Thursday, October 22, 2009

PAS Meroyan Part II....

ini laporan harakahdaily hari ni...

DPP pertimbang bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa
Hazayani Zakaria
Wed | Oct 21, 09 | 4:31:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan membawa isu undi pos dalam pilihan kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa jika Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan mereka hari ini.

Ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan mengambil contoh yang dilakukan pihak pembangkang di Afghanistan yang membuat aduan ke peringkat antarabangsa mengenai penyelewengan pilihanraya negara itu sehingga berjaya membatalkan lebih sejuta undi yang berpihak kepada Presidennya, Hamid Karzai.

"Jika memorandum yang kita hantar hari ini tak datangkan hasil positif dari pihak SUHAKAM, kami (DPP) melalui lajnah guaman PAS akan teliti ruang untuk kita bawa perkara ini ke peringkat antarabangsa."

"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemantau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.

Sembilan aduan itu adalah mengenai sistem undi pos yang longgar, kecurigaan terhadap peti undi MINDEF, penggunaaan daftar pemilih yang berbeza, ejen undi pos tidak dapat melaksanakan tugas, pengundi bertindan, pengakuan bekas anggota tentera berpangkat sarjan bahawa beliau pernah mengundi BN bagi pihak orang lain, cara serahan sampul keutamaan, pengambilan sampul keutamaan di luar waktu mengundi dan Menteri BN berkempen dalam kem tentera.

Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Bagan Pinang dalam aduannya mendakwa terdapat 253 pengundi yang mempunyai dua nama dalam daftar pemilih.

"Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah diwartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan."jelasnya.

Berhubung kes yang turut menimbulkan keraguan iaitu peti undi MINDEF, Suhaizan berkata, selepas proses penyerahan pada 7 dan 8 Oktober lalu, sampul keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF.

Selepas proses pengiraan pada 11 Oktober, PAS tidak mendapat sebarang undi di peti undi 14, 15 dan 16.

"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.

Beliau turut memberitahu, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang 9 Oktober lalu.

"Saya nak gambarkan itulah bentuk serahannya. Bentuk serahan ini sangat mudah untuk dimanipulasi," katanya.

Sehubungan itu, DPP meminta SUHAKAM mengadakan siasatan awam bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Siva Subramaniam dalam responnya berkata, beliau akan memanjangkan aduan berkenaan kepada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman dan pesuruhjaya yang lain sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.

Ujarnya, SUHAKAM sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, DPP tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menghapuskan undi pos yang tidak menunjukkan pencapaian yang bersih dalam sistem pilihanraya di Malaysia.


ish.. ish... ish...

tak habis-habis lah PAS ni....

ulasan saya :

"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS?

1. munasabah je. Kalau dia tak sokong kerajaan, buat apa jadi tentera?...mcmana nak pertahan negara kalau tak setia kepada kerajaan?

Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.


1. nak harapkan undi daripada tentera. tapi nik aziz ckp chin peng nasionalis. Abg2 tentera kita bermati2an berperang halau komunis sehingga awal 80-an tau. senang2 nak mintak beri pengampunan kepada chin peng. Kalau tuan2 anggota tentera, tuan2 marah tak dgn gerakan ingin bawa pulang chin peng yg diperbesar2kan oleh pakatan rakyat?mesti lah marah

2. mcmana mereka nak undi PAS bila PAS selalu sahaja Kutuk sistem perundangan, kehakiman, polis, FRU , tentera Malaysia habis-habisan. Cakap senang kena rasuah lah. tak betullah, tak adillah.....bila demonstrasi, provoke lah semua FRU, Pasukan askar simpanan yg bertugas...sepak2 perisai mereka mcm marah betul dihalang oleh abg2 pasukan uniform nih.....


"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemantau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.

1. Bila baca ni, teringat masa belajar sejarah zaman kesultanan2 melayu dulu bergaduh adik beradik , lepas tu mintak pertolongan org luar. krisis terengganu kelantan mintak tolong siam. yg kedah, mintak campurtangan British. British hantar orang dia soh jadi Residen. Letak kat semua negeri Beraja.Last2 Tanah Melayu kena jajah......

2. adakah kita mahu sejarah berulang kembali? adakah tindakan PAS ni seperti Si Kitul? di zaman Kesultanan Melayu Melaka yg mengadu kepada Portugis. Apakah org luar semestinya lebih baik daripada org2 di Malaysia ni? Apakah org2 di Malaysia tak pandai uruskan hal ehwal negaranya sehingga terpaksa minta campurtgn org luar?

3. mengapa PAS berkelakuan seperti kanak2? seringkali 'crying foul' jika mereka kalah dlm pertarungan? pasal royalti minyak pun, nak ngadu kt mahkamah antarabangsa (tapi sampai sekarang senyap je)...pasal bagan pinang nak mengadu kat badan demokrasi antarabangsa...
asal kalah je, dengar PAS nak bawa kes untuk campurtangan orang luar. ada saja alasan, isu yg direka untuk tarik perhatian....tapi bila kemenangan berpihak pada dia, senyap pulak...SPRM telus dan berkaliber dan tidak meragukan pun?, mahkamah pun adil..

4. masih tak boleh terima qada' dan qadar kah? adakah ketentuan ALLAH hanya diterima jika PAS di pihak yang menang sahaja? ajaran Islam apa yg dibawa PAS kalau begini cara nya yang diperlihatkan kepada umum?
.
.

No comments:

Post a Comment