azilah dan Sirul yang kononnya dikambing hitamkan?


Sepanjang proses perbicaraan, wajah Azilah dan Sirul dapat dilihat oleh semua yang hadir di mahkamah tersebut termasuklah hakim, peguambela, peguam pemerhati, orang awam serta wakil media pembangkang. Cuma standard procedure mahkamah tidak membenarkan kamera digunakan semasa perbicaraan berlangsung. Malahan bapa dan sanak saudara Altantuya sendiri sudah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul. Jadi bagaimana pula boleh timbul isu bahawa mereka akan ditukarkan dengan orang lain jika hukuman gantung dijalankan? Hakikatnya, mereka yang hadir di mahkamah sepanjang perbicaraan BOLEH MEMASTIKAN sama ada hukuman dilaksanakan terhadap orang yang sepatutnya diperintah gantung oleh mahkamah; dan dalam kes ini orang yang dijatuhi hukuman ialah Azilah dan Sirul.


Tetapi, media asing banyak mengaitkan cerita ini dengan Najib. Kalau semuanya fitnah, kenapa tidak saman?

Najib didesak untuk menyaman 19 media asing picisan yang telah memfitnah beliau, dengan alasan kononnya demi untuk menjaga maruah serta nama baik Malaysia. Sejak zaman Che Det lagi media asing sudah memfitnah serta memburukkan Perdana Menteri Malaysia. Malahan, Paklah juga pernah dipersenda serta difitnah oleh media asing. Tetapi kenapa pada masa itu tiada sesiapa yang ingin mendesak Che Det atau Paklah untuk menyaman media asing tersebut? Lagipun ramai yang sedia maklum akan siapa PETUALANG sebenar di sebalik semua media asing yang sering memburukkan Kerajaan Malaysia.

Demi maruah konon! DS Najib banyak kerja lain lagi daripada turun naik mahkamah semata-mata untuk melayan akhbar yang setaraf akhbar tabloid mcm bacaria di negara kita ini. Ianya sengaja dibesar2kan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik. Jika benar ianya bersabit dengan maruah negara atau kononnya pihak terbabit malu sesangat dengan laporan media asing tersebut, apa kata mereka sendiri mewakili Malaysia untuk menyaman mereka. Bukankah mereka juga sebahagian daripada negara ini, maka sudah tentu tiada masalah bagi mereka mewakili Malaysia untuk menyaman 19 media asing yang kononnya cuba menjatuhkan maruah negara ini.


Diingatkan bahawa DS Najib telah bersumpah muhabalah 3 kali menafikan kaitan dirinya dengan Altantuya. Tetapi Anwar tidak pernah bersumpah sekalipun menafikan dirinya meliwat Saiful.Lihatlah fitnah yang nyata daripada pihak2 tak bertanggung jawab ini.
.
.

1 comment:

  1. bentangkanlah sejuta bukti pun,pembangkang yang buta hatinya tetap tidak percayakan walaupun satu baris.

    ReplyDelete