Monday, November 24, 2008

Ternakan Kesayangan....


hi hi hi....

tak habis-habis dgn kisah mahu membuka kandang khinzir . belum habis di melaka (kandang khinzir tanpa permit), di selangor (100 hektar ternakan khinzir fidlot)....baru- baru ni di kedah(bukit selambau) pula mereka ingin membina kandang ternakan tersebut.

  • persoalannya di sini, mengapa perlu dibina di kawasan yang 80% penduduknya Melayu?

  • dikatakan, ladang ternakan khinzir perlu di 'centralised' utk meminimumkan pencemaran.bagaimana pihak yang terlibat akan membuat garis panduan dan undang-undang agar boleh dijamin 100% tidak akan ada kandang khinzir secara kecil2lan di melaka, selangor dan negeri sembilan setelah ada suatu tempat penternakan yang besar?.
  • .
  • tiadakah binatang lain yang boleh diternak selain daripada binatang yang haram dimakan, disentuh oleh orang Islam?

  • anda boleh terima jika kita dilabel "negara islam mempunyai ladang ternakan khinzir yang canggih dan terbesar di asia tenggara?"

  • mengapa pihak2 terlibat (PAS , PKR, DAP) mendakwa pelan ini merupakan pelan kerajaan (UMNO) terdahulu? mereka cuma laksanakan saja. (ini kes tak tahu nak bagi reason lah ni. salahkn kerajaan terdahulu. kalau betul pun kenapa nak teruskan jugak? bukan tak boleh nak batalkan.....mereka ni mmg suka kot?)

  • mengapa PAS bersetuju dalam pelan ini? mana kredibiliti mereka sebagai pejuang Islam?..(kalau hasil cukai sebahagian besar daripada sumber yang haram, bagaimana nasib penjawat-penjawat sektor awam?)

saya terjumpa artikel yang agak melucukan di sebuah web site pro pembangkang "tranungkite"... berikut adalah sedutan daripadanya.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?”


hi hi....come on lah.setiap orang bukan islam di malaysia makan 10 ekor khinzir kah sehari sehingga perlu membina berjuta-juta hektar tapak projek yang bernilai RM100 juta?....


sepatutnya tidak perlu ada penternakan haiwan ini di malaysia....sudah terbukti haiwan2 ini pembawa wabak penyakit dan pencemaran air dan bau. kalau mahu makan, import sahaja daripada negara lain....

Wednesday, November 19, 2008

...Bukan Melayu Sahaja Yang Mudah Lupa

Sejak akhir-akhir ini, istilah 'kontrak sosial' sering sahaja disebut2.

Apakah kontrak sosial ni, ye kawan-kawan?

Saya pun pergi ke laman google dan taip 'social contract'...

menurut wikipedia,

"Social contract describes a broad class of republican theories whose subjects are implied agreements by which people form nations and maintain a social order. Such social contract implies that the people give up some rights to a government and other authority in order to receive or jointly preserve social order."

Maksudnya (mengikut translasi saya sendiri) :

Kontrak Sosial merupakan suatu subjek di dalam teori republikan di mana persetujuan bersama dicapai untuk membentuk suatu kerajaan dalam mengekalkan perpaduan. Kontrak sosial ini mencadangkan agar mereka memberi hak-hak tertentu kepada kerajaan atau pihak lain demi mengekalkan perpaduan sejagat.


Owh.... begitu maksudnya.... saya pn mencari lagi.....dan saya jumpa


The social contract in Malaysia refers to the agreement made by the country's founding fathers in the Constitution.The social contract usually refers to a quid pro quo trade-off through Articles 14–18 of the Constitution, pertaining to the granting of citizenship to the non- Malay people of Malaysia, and Article 153 , which grants the Malays special rights and privileges.

[wikipedia]

maksudnya (mengikut translasi saya sendiri):

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada persetujuan yang telah dibuat oleh bapa-bapa pembentukan Malaysia di dalam perlembagaan. Biasanya Kontrak Sosial ini merujuk kepada 'pertukaran setara' melalui Artikel 14-18 dalam perlembagaan berkenaan dengan memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan juga Artikel 153, iaitu keistimewaan hak orang Melayu.


Jadi, jelaslah apa istilah kontrak sosial ini. Ye lah.ingat senang ke nak bentuk sebuah negara? nak mencapai kemerdekaan? Bak kata Tun Tan Siew Sin, ketika menjawab kritikan tentang keistimewaan orang Melayu pada 30 April 1969 :


The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”



terjemahannya berbunyi begini :


Orang Melayu menerusi UMNO bermurah-hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.

(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, ms 38-39).




ketika itu , beliau merupakan Menteri Kewangan. Tun Tan Siew Sin sendiri meminta kedudukan dan hak istimewa Melayu dihormati.

Ini pula petikan ucapan
Tun V. T. Sambanthan, Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965:




“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?


If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens…


As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”


terjemahannya berbunyi begini :


Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, seterusnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudiannya. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.


Persoalannya di sini, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh isu perkauman? Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang telah mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?


Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak diterima di Ceylon dan juga Burma. Dan lihat pula kepada saudara kita kaum Cina. Mereka juga tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.


Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar. Manakala di Ceylon pula, mereka tidak diberikan taraf warganegara, sama seperti di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu tetapi apa pula yang berlaku di Malaya?


Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”


Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.


Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.



(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, ms. 60).



Hurm....nampaknya 'cucu-cicit' kedua-dua tokoh ini terlupa dengan apa yang 'datuk' mereka pernah cakapkan. Isk.... kalau kedua2 pemimpin Cina dan India ini masih hidup, mesti mereka malu melihat perangai 'cucu-cicit'mereka yang sekarang ini begitu lantang mempertikaikan artikel 153 perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui demi perpaduan.


Tuesday, November 18, 2008

Awas, Melayu Sedang Cuba Digugat !!!

Secara rawak (random) isu-isu yang mencabar kepentingan orang Melayu:

1. Peruntukan RM100 juta di atas 100 hektar tanah di Selangor untuk ternakan babi. ( akan menjadikan penyumbang cukai terbanyak adalah daripada sumber jual beli yang haram di Selangor)- not islamic compliance

2. Memorandum Bantah azan dan bacaan ayat suci Al-Quran dengan kuat oleh MP Seputeh, Teresa Kok.(dalam usul pu3 )

3. Pelajar berketurunan Cina di Taiwan , menghina lagu negaraku dalam lagu remixnya. -tindakan? hanya meminta maaf terbuka. boleh sambung belajar, boleh balik ke Malaysia . sedangkan ketika kes pelajar Melayu membuat demonstrasi membantah AUKU, ramai diantaranya dibuang universiti dan tidak tahu apa nasib pelajar2 berikut.

4. Sekolah swasta Cina diberikan peruntukan tanah sebanyak 200 ekar untuk diniagakan di Perak.

5. Kampung Baru (penempatan orang-orang cina )di Perak, mendapat geran untuk 999 tahun. - sedangkan rata-rata kampung Melayu hanya diberi 99 tahun.

6. UiTM dibuka kepada bukan bumiputera. (sedangkan penubuhan UiTM adalah utk bumiputera).

7. Tan Lian Hoe - mempersoal bahawa Melayu juga bangsa pendatang . ( salah satu usul pu3).

8. Papan Tanda Jalan pelbagai Bahasa (Melayu, Cina, Tamil) di kawasan warisan Melayu di Pulau Pinang.

9. Mengubah dasar pengambilan pekerja bagi Suruhanjaya Perhidmatan Awam(SPA) di Perak. Kuota Melayu dikecilkan.Kuota Cina ditambah

10. Menghapus taraf exco kerajaan negeri bagi jawatan mufti Perak. - satu penghinaan kepada perlembagaan negara.

11. Mewujudkan jawatan Pengerusi Jabatan Bukan Islam untuk menyamatarafkan dengan jawatan mufti di Perak.

12. Mengubah Polisi Pelan susunatur Perumahan . Tiada rezab untuk mewajibkan surau dan masjid yang perlu disediakan oleh pemaju di Perak.

13. Borang Permohonan Tanah diarahkan agar dicetak dalam bahasa Cina dan Tamil bagi memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Melayu untuk memohon - Layakkah mereka memohon tanah di Malaysia ini jika tidak tahu Berbahasa Kebangsaan sendiri?

14. Mempersoalkan perlembagaan 153 : Hak Keistimewaan Melayu oleh IFC.


Apakah peranan kita, wahai kawan-kawan pu3 ?
.
.




Thursday, November 13, 2008

Mesyuarat Pertama Puteri UMNO Bahagian Pulai

Tarikh : 7 November 2008
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Bilik Gerakan Taman Desa Rahmat

Alhamdulillah, mesyuarat pertama Puteri UMNO Bahagian Pulai Sesi 2008-2012 telah selamat diadakan.

Antara Agenda mesyuarat ialah
  • melantik biro-biro ahlijawatankuasa
  • membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
  • mendelegasi tugas untuk program-program yang dirancangkan

mesyuarat tamat pada pukul 10.30 mlm

Marhaban Ya MarhabaAannn...



Pada 21 Oktober 2008 hingga 1 November 2008, pu3 pulai telah mengadakan program Ziarah Raya dari rumah ke rumah. Tujuan program ini diadakan ialah ; untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli di samping mendekati komuniti berdekatan di sekitar kawasan Pulai. Antara tentatif program ialah :
  • Menziarah 3 buah rumah dalam satu malam
  • Bermarhaban dan Selawat
  • Jamuan Makan
Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama dan galakan oleh ahli-ahli pu3 dalam menjayakan majlis ini.

Tuesday, November 11, 2008

Usul - usul





Terdapat lima usul yang telah dikemukakan oleh pu3 pulai
semasa persidangan. Tajuk - tajuk usul tersebut ialah:




Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pulai


Tarikh : 18 Oktober 2008
Tempat : Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat
Jam : 8.30 mlm

Alhamdulillah. berjalan dengan lancar sekali. Pemilihan telah dibuat tanpa pertandingan. Sebanyak 5 usul telah dikemukakan untuk diperbincangkan. Gandingan muka baru dan muka lama pu3 pulai diharap dapat memantapkan lagi organisasi pu3 pulai khususnya dan UMNO Bahagian Pulai amnya.Berikut adalah senarai ahlijawatankuasa yang baru.

Pengerusi Tetap : Sdri Rafizah Wahab
Timb. Pengerusi Tetap : Sdri Nor Ida Binti Marekin

Ketua : Sdri Hirul Fahdiah Ismail
Naib Ketua: Sdri Suzieta Basri

15 Ahli Jawatankuasa:
Sdri Siti Munirah Bamadhaj
Sdri Sh Sabrina Sy Ali

Sdri Noraslina Mokhtar

Sdri Dewi Syuria Md Diwan
Sdri Rafidah Omar

Sdri Rafidah Ibrahim
Sdri Jessnor Eina Mat Jizat
Sdri Ruzimah Hussein

Sdri Azian Saniman
Sdri Julia Aliman

Sdri Norhayati Aliman
Sdri Norfadillah Pajar

Sdri Liyana Lob Osman

Sdri Raden Hidya Ayu Raden Ismail

Sdri Norazreen Ahmad


Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada ahli-ahli puteri di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Jutaan Terima Kasih juga buat barisan AJK yang lama terutamanya mantan Ketua Puteri dan yang kami sayangi, Pn Hjh Azizah Omar kerana beliau telah meletakkan suatu standard yang tinggi dalam kepimpinan pu3 pulai. Di harapkan agar beliau masih lagi sudi memberi tunjuk ajar kepada kami barisan kepimpinan baru walaupun sudah tidak lagi memegang pu3 pulai.