Tuesday, May 19, 2009

Kempen Satu Sekolah Untuk Semua





Sudah tiba masanya sistem pembelajaran di Malaysia dikaji semula. Sistem yang lebih pragmatik dan liberal. Saya masih ingat, suatu waktu dahulu, sekolah wawasan yg lebih kurang sama objektifnya digagaskan oleh Tun Dr Mahathir. Sayangnya, gagasan itu tidak menjadi realiti kerana mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Namun pada hari ini, kita lebih nampak kesan sistem sekolah vernakular yang diamalkan di negara kita. Kempen cetusan beberapa bloggers ternama ini adalah tepat sejajar dengan konsep One Malaysia Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. Jadi, kawan-kawan mari menyokong kempen ini. dengan menandatangani petisyen di sini :

Antara cadangan yang diusulkan ialah :

  • Pengkajian Semula Sistem Pelajaran Negara oleh Kumpulan Bebas

Kami mencadangkan suatu kajian terperinci oleh kumpulan pengkaji bebas di adakan keatas fenomena Sekolah Vernakular ini.
Kumpulan pengkaji bebas ini haruslah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman yang setimpal dan berkecuali dari politik (non-partisan) sepenuhnya demi menentukan integriti laporan yang akan dikeluarkan. Tokoh asing yang terkenal dan berpengalaman dalam kajian sebegitu boleh juga dijemput ke kumpulan pengkaji untuk meningkatkan prestasi dan kredibiliti kajian dan laporan tersebut.


Normal 0 false false false
  • Penggubalan semula Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 tidak sejajar dengan matlamat pengwujudan Bangsa Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Akta tersebut yang membolehkan wujudnya sekolah vernakular haruslah dirombak agar ianya kembali kepada niat asal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Akta tersebut berbunyi:-

"AND WHEREAS the above policy is to be executed through a national system of education which provides for the national language to be the main medium of instruction, a National Curriculum and common examinations; the education provided being varied and comprehensive in scope and which will satisfy the needs of the nation as well as promote national unity through cultural, social, economic and political development in accordance with the principles of Rukunegara."

Walaubagaimanapun, kewujudan sekolah vernakular mengabaikan objektif yang tertera di atas. Penggubalan semula Akta ini akan membolehkan rakyat Malaysia mengecapi suatu struktur pendidikan yang seragam melalui keperkasaan sistem sekolah kebangsaan.



  • Mata Pelajaran Sejarah DiMestikan


Melihat betapa pentingnya generasi pelapis negara kita diserapkan dengan pengetahuan sejarah yang kukuh dan mencukupi, kami juga mencadangkan agar subjek Sejarah diwajibkan di semua sekolah di Malaysia. Anak muda yang Celik Sejarah akan memahami asal usul, arca dan konteks pembentukan negara Malaysia.

Ini termasuklah latarbelakang institusi Raja-Raja Melayu, perjuangan wira tanah air kita di zaman silam, peranan Orang Melayu dalam mencetus tamadun dan pembentukan negeri-negeri di Tanah Melayu sejak abad-abad awal selepas Masihi, kemasukan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu, permuafakatan di antara kaum yang membawa kepada pembentukan Kontrak Sosial yang tersirat dalam Perlembagaan dan punca termaktubnya hak-hak dan keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan.


Masyarakat yang Celik Sejarah akan mencetuskan suasana yang menyemarakkan pengwujudan Bangsa Malaysia yang kita idamkan selama ini. Selagi tidak timbul Bangsa Malaysia
ini, selagilah kita berterusan sebagai sebuah negara rojak yang dilanda berbagai gejala sosial yang tidak sihat dan berbahaya kepada keselamatan negara.



  • Penulisan Semula Buku-Buku Teks Sejarah

Kami juga mencadangkan supaya buku-buku teks Sejarah negara di kaji semula secara menyeluruh. Fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan terperinci harus dicatatkan oleh kumpulan cendiakawan yang terbukti kewibawaan dan integriti mereka. Penghuraian sejarah yang betul akan memainkan peranan sebagai pencetus kepada pembentukan suatu Bangsa Malaysia yang sehati dan sejiwa di Tanah Air kita yang bertuah ini.

Untuk membaca bagaimana kempen ini mula-mula dicetuskan dan memorandum penuh, sila layari blog demi negara.

Mari Sign Petisyen!! Satu Sekolah Untuk Semua...
.

1 comment: