Tuesday, October 20, 2009

PAS Yang Meroyan....

Pilihanraya Bagan Pinang dah tamat.

Tahniah Tan Sri Isa Samad, atas kemenangan beliau tempohari...

syabas, kepada para pengendali, perayu undi, penceramah, pendengar ceramah, penduduk dan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas tamat satu ceramah atau perjumpaan.

'Bersatu hati (walaupun berlainan pendapat) akan Membawa Hasil Yang Positif'

tapi....

ada juga berita yg tak enak didengar saya terbaca dalam harakah daily, berbunyi begini:

Serah kotak undi pos di pasar raya? PDF
Posted by admin
Sunday, 18 October 2009 01:11

(Harakah Daily) - Wajarkah beg undi pos diserahkan kepada pihak terbabit di pasar raya? Tetapi itulah yang berlaku dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan tidak sedia menyahut cabaran debatnya.

Ianya termasuk bukti penyerahan beg undi pos
berdekatan pasar raya Telok Kemang, yang menurut dakwaannya sebagai sesuatu yang meragukan.

"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.

"Maka tiada jaminan ketelusan pada sistem undi (pos) yang longgar...SPR pun susah pantau, apatah kami (PaCa - agen pengiraan undi dan pengundian)," tegasnya.

Sambil memberi tempoh jawapan sehingga Selasa depan, Suhaizan nekad turun padang untuk menjelaskan kelemahan sistem perlaksanaan undi pos tersebut sekiranya debat tersebut gagal.

"Beberapa kawasan yang terdapat undi pos telah dikena
l pasti...(seperti) Setiawangsa, Kluang, Lumut dan Pekan yang diwakili Perdana Menteri sendiri untuk kita turun jelaskan kepada rakyat tentang (sistem) undi pos yang lemah jika debat gagal," tegasnya.

Menurut blog peribadinya, kentong-suhaizan, beliau turut mempersoal beberapa perkara yang meragukan pada sistem undi pos yang didakwanya tidak telus.

Antaranya, soal kesukaran pengundi pos (tentera) mendapatkan kertas undi.

Selain itu, beliau meminta SPR menjelaskan kaedah peman
tauan proses pengundian pos yang begitu longgar, agar terjamin ketelusannya.

Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos di keputusan undi pos bagi Dun Bagan Pinang sesuatu yang diragui.

9 Oktober lalu, PAS mendesak diberhentikan serta-merta ke atas proses pengundian undi pos kerana terdapat ratusan pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih awam dan tentera (pos).

Ekoran itu, PAS mengadakan tiga pertemuan bersama SPR dan membuat dua laporan polis.

Namun, tiada sebarang insiatif susulan yang positif dilakukan.


ulasan saya,


Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan sedia menyahut cabaran debatnya.


1. Habis, kalau MB N9 tak nak debat dengan dia, dia tak dedahkanlah? bukti-bukti yang dia dakwa ada tu dia nak buat apa? campak laut??!!...

2. Ingat Datuk MB nak layan ke mamat ni? buang masa je...

3. jadi, mmg takkan terbongkar lah apa yg didakwanya tu, sbb Datuk MB takkan debat dengan mamat tah sape2 ni... haha, bagus betul pusing ayat...



"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.

Sumber Malaysiakini 7.13 pm menyatakan,
http://www.malaysiakini.com/news/114732

6.59pm
Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi. Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.


2. Maknanya pukul 7.30pm, undi pos mmg dah siap dah dikira. sebb 6.59pm dah diumum secara rasmi.

3. Jadi yg mamat ni g kedai pukul 7.30 pm dan nampak anggota tentera ngn peti tu mungkin

a. peti kosong je
b. peti mengandungi surat2 rasmi ketenteraan. takde kene mengena ngan pilihanraya pun
c. mungkin juga dia mereka2 cerita je nih....


ini petikan dari blog die http://kentong-suhaizan.blogspot.com (kelentong suhaizan?)

saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya saya dapati serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Raya pada jam 7.30 malam.

1. kalau nak buat intipan tu, ajak la SPRM sekali. Dia sendiri memandai-mandai, apa kredibiliti dia ada?

2. mesti ada video bukti, kalau benar dia buat intipan.....tapi, ye lah dia ckp kalau nak bukti, MB kena debat dgn die dulu......ahaks....biasanya, bukan kalau ada bukti, bawak je g mahkamah ke?.... nak kena tunggu2 pulak....



Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya di bawah ni:




BN mendapat 8,013 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 2,578 undi untuk majoriti 5,435.

Kalau ditolak undi pos, BN mendapat undi 4,492 dan PAS mendapat 1,977 untuk majoriti undi bukan pos sebanyak 1,914 undi dan kemenangan masih kepada Isa.

dan

konon2 semua tentera yang undi BN tu tak undi BN dan rosakkan undi, sebanyak 3531 tetapi 601 undi pos PAS dikira

PAS tetap hanya mendapat 2578 manakala BN mendapat 4492 , masih menang dengan majoriti yang besar.....

jadi, apa yg kecoh sgt psl undi2 pos ni?....
PAS kan parti berteras islam? pernah tak dgr qada' dan qadar?....

kalau dah kalah tu, tak yah la melalak mcm budak2 mintak susu,

give in gracefully la....
mcm BN buat masa kat permatang pasir, rileks je...kalah pun, senyum je.....
terima je qada'dan qadar darpad ALLAH....
kita hanya boleh merancang, yg tentukan bukan kita...
takde meroyan sana sini ckp SPR tak telus , meragukan pun, PAS bwk 2 lori pengundi hantu?....

jgnlah takbur sangat..ckp ini salah, itu tipu....kalau tipu ke salah ke, kalau ALLAH nak bg kemenangan kpd PAS, itu semua bukan halangan pun......


ps:
kalau baca harakah, mmg lg teruk la drpd mesyuarat tingkap mkck2 minah dan akak2 leha kita, die punya menuduh, mengutuk, syak wasangka jahat...mcm plot cerekarama pun ada ......

5 comments:

  1. Parti Islam SeMalaysia Zon Bukit BeruntungOctober 20, 2009 at 11:45 PM

    Salam..
    ok la meroyan pun sebab tak dapat nak rampas kerusi kamu..
    Yang kerusi kamu kami dapat di K.Ganu tak pulak kamu kata meroyan?

    InsyaAllah.. teman doakan kamu dan seluruh kawan2 Puteri kamu akan menerima hidayah Allah SWT suatu hari nanti..

    Kurang2kan layan astro..
    Kurang2kan minat artis2 nie..
    Kurang2kan dok layan majalah2 hiburan..

    InsyaAllah.. akan datang ketenangan yang sebenar.. bukan direka-reka..
    Bukan sekadar dunia..

    ye?

    ReplyDelete
  2. salam,

    masa kami kalah, ade ke kami ckp
    PAS main tipu, SPR meragukan, cara undi pos tak telus?

    ada?

    ada ke kami bising2 sehingga dah dua minggu PRK berlalu .siap buat plot kedai runcit bagai?report polis semua....

    ade ke?

    tak de kan??


    yg minat2 artis, yg dok layan2 majalah hiburan bukan kami, anak2 pkck tu yg masih sekolah tu ....pkck jugak yg bagi wang saku utk mereka beli bende2 tu semua

    kami yg dah kerja ni mana ada masa nak layan2 artis2 ni.....tv pun tak sempat nk tgk, pkck...balik kerja pun tak nmpk matahari lagi dah....nk kemas rumah lagi, lyn suami, layan anak..mana ada masa pkck? budak sekolah boleh lah layan2 artis2 ni....

    pkck pas yg kononnya parti berteras islam sepatutnya tunjuk lah contoh yg lebih islamik... jgn lah meroyan tuduh kami bukan2...
    tuduh kami suka layan artis, majalah hiburan....tanpa ada fakta dan bukti sahih pun...
    berdosa tau pkck!!....

    ReplyDelete
  3. sbb kau dh main tipu kt terengganu pn kau kalah,tu yg kau senyap je.duit dh hbs berjuta utk plhnraya kecil satu kwsn je.lntak la kau pu3, mls aku nk lyn

    ReplyDelete
  4. malas layan?

    hai, dia yg komen tak dijemput tak diundang tak dipaksa pun....

    ade ke saya suruh layan?...

    ada?

    duit habis berjuta?...amboi pkck, sedapnye menaip menuduh....apa bukti duit habis berjuta?
    ...duit juta2 tu habis ke mana?....pkck tahu yer?

    stakat ckp je masuk duit org tu org ni, budak sekolah pun boleh ckp....

    bagi lah statement akaun ke, resit transaksi ke, invois ke yg juta2 tu....baru lah boleh tulis....

    kalau stakat tulis je, dgr cerita dr org tu org ni, dah kira fitnah tu pkck....berdosa tau!

    owh lupa, org2 pas ni buat dosa pun takpe...buat fitnah, menuduh mengutuk pun takpe...

    ye,lah nik aziz dah janjikan syurga....

    psl tu lah boleh fitnah sewenang2nya tanpa sandaran bukti....

    ReplyDelete
  5. sekurang2nya, kat terengganu kami dah cuba sedaya upaya.kalau benarlah seperti pengkomen di atas tu duit juta2 habis utk satu kawasan je

    tapi dah kalah, nak wat cemana? diam je lah...

    tak seperti pas di bagan pinang

    1.dah main tipu fitnah konon diserang 12 pemuda umno tp takde laporan polis,

    2.dah buat taktik kotor simbah cat kat banner tan sri isa,masuk duit palsu dlm peti surat konon2 drpd BN tapi kena tangkap 'red handed' oleh polis

    3. dah bertindak ganas mengganggu pu3-pu3 dgn keterlaluan, siap bg sms seru jihad fi sabillillah lagi (jihad ape benda kalau nak lawan sesama islam?)

    dan pas kalah....

    tapi pas tetap nak melalak mcm budak kecik tak diberi susu...

    udah2 le tu...malu lah sikit. awak tu ada pangkal nama ISLAM kt parti...tunjuk2kanlah teladan yang baik sikit supaya org boleh yakin dgn pas...ini tidak...

    ReplyDelete