Friday, January 8, 2010

Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus...

Sedari kecil  kita yg beragama Islam diajar dgn statement

"Allah Maha Esa.Tidak beranak dan Tidak Diperanakkan" - (surah al-ikhlas)

maka apabila Kristian mahu juga meletak nama Allah, akan wujud statement begini,

"Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus"


dan kita mudah juga diajar dan memahami bahawa :

Krishna = Tuhan org Hindu, Father, Lord atau Jesus = Tuhan bg Kristian, Allah = Tuhan bg Islam....

maka ia akan jadi sebaliknya jika Kristian Katholik ingin menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka juga!


Jika ditanya apakah sama ajaran Allah dalam Kristian Katholik dengan ajaran Islam tentulah kita akan kata tidak sama. Mahu tidak mahu orang Islam akan mengisytiharkan secara terbuka dan lantang ajaran Kristian merupakan ajaran sesat dan menyimpang dari ajaran Allah.

Pendakwah kedua-dua agama akan berbahas dan berdebat benar dan salah secara terbuka kerana mahu mempertahankan ajaran Allah yang benar.  Maka akan terjadilah polemik agama dan menggugat kestabilan negara yg selama ini dijaga dgn amat berhati-hati.

Perbahasan mengenai kedudukan Allah di dalam bahasa Melayu ini penting kerana risalah yang akan diterbitkan ialah dalam bahasa Melayu bukannya bahasa Arab. Justeru pihak Gereja Khatolik Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kaedah terminologi bahasa Arab untuk menjustifikasikan rasional penggunaan perkataan Allah dalam risalah Kristian berbahasa Melayu. Ini kerana dlm Bahasa Melayu, Allah merupakan kata nama khas merujuk kpd Tuhan bg org Islam.

Persoalan di sini, apakah niat dan motif kumpulan Mubaligh Kristian di Malaysia ingin menggunakan nama Allah sebagai ganti God@Tuhan dalam risalah berbahasa Melayu mereka?Adakah mereka mahu wujudkan polemik persengketaan agama yg tidak berkesudahan?

Jika mahu dibenarkan juga atas alasan terminologi Bahasa Arab ataupun sejarah,  orang Kristian perlu bersedia menerima kaedah dakwah Islam tidak lagi sama seperti sebelum ini kerana para pendakwah BERKEWAJIPAN untuk menerangkan mengapa Allah dlm Kristian berbeza dgn Allah di dalam Islam. Ini akan menyebabkan proses dakwah akan kedengaran lebih kasar dan ekstrim yg tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, saya agak kecewa dgn jawapan dan hujah ulama popular  seperti Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dr. Muhamad Nur Manuty dan kolumnis Utusan Malaysia yang juga bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Apabila diminta memberi pandangan, mereka membuat kenyataan berbaur politik seperti ini:

“tiada salah pihak bukan Islam menggunakan nama Allah asalkan ia tidak bertentangan dengan akidah dan Allah merujuk kepada tuhan semesta Alam. Agama Samawi dibenarkan menggunakan perkataan Allah.”

Dr. Asri ketika menjawab kenyataan Dr Haron Din berkata kepada sebuah portal politik, 
“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?  Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah,"
 
Kenyataan yang hampir sama dibuat oleh Hadi Awang dan seorang lagi ulama Pas Ahmad Awang. 
Apakah mereka tidak faham sejauh mana impak konteks isu yang diperbincangkan atau sengaja buat-buat tidak faham kerana kepentingan  peribadi mereka?
Ya, benar!

Nabi membenarkan org bukan Islam menggunakan nama Allah di dlm perjanjian Hudaibiyah, tetapi adakah ianya dalam konteks Allah Latta, Allah Uzza dan Allah Manat?

Ulama'-ulama'  populis ini juga (kenyataan berbeza ayat tetapi maksud sama) menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah selagi tidak lari dari akidah.


Apakah mempersetujui  Allah itu berkonsepkan Trinity tidak lari akidah?

Tolonglah jgn berbelit-belit mengatakan "Allah ialah Tuhan semesta alam utk semua umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam" dan sebagainya.

Persoalan di sini ialah, apabila Katholik Kristian mahu menggantikan God kepada Allah dlm cetakannya, jelas mereka ingin menyatakan konsep Allah sebagai Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus!

(Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus- tajuk kitab mubaligh2 Kristian dalam Indonesia)
Apakah ini diterima oleh Pas dan Dr. Mohd Asri?

Dan selepas mesyuarat Lujnah politik Pas, nada Hadi Awang sudah berbeza drpd yang sebelumnya! Bagi Pas isu Allah bukan isu agama tetapi isu politik. Mungkin sebab itu ia diputuskan oleh Lujnah Politik bukan Dewan Ulama'!


sumber : sinar harian, mykmu, artikel2 bloggers



1 comment:

  1. I am not good at elaborating. straight to the point

    ReplyDelete