Tuesday, March 31, 2009

Tahniah!!!...Persidangan Perwakilan UMNO 2008

Tahniah kepada yang menang.
Dan seperti biasa ' rumah dah siap, pahat masih berbunyi..'
walaupun begitu, kita harus juga mencari persamaan (walaupun banyak perbezaan) demi untuk menghadapi tugas yang lebih berat menanti..

Mari bersatu menghadapi Pilihan Raya Kecil di tiga kawasan....

berikut senarai keputusan Jawatankuasa dan sayap-sayap UMNO 2009-2012:

Pengerusi Tetap
DATUK PADUKA HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN

Timbalan Pengerusi Tetap
DATUK HAJI MOHAMAD HAJI AZIZ

Presiden
DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Presiden
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Naib Presiden
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL

Majlis Tertinggi
DATUK MUSTAPA MOHAMED
DATUK NOH OMAR
DATUK SERI PANGLIMA MUSA AMAN
DATUK AZIAN OSMAN
DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN
DATUK SERI MOHD ZIN MOHAMED
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
DATUK SERI PANGLIMA LAJIM UKIN
DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR
DR MOHD PUAD ZARKASHI
DATUK TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
DATUK HAJI IDRIS HJ HARON
DATUK DR HAJI ABD LATIFF AHMAD
DATUK SERI DR JAMALUDIN JARJIS
DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH
DATUK DR NORRAESAH MOHAMAD
DATUK SERI MAHDZIR KHALID
DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH
DATUK HAMZAH ZAINUDIN
DATUK BUNG MOKTAR RADIN
DATUK DR AWANG ADEK HUSSIN
DATUK SERI ZULHASNAN RAFIQUE
DATUK AHMAD SHABERY CHEEK
DATUK SERI IDRIS JUSOH
DATUK ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM

KEPUTUSAN PERGERAKAN WANITA

Pengerusi Tetap
Tan Sri Napsiah Omar

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd

Ketua

Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil

Naib Ketua
Datuk Kamilia Ibrahim

EXCO

Hasnah Salam
Datuk Maznah Abdul Hamid
Datuk Rosni Zahari
Datuk Armani Mahiruddin
Datin Paduka Norhayati Onn
Datuk Norhayati Omar
Datuk Rusnah Kassim
Marlia Abd Latiff
Noriah Mahat
Ros Suryati Alang
Jamelah A Bakar
Suraya Yaacob
Azihani Al
Norliza Abdul Rahim
Sharifah Azizah Syed Zain
Datuk Maznah Mazlan
Datuk Azizah Mohd Dun
Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin
Norliza Hj Ahmad
Wan Hazani Wan Mohd Nor

KEPUTUSAN PERGERAKAN PEMUDA

Pengerusi tetap
Datuk Abdul Fattah Abdullah

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Yadzan Mohammad

Ketua
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Naib ketua
Datuk Razali Ibrahim

Exco
Mohamed Suffian Awang
Shafiqurrahman Haji Shamsuddin
Sohaimi Shahadan
Mohd Gasing Saling
Mohd Afandi Yusoff
Jamawi Jaafar
Wan Amizan Wan Abdul Razak
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Ahmad Darus
Ahmad Zaki Zahid
Ali Mazat Salleh
Megat Zulkarnain
Zubir Zabidi
Nazir Hussin Akhtar Hussin
Lokman Noor Adam
Syahrin Md Jamaluddin
Tun Faisal Ismail Aziz
Muhammad Khairun Aseh
Mohd Hisamudin Yahaya
Mohamad Iruan Zulkefli

