Monday, March 16, 2009

Sekitar Persidangan Agung UMNO.....

Debaran semakin memuncak. Seluruh alam (he he, what an exaggeration!) ingin menyaksikan siapa yang akan menyandang jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Kalau ada undi SMS, mesti dah berbilion-bilion undi dicatatkan. Kalah Akademi Fantasia.

Dalam masa seminggu lagi, calon - calon bertanding membuat pelbagai persiapan untuk itu.

Ada yang melawat bahagian dan cawangan....
Ada yang mengeluarkan artikel di blog-blog.
Ada yang promosi di media cetak dan televisyen
...dan bermacam lagi.

jika secara sihat begini, baguslah alhamdulillah. Tapi, jangan sampai kena panggil dengan Lembaga Displin, sudah lah......tak sampai seminggu je lagi ni.....

kepada calon-calon yang bertanding,

Selamat Berjaya!

Cabaran lebih besar akan menanti anda . Tanggung jawab sehingga di akhirat akan ditanya. Jadi, galaslah harapan-harapan kami orang melayu dengan amanah dan penuh tanggung jawab.

Kepada perwakilan yang mengundi,

Pilihlah yang Terbaik di kalangan yang terbaik dengan adil.

Undi anda mewakili cawangan-cawangan dan bahagian bahagian yang menghantar anda. Jadi, bukanlah mengikut budi bicara anda semata-mata. Ambil kira suara dari akar umbi juga. Jangan hampakan mereka.
.

No comments:

Post a Comment