Monday, October 26, 2009

hmm...PAS lagi!

Dalam utusan hari ini.

PAS Melaka dakwa isu EGM mainan UMNO

MELAKA 25 Okt. - Pas Melaka mengambil pendekatan tunggu dan lihat cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin Pas yang prokerajaan perpaduan diterima atau ditolak daripada parti itu.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, ini kerana beliau tidak melihat sebarang masalah di dalam parti, sebaliknya mendakwa isu EGM tersebut merupakan mainan UMNO terhadap Pas.

Menurut beliau, pihaknya sehingga kini tidak mendengar sebarang permasalahan di dalam Pas dan tiada apa yang patut dibersihkan.

"Ini semua (EGM) tiada apa. UMNO yang patut dibersihkan. Ini mainan mereka dan saya tak mahu komen kerana pasti akan timbulkan banyak masalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Sedihnya dengan pemimpin PAS!

Wahai ahli PAS Melaka,
Mursyidul Am kamu yang nak buat EGM, UMNO jugak yg salah?....tak masuk akal betul!! Takkan lah tiada seorg pun antara pimpinan PAS Melaka yg baca blog tok guru yang amat kamu sayangi tu?

Org2 UMNO pun pandai baca blog tok guru kamu..Kalau tok guru kamu tak tulis dlm blognya yg beliau mahu buat EGM untuk membersihkan dua tiga kerat pemimpin pro perpaduan, takkanlaah isu boleh tiba2 hangat?

Inikah contoh pemimpin cemerlang, tawaduk, ulama' PAS?

......

saya rasa mmg tiada keperluan pun untuk buat EGM PAS hanya kerana rasa tak puas hati 'seorang' pemimpin terhadap pandangan pemimpin lain.

MCA nak buat, PAS pun nak buat juga

Seolah2 ingin meraih publisiti murahan.

MCA buat sebab ada antara pemimpin mereka melanggar etika moral yang serius dan hanya itu sahaja jalan penyelesaian.

PAS kenapa pula tiba2 nak buat EGM? adakah 'beberapa kerat pemimpin' itu mempunyai masalah moral atau melanggar etika perlembagaan PAS sehingga ingin dibersihkan pula?

Apakah PAS sebenarnya satu parti yang Autokratik sehingga tiada seorg pun pemimpin yang boleh mempunyai berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi PAS?

Atau adakah PAS ini milik individu seseorg sehingga boleh membuat apapun yg disukainya? kalau xdgr ckp, buang jer...g la masuk UMNO...jgn malu2.....dgn ahli sendiri boleh ckp begitu.

Tp bila bab pertahankan Islam depan sahabat2 pakatan, tak pula begitu caranya...biarlah arak tu dijual di Shah Alam (walaupun selama2 ini mmg sukar untuk mendapatkan arak di Shah Alam seperti di 7 eleven)....takpe mereka hina Islam, sebab mereka tak tahu pun Islam tu apa....

begitukah?

Sayang, PAS adalah parti kedua terbesar di Malaysia.
Jgn hanya kerana ingin menurut nafsu cita-cita kuasa 'seseorang' itu, PAS menjadi kucar kacir.

p/s :

antara sbb saya memilih berkecimpung dlm UMNO:

pemimpin UMNO tidak pernah merasakan UMNO milik mereka. tidak pernah keluarkan ayat umno ni saya yg bangunkan, saya yg majukan, hatta Dato' Onn sendiri! Semuanya akan cakap, 'kita' atau 'kami'....

tiada seorg pun ahli UMNO yg menghakmilikkan UMNO sebagai milik peribadi mereka!


tapi PAS?

"pas ni parti saya, saya yg siram, saya yang baja, saya yg pagar. saya nak buat EGM untuk parti saya!"

"kalau pas pecah, pecah g lah! yg penting hasrat saya nak buat EGM"

.
.


4 comments:

  1. arak di shah alam? xkn xtau kilang arak yg bsr tu sejak zaman khir toyo? sengal punya pu3 umno!

    ReplyDelete
  2. ahaks....

    kan pas jugak yang selalu kata nak bakar...nah, sekarang selangor bwh pas...ape lagi, bakar lah?

    mmglah kilang arak ada kt situ, tp kat SHAH ALAM, mana dapat beli Carlsberg kat seven eleven, baru2 ni jer!!! sebb ronnie liu dah hentak meja...

    takkan tak igt kot?

    ReplyDelete
  3. wahai pu3 umno yg sengal,penjualan arak di kedai2 serbaneka mmg dibenarkan Akta Eksais 1976 (akta 176) dan dikawal oleh Peraturan2 Eksais (penjualan liquour yg memabukkan).AKta ni tahun 1976, dibuat sejak umno memeerintah.jgnlah otak tu jd bengap semata2 sokong umno

    ReplyDelete
  4. wahai pengkomen yg bacul asyik tulis anonymous jer....

    mmglah akta tu sejak 1976 lagi...

    tapi kan masa mula2 pakatan take over, korg dah mintak dan luluskan agar penjualan arak telah dihadkan di tempat2 tertentu especially tidak di shah alam.


    tapi korg retract balik, selepas ronnie liu hentak meja dan arak yg telah dirampas, kena pulangkan pulak balik...

    pastu korg diam membisu seribu bahasa tak pertahankan....ape cerita?

    ReplyDelete