Friday, February 27, 2009

PPSMI - satu agenda politik??

[note: artikel ini di bawah kategori Personal Opinion.tidak mewakili keseluruhan pu3pulai].

1. Rata- rata membicarakan soal PPSMI. Ada yang membangkang. Ada yang bersetuju. Ada yang tidak peduli. Yang nyata, program PPSMI ini sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru yang tidak berapa fasih dalam Bahasa Inggeris, terpaksa berbelit lidah menyebut frasa-frasa dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah, kena berlatih dulu. Tersilap depan budak-budak nanti, malu pula kalau mereka tegur.

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dalam memorandumnya menolak PPSMI menyebut,
Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.

3. Tetapi, betulkah faktor PPSMI menyebabkan pelajar luar bandar tidak 'score?'. Semasa zaman universiti dulu, saya rajin mengikuti program khidmat masyarakat. saya ke Perak, Pulau Pinang...duduk sehari dua dengan keluarga di kampung yang jalan tidak bertar. Mendekati permasalahan setempat. Memberi sedikit motivasi.

4. Apa yang sangat memeranjatkan ialah: budak darjah 3 dah pandai merokok. ganja, syabu, ecstasy mudah di akses di celah-celah pokok kelapa sawit. Walaupun tiada internet, video klips lucah senang saja didownload melalui handphone. ibu ayah, kalau tahu pn....dah puas marah.. cakap kawan-kawan lebih penting. belajar? bodoh pn takpe.ladang kelapa sawit puluh2 ekar tu boleh jaga. cukup makan, dah lah. apa nak lagi?

5. Guru juga memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini. Kebanyakan guru sekarang, lulusan KPLI (setelah menganggur 5 bulan tak dak kerja, masuk la KPLI) bukan nak mengajar sangat. Asal dpt gaji tiap-tiap bulan, lepas duit kereta,sewa cukuplah. Budak-budak tu bukan nya anak-anak aku pun.Anak sedara pn bukan.buat apa nak kisah?

6. Suatu ketika dulu, guru merupakan idola kepada semua. Guru mengajar sepenuh hati untuk memajukan anak bangsa. Keikhlasan mereka mengajar dapat melahirkan tokoh2 pemimpin yang dikagumi. Berbeza dengan kualiti guru muda sekarang di mana objektif dan matlamat untuk menjadi guru sangat terpesong daripada guru-guru zaman dulu yang sangat berdedikasi.

7. Di IPT, buku-buku rujukan semua dalam Inggeris. Jika ada terjemahan pun tidak selengkap apa yang anda dapati dalam buku-buku bahasa Inggeris. Jadi , untuk score assignment, terpaksalah rujuk buku-buku berbahasa inggeris. Walaupun pada zaman saya, kuliahnya dalam bahasa melayu, proses mencari ilmu berlaku dalam persekitaran bahasa inggeris juga.

8. Semua faktor2 ini juga perlu diambil kira sebelum 'menghukum' kebekersanan program ini. adakah kita mahu generasi akan datang hebat berhujah, bercakap di dalam negara, tetapi apabila berjumpa dengan 'foreigners' barat akan terkebil-kebil macam terjumpa hantu dan takut-takut kerana fizikal mereka yang besar berbanding kita?.

9. Sekurang-kurangnya, jika dapat berbahasa inggeris boleh ckp mcm ni 'i have mastered your language, why should i be intimidated by you?'....

10. Memang benar. Kita akan menjadi takut apabila kita berhadapan dengan apa yang kita tidak tahu. Mengajar dan belajar dalam bahasa inggeris? itu adalah di luar ruang selesa kebanyakan kita. Maka, kedengaran lah komen2 skeptism di kalangan kita yang telah dipaksa keluar dari zon selesa masing-masing.

11. Tidak dapat dinafikan, perlaksanaan PPSMI ini tiada 'master plan' yang rapi. Para guru tidak dipersiapkan. Cara pendekatan juga yang mengejut. Tiada kaedah untuk menjadikan program ini 'mesra pelajar'. Hanya bergantung kepada prestasi individu pelajar dan sumbangan guru untuk menjayakannya. Ini semua menyebabkan terdapat kepincangan dalam program ini.

12. Jadi, tepuk dada, tanya selera. apakah kita mahu menafikan bahasa inggeris sebagai 'lingua franca' masa kini dan hanya meninjau dunia luar daripada tempurung kristal?

13. Bahasa rasmi, tetap Bahasa Melayu. kalau mahu masuk IPTA, tetap ada syarat kepujian dalam Bahasa Melayu. Surat-surat rasmi kerajaan, tetap dalam BAHASA MELAYU. Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dalam Bahasa Melayu. Prosiding di mahkamah juga dalam bahasa Melayu. Jadi, apakah momokan yang 'menghancurkan bahasa melayu' , 'bahasa melayu akan hilang?'...bukan kah tampak seperti takut dengan bayang-bayang sendiri?

14. Ya. Saya bersekolah di bandar di mana mediumnya adalah bahasa inggeris. kadang-kadang, belajar subjek bahasa melayu juga terselit perkataan-perkataan inggeris dalam proses pembelajaran. Maka selayaknya saya melabelkan diri produk 'pra PPSMI'....
  • Adakah saya tidak tahu berbahasa Melayu?
  • Bukankah artikel ini dalam Bahasa Melayu?
  • Adakah ini bermakna saya tidak tahu membaca 'Hikayat Hang Tuah' , Hikayat Inderaputera?
  • Saya tidak kenal 'Puteri Lindungan Bulan'?.
  • Berapa ramai daripada kalangan anda yang 'anti-ppsmi' ini telah membaca 'Salina',' Tulang-tulang berserakan'(yang telah diterjemah dalam bahasa Rusia), 'Sidang Serangga'(teka lah karya-karya siapa..)?

15. Pada saya, bahasa Melayu cukup indah . (Tahukah anda)Tiada bahasa lain di dunia ini boleh menggambarkan warna turquoise dengan tiga ungkapan yang berlainan,iaitu:
  • hijau-kebiruan
  • firus
  • wilis
16. Dan saya juga ahli Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu.


ps : Perjuangkan bahasa Melayu tetapi bila masuk pertubuhan, PAS dan PKR... Jadi perjuangkan Islam sajalah( apa jadi dengan hudud?). buat apa perjuangkan bahasa melayu. tak dapat masuk syurgapun.

Kadar Tol Akan Dinaikkan...wajarkah?

Berkuatkuasa Ahad ini, kadar tol akan dinaikkan di lima kawasan utama.

Apa kah relevannya tindakan sebegini?


Di kala para pekerja kilang hanya bekerja 15 hari sebulan..

Di kala ramai eksekutif ditawar VSS..

Di kala ramai graduan yg menganggur..

Di kala menghadapi kesukaran ekonomi global...

dan

di ambang pilihan raya kecil di tiga kawasan?


Kerajaan seharusnya lebih peka dengan nasib rakyat yang rata-rata sangat terasa dengan kegawatan ekonomi global .

Tidak bolehkah kadar kenaikan itu ditangguhkan sehingga 2010?


Berikut senarai tol-tol yang terlibat.

  • Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
  • Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%).
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).


Urm...mari kita tanya beberapa soalan tentang hal ini.

Mengapa kerajaan ingin menaikkan kadar tol ?

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kenaikan tol tersebut sangat kecil sambil memberi contoh bahawa pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan menggunakan PLUS dari Jalan Duta ke Bukit Raja dengan jarak 34 kilometer mulai 1 Mac ini, hanya perlu membayar tambahan kadar tol sebanyak 30 sen sahaja daripada RM4.60 kepada RM4.90.

Katanya, dengan pemansuhan Plaza Tol Salak Jaya yang ditutup pada Selasa lepas, pengguna BESRAYA pula dari Jalan Istana ke pekan Sungai Besi tidak perlu lagi membayar tol.

Beliau berkata di samping itu, tol di lebuh raya PLUS, SPRINT dan AKLEH sepatutnya dinaikkan pada 1 Jan 2008 dan telah ditangguhkan sehingga Sabtu ini, iaitu penangguhan selama 14 bulan, di mana kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta.

Sebanyak RM177 juta pampasan dibayar kepada PLUS, RM38 juta kepada SPRINT dan RM30 juta kepada AKLEH, katanya.
-dipetik dari BERNAMA-


Dalam perjanjian di antara kerajaan dengan pemilik konsesi, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi!.-dipetik daripada dokumen perjanjian konsesi lebuh raya antara pihak kerajaan dan pengendali lebuh raya-


Jika begitu, tidakkah perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ini berat sebelah?

Ya, perjanjian ini amat berat sebelah. Kepentingan syarikat-syarikat konsesi diutamakan dan kepentingan rakyat secara berterusan dipinggirkan.



Wahai, kerajaan bantu lah kami menghadapi kegawatan ini. mengapa kita perlu tanggung beban sebegini hanya kerana perlu puaskan 'perut' sesetengah pihak?

Wednesday, February 18, 2009

Pertemuan Barisan Jawatankuasa Bahagian dengan Ketua Cawangan...

pada : 21 Februari 2009
masa : 2.00 ptg
di : Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat

satu sesi taklimat dan perjumpaan antara barisan jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai dan sayap-sayapnya dengan ketua-ketua cawangan DUN Kempas dan DUN Pengkalan Rinting akan diadakan.

Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi pengenalan kepada barisan kepimpinan UMNO Bahagian dan semua cawangan-cawangan selain memberi pendekatan yg lebih efektif untuk mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh akar umbi.


Diharap agar Semua G5 dan Ketua-Ketua Biro Puteri dapat memberikan kerjasama menghadirkan diri di dalam program ini. Pakaian formal.

Sekian Terima Kasih

Sekian

Tuesday, February 10, 2009

Kemelut Di Perak...

.
1. Macam dalam filem pulak konflik di Perak ni. (biasalah, berlakon drama ni mmg hobi PKR). dengan demonstrasinya, baring di atas jalan, tak mahu keluar dari kediaman rasmi,buat mesyuarat kabinet.nak saman sultan lagi.

2.Yang bestnya, apa yang DS Nizar buat , TG Nik Aziz kata bukan derhaka. sebab disisi Tuhan, manusia sama sahaja tanpa mengira darjat. Memanglah manusia sama sahaja di sisi Tuhan, tapi di sisi manusia kan tak sama? Sultan adalah pemerintah. kalau tak mahu ikut titah sultan, jangan lah duduk di situ. pergi lah Indonesia atau Singapura. negara republik. tiada sultan.(itupun kena ikut peraturan pemimpin2 di negara2 tersebut)

3. Dulu, saya sangat hormat TG Nik Aziz. tapi, tahun lepas dan tahun ini sahaja, banyak pendapat yang dikeluarkan 'when it suits PAS' sahaja. mana boleh macam tu? jangan lah sebab politik, anda mencemarkan reputasi, nama baik anda sebagai tuan guru yang dihormati dalam dan luar negara dengan kenyataan-kenyataan berat sebelah.

4. Kepada puak2 yang sokong penderhakaan, nampak sangat anda tidak patriotik. cintakan keadilan dan tanah air, konon!! macam mana anda katakan begitu jika prinsip rukun negara yang kedua pun anda tak boleh turuti?.....mcm rukun islam jugak, kalau tak ikut, adakah anda seorang Islam yang taat?.....

5. Iya. betul. Sultan tidak berhak untuk memecat seorang menteri besar. Tapi, baginda boleh untuk TIDAK PERKENAN sesiapa yang menjadi Menteri Besar di Negerinya. Memang sedari dulu macam tu...itu lah konsep Raja Berpelembagaan.kalau sultan tak perkenan, cari lah orang lain. Kenapa perlu sanggah pulak?mesti ada sebab Sultan tak perkenan/tak restu dah anda jadi Menteri Besar.(mungkin tak perform, kot?) mcm kerja lah...kalau tak perform, mana boleh naik pangkat. silap2 kena tukar bahagian di tempat yang kurang best...kalau di sektor swasta. kena resign on the spot je.

6. Dalam rukunegara, kenapa 'kesetiaan kepada Raja dan Negara' di letakkan di nombor dua dan 'keluhuran perlembagaan' ,' kedaulatan undang-undang' diletak di nombor tiga dan empat? sebab apa yang Sultan@ Raja titahkan/perkenankan/tak perkenan merupakan law untuk kita ikut. nak pertikaikan apa lagi?

7. Sesiapa yang dok pertikai tu buat demonstrasi/mengeluarkan kata2 kesat terhadap mana2 blog pro kerajaan dengan begitu fanatiknya..Jelas sekali tidak berpegang kepada prinsip Rukunegara yang kelima 'Kesopanan dan Kesusilaan'.

8. Kalau anda tidak pegang kelima-lima rukun asas negara Malaysia ni, jangan jadi rakyat Malaysia lah!...

Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita yang tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

9. Teringat lagi masa assembly selalu kena ikrar( read as janji) tiap-tiap hari Isnin. bukan sekali sahaja anda lafazkan tiap-tiap minggu selama lebih 6 atau 7 tahun persekolahan...Apakah anda dah lupa janji-janji anda semasa sekolah dulu?. ....memang betul kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa

10. Yang paling sedih, siap baring tepi jalan nak halang Raja negeri sendiri lalu...Melayu yang nak pertahankan kerajaan