Wednesday, November 19, 2008

...Bukan Melayu Sahaja Yang Mudah Lupa

Sejak akhir-akhir ini, istilah 'kontrak sosial' sering sahaja disebut2.

Apakah kontrak sosial ni, ye kawan-kawan?

Saya pun pergi ke laman google dan taip 'social contract'...

menurut wikipedia,

"Social contract describes a broad class of republican theories whose subjects are implied agreements by which people form nations and maintain a social order. Such social contract implies that the people give up some rights to a government and other authority in order to receive or jointly preserve social order."

Maksudnya (mengikut translasi saya sendiri) :

Kontrak Sosial merupakan suatu subjek di dalam teori republikan di mana persetujuan bersama dicapai untuk membentuk suatu kerajaan dalam mengekalkan perpaduan. Kontrak sosial ini mencadangkan agar mereka memberi hak-hak tertentu kepada kerajaan atau pihak lain demi mengekalkan perpaduan sejagat.


Owh.... begitu maksudnya.... saya pn mencari lagi.....dan saya jumpa


The social contract in Malaysia refers to the agreement made by the country's founding fathers in the Constitution.The social contract usually refers to a quid pro quo trade-off through Articles 14–18 of the Constitution, pertaining to the granting of citizenship to the non- Malay people of Malaysia, and Article 153 , which grants the Malays special rights and privileges.

[wikipedia]

maksudnya (mengikut translasi saya sendiri):

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada persetujuan yang telah dibuat oleh bapa-bapa pembentukan Malaysia di dalam perlembagaan. Biasanya Kontrak Sosial ini merujuk kepada 'pertukaran setara' melalui Artikel 14-18 dalam perlembagaan berkenaan dengan memberi kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan juga Artikel 153, iaitu keistimewaan hak orang Melayu.


Jadi, jelaslah apa istilah kontrak sosial ini. Ye lah.ingat senang ke nak bentuk sebuah negara? nak mencapai kemerdekaan? Bak kata Tun Tan Siew Sin, ketika menjawab kritikan tentang keistimewaan orang Melayu pada 30 April 1969 :


The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”



terjemahannya berbunyi begini :


Orang Melayu menerusi UMNO bermurah-hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.

(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, ms 38-39).




ketika itu , beliau merupakan Menteri Kewangan. Tun Tan Siew Sin sendiri meminta kedudukan dan hak istimewa Melayu dihormati.

Ini pula petikan ucapan
Tun V. T. Sambanthan, Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 1 Jun 1965:




“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?


If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens…


As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”


terjemahannya berbunyi begini :


Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, seterusnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudiannya. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.


Persoalannya di sini, apakah yang telah dilakukan oleh orang-orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh isu perkauman? Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang telah mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?


Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak diterima di Ceylon dan juga Burma. Dan lihat pula kepada saudara kita kaum Cina. Mereka juga tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.


Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar. Manakala di Ceylon pula, mereka tidak diberikan taraf warganegara, sama seperti di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu tetapi apa pula yang berlaku di Malaya?


Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”


Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.


Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.



(Sumber : Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, ms. 60).



Hurm....nampaknya 'cucu-cicit' kedua-dua tokoh ini terlupa dengan apa yang 'datuk' mereka pernah cakapkan. Isk.... kalau kedua2 pemimpin Cina dan India ini masih hidup, mesti mereka malu melihat perangai 'cucu-cicit'mereka yang sekarang ini begitu lantang mempertikaikan artikel 153 perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui demi perpaduan.


No comments:

Post a Comment