KEPUTUSAN PERGERAKAN PUTERI

Pengerusi Tetap
Azlieza Azizan - Tangga Batu

Timbalan Pengerusi Tetap
Hasspalela Mohammed Hassan - Kulai

Ketua
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - Papar

Naib ketua
Shahanim Mohamad Yusoff - Sungai Petani

Exco
Mas Ermieyati Samsudin - Masjid Tanah
Hasrunizah Hassan - Pontian
Azlinda Zubir - Bukit Katil
Zahida Zarik Khan - Pandan
Asmaiza Ahmad - Padang Besar
Norhasmizah Mat Tahir - Selayang
Fahariyah Md Nordin - Ledang
Wan Salwati Abdullah - Seremban
Dg Maimunah Sidek - Sipitang
Isfarina Mohd Ali - Ipoh Barat
Wan Zawiyah Wan Halim - Kubang Pasu
Norsabrina Mohd Noor - Kulim
Nor Azita Abdul Rahman - Pekan
Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh - Tumpat
Seriwani Sabtu - Setiawangsa
Jamilah Hanim Othman - Petaling Jaya Selatan
Idamoerni Zakaria - Bukit Gelugur
Anita Murad - Tenggara
Zauyah Zainuddin - Bandar Tun Razak
Rina Mohd Harun - Sepang

Saturday, March 21, 2009

PPSMI lagi...

.

1. Saya tidak faham kenapa ia menjadi satu topik yang maha hebat.

2. Perasan tak? masa semuanya diajar dlm bahasa melayu. best student spm kebanyakannya bukan daripada kalangan melayu. bertahun-tahun . tapi sejak akhir2 ni. anak2 melayu yang jadi senarai teratas. berpuluh2 A pulak tu...bukan setakat 8 atau 9 je...

3. Ilmu matematik dan sains adalah ilmu yang berkembang setiap hari. tidak seperti sejarah, geografi atau akaun.

4. Kenapa kalau pergi Jepun, buku2 dalam Bahasa Jepun, kenapa kalau pergi Germany, buku2 dalam bahasa Jerman?......boleh je mereka belajar sains dan teknologi dalam bahasa sendiri.takde pun sibuk2 nak belajar dalam bahasa inggeris? memang. betul. tapi negara seperti Jepun, mereka pelopor dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.Jadi pada asalnya artikel atau tesis diterbitkan dalam bahasa mereka. kita ni masih terkial2 lagi sebagai pengguna teknologi yang mereka ciptakan/hasilkan . Jadi, kalau kita nak belajar. kenalah faham bahasa mereka. Bahasa Inggeris paling umum digunakan.

5. tapi, mereka mempunyai byk buku2 terjemahan daripada bahasa inggeris?...tak pe pn. mmg betul. mereka ada pakar2 yang ramai dan RAJIN untuk menterjemahkan buku2 ke dalam bahasa mereka. Di Malaysia , siapa nak buat semua tu? Kita ada DBP kan?....mmg betul. ada DBP....tp berapa banyak buku ilmiah yang DBP terjemahkan dalam setahun?...dan berapa lama pula masa diambil untuk menterjemah satu-satu buku? ..

6. Dalam bidang komputer, contohnya evolusi 'java language' ....mula2 mmg lah nama dia JAVA....masa saya belajar dulu. tulis coding pakai notepad jer. sekarang ni?
  • .....dah ada eclipse,
  • dah ada netbeans
  • dan bermacam2 lagi perkembangan.
Saya kini sedang jadi trainer untuk J2EE (edisi JAVA web -based) ...tak sampai 3 bulan pun, sekarang nama dia dah jadi JEE5. Banyak features2 tambahan yang perlu saya tahu. tak makan tahun....3-4 bulan je....

Betapa pesat perkembangan teknologi sekarang. cuba bayang, kalau saya tunggu buku terjemahan daripada DBP?..setahun?...itu pun kalau ada orang PHD qualified yang sudi nak terjemahkan buku...
Setakat ni saya belum jumpa lagi buku JEE5 dalam bahasa Melayu....saya nak kena ajar budak2 ni...takkan saya nak ajar benda2 yang dah basi?....

7. Jadi, salah ke kalau belajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahas Inggeris?tak nak ke lihat anak2 kita maju dalam teknologi? kalau belajar agama ( syari'ah, usuluddin, tasawuf , tasawur) dalam bahasa arab, di sekolah2 menengah agama setelah sekian lama sejak merdeka lagi, tidak pula melanggar artikel 152. bila matematik dan sains dalam bahasa inggeris, dikatakan melanggar artikel 152. menuntut ilmu pun ada double standard?

8. Bagaimana mahu memartabatkan bahasa melayu? adakah mata , telinga dan lidah terarah kepada persekitaran sekolah sahaja? cuba ambil ruang lingkup lebih luas. yang lebih cepat mempengaruhi anak2 kita. anak2 kita dikelilingi oleh media massa seperti radio dan televisyen. Lihat lah lirik2 lagu melayu yang berkumandang di radio. pantaulah drama2 filem2 melayu masa kini? berkualitikah seperti filem2 seniman p. ramlee?..... mengikut pemerhatian saya, lirik 2 daripada pak ngah suhaimi, m nasir je yang signifikan. filem apek dan prof razak? :sigh: drama spa q?..... rosak bahasa melayu..... yang ini mengapa tidak dipantau? mengapa tidak diprotes? saya kira, ini lebih mempengaruhi penggunaan bahasa melayu, semangat nasionalisme di kalangan anak2 kita...

9. Saya tak faham kenapa begitu sempit pandangan pejuang2 bahasa kita yang hanya melihat daripada satu sudut sahaja untuk memperkasakan bahasa melayu. adakah kerana isu ini telah dipolitikkan oleh pihak2 yang tidak bertanggung jawab?

ps: kalau DBP memainkan peranan dengan lebih efisien, menterjemah buku2 ilmu ke dalam Bahasa Melayu, dengan tangkas dan tuntas.....mungkin perkara2 berserabut seperti ini dapat dielakkan. Tidak menjadi satu isu politik pun. Dr Hassan Ahmad, apa yang anda buat sepanjang memegang DBP? Kamus Dewan pun baru edisi keempat sepanjang lebih 50 tahun kita merdeka. begitulah perumpamaan perkembangan bahasa kita oleh DBP. Macam mana nak 'catch up' dengan perkembangan teknologi yang sepantas kilat ni?banyak kerja kah? mungkin sibuk berdemonstrasi di tepi jalan kot?berpolitik, mungkin?
.
:peace:

Monday, March 16, 2009

Sekitar Persidangan Agung UMNO.....

Debaran semakin memuncak. Seluruh alam (he he, what an exaggeration!) ingin menyaksikan siapa yang akan menyandang jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Kalau ada undi SMS, mesti dah berbilion-bilion undi dicatatkan. Kalah Akademi Fantasia.

Dalam masa seminggu lagi, calon - calon bertanding membuat pelbagai persiapan untuk itu.

Ada yang melawat bahagian dan cawangan....
Ada yang mengeluarkan artikel di blog-blog.
Ada yang promosi di media cetak dan televisyen
...dan bermacam lagi.

jika secara sihat begini, baguslah alhamdulillah. Tapi, jangan sampai kena panggil dengan Lembaga Displin, sudah lah......tak sampai seminggu je lagi ni.....

kepada calon-calon yang bertanding,

Selamat Berjaya!

Cabaran lebih besar akan menanti anda . Tanggung jawab sehingga di akhirat akan ditanya. Jadi, galaslah harapan-harapan kami orang melayu dengan amanah dan penuh tanggung jawab.

Kepada perwakilan yang mengundi,

Pilihlah yang Terbaik di kalangan yang terbaik dengan adil.

Undi anda mewakili cawangan-cawangan dan bahagian bahagian yang menghantar anda. Jadi, bukanlah mengikut budi bicara anda semata-mata. Ambil kira suara dari akar umbi juga. Jangan hampakan mereka.
.

Tuesday, March 3, 2009

Tragedi Minda Melayu- by Prof Diraja Ungku Aziz

Kalau ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu. Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telahmempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh. Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu,mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi. Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London.

Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi -
  • daripada kesan kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an,
  • pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an,
  • kesan media massa, dan
  • kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip. Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu, akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.

Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumahtangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif. Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti.

Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana
  • orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti
  • pengaruh politik tempatan,
  • politik antarabangsa,
  • Indonesia,
  • peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.
Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu
  • pengaruh Barat,
  • peranan media massa,
  • politik serta
  • agama.
Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik. Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun PAS, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan. Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

PS: Kawan-kawan, mari bebaskan pemikiran kita daripada kongkongan yang dikatakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz ini. Mulakan Langkah pertama dengan, BACA dan FAHAMI artikel ini....