Saturday, January 23, 2010

Merafak Sembah Takziah.





Kami,  barisan AJK dan seluruh ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pulai
dengan penuh takzim
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Takziah Kepada Seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Al-Mutawwakil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Semoga Roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Al-Fatihah.


Friday, January 8, 2010

Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus...

Sedari kecil  kita yg beragama Islam diajar dgn statement

"Allah Maha Esa.Tidak beranak dan Tidak Diperanakkan" - (surah al-ikhlas)

maka apabila Kristian mahu juga meletak nama Allah, akan wujud statement begini,

"Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus"


dan kita mudah juga diajar dan memahami bahawa :

Krishna = Tuhan org Hindu, Father, Lord atau Jesus = Tuhan bg Kristian, Allah = Tuhan bg Islam....

maka ia akan jadi sebaliknya jika Kristian Katholik ingin menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka juga!


Jika ditanya apakah sama ajaran Allah dalam Kristian Katholik dengan ajaran Islam tentulah kita akan kata tidak sama. Mahu tidak mahu orang Islam akan mengisytiharkan secara terbuka dan lantang ajaran Kristian merupakan ajaran sesat dan menyimpang dari ajaran Allah.

Pendakwah kedua-dua agama akan berbahas dan berdebat benar dan salah secara terbuka kerana mahu mempertahankan ajaran Allah yang benar.  Maka akan terjadilah polemik agama dan menggugat kestabilan negara yg selama ini dijaga dgn amat berhati-hati.

Perbahasan mengenai kedudukan Allah di dalam bahasa Melayu ini penting kerana risalah yang akan diterbitkan ialah dalam bahasa Melayu bukannya bahasa Arab. Justeru pihak Gereja Khatolik Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah terminologi bahasa Arab untuk menjustifikasikan rasional penggunaan perkataan Allah dalam risalah Kristian berbahasa Melayu. Ini kerana dlm Bahasa Melayu, Allah merupakan kata nama khas merujuk kpd Tuhan bg org Islam.

Persoalan di sini, apakah niat dan motif kumpulan Mubaligh Kristian di Malaysia ingin menggunakan nama Allah sebagai ganti God@Tuhan dalam risalah berbahasa Melayu mereka?Adakah mereka mahu wujudkan polemik persengketaan agama yg tidak berkesudahan?

Jika mahu dibenarkan juga atas alasan terminologi Bahasa Arab ataupun sejarah,  orang Kristian perlu bersedia menerima kaedah dakwah Islam tidak lagi sama seperti sebelum ini kerana para pendakwah BERKEWAJIPAN untuk menerangkan mengapa Allah dlm Kristian berbeza dgn Allah di dalam Islam. Ini akan menyebabkan proses dakwah akan kedengaran lebih kasar dan ekstrim yg tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, saya agak kecewa dgn jawapan dan hujah ulama popular  seperti Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dr. Muhamad Nur Manuty dan kolumnis Utusan Malaysia yang juga bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Apabila diminta memberi pandangan, mereka membuat kenyataan berbaur politik seperti ini:

“tiada salah pihak bukan Islam menggunakan nama Allah asalkan ia tidak bertentangan dengan akidah dan Allah merujuk kepada tuhan semesta Alam. Agama Samawi dibenarkan menggunakan perkataan Allah.”

Dr. Asri ketika menjawab kenyataan Dr Haron Din berkata kepada sebuah portal politik, 
“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?  Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah,"
 
Kenyataan yang hampir sama dibuat oleh Hadi Awang dan seorang lagi ulama Pas Ahmad Awang. 
Apakah mereka tidak faham sejauh mana impak konteks isu yang diperbincangkan atau sengaja buat-buat tidak faham kerana kepentingan  peribadi mereka?
Ya, benar!

Nabi membenarkan org bukan Islam menggunakan nama Allah di dlm perjanjian Hudaibiyah, tetapi adakah ianya dalam konteks Allah Latta, Allah Uzza dan Allah Manat?

Ulama'-ulama'  populis ini juga (kenyataan berbeza ayat tetapi maksud sama) menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah selagi tidak lari dari akidah.


Apakah mempersetujui  Allah itu berkonsepkan Trinity tidak lari akidah?

Tolonglah jgn berbelit-belit mengatakan "Allah ialah Tuhan semesta alam utk semua umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam" dan sebagainya.

Persoalan di sini ialah, apabila Katholik Kristian mahu menggantikan God kepada Allah dlm cetakannya, jelas mereka ingin menyatakan konsep Allah sebagai Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus!

(Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus- tajuk kitab mubaligh2 Kristian dalam Indonesia)
Apakah ini diterima oleh Pas dan Dr. Mohd Asri?

Dan selepas mesyuarat Lujnah politik Pas, nada Hadi Awang sudah berbeza drpd yang sebelumnya! Bagi Pas isu Allah bukan isu agama tetapi isu politik. Mungkin sebab itu ia diputuskan oleh Lujnah Politik bukan Dewan Ulama'!


sumber : sinar harian, mykmu, artikel2 bloggers



Friday, January 1, 2010

Maka wujudlah Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus di Malaysia ini!!!Adakah anda mahu berdiam diri?

"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguh jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu." -Al-Baqarah , ayat 120


Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam penghakimannya menyebut bahawa Kementerian gagal untuk mengadakan bukti bahawa penggunaan ayat itu boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mendatangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam. Ini  amat mengecewakan kerana Hakim tersebut menyentuh tentang Artikel 11.

Jika di Switzerland, semua masjid dilarang mempunyai menara,
Di Perancis boleh mengharamkan pemakaian tudung,
Di Singapura, azan dilarang menggunakan mikrofon,

Apa yg mereka maksudkan sebagai kebebasan bersuara?

Mengapa, Malaysia yg megah dgn Islam sebagai agama rasminya boleh pula membiarkan gerakan halus mengelirukan Islam ini berleluasa sewenang2nya?


Apakah kita ingin melihat umat Islam seperti di Indonesia, sangat keliru dgn pegangan agamanya sehingga boleh berkahwin walau berlainan agama?....sehingga org2 yg mnganut Kristian dan Islam amat sukar dibezakan?

Apa pula ttg akidah?...

Mungkin kita sedar dan tahu sekarang...tp bagaimana jika gerakan halus menghancurkan Islam ini dibiarkan sehingga beberapa generasi? apakah cucu2 kita nanti tahu seperti kita?



rujukan : utusan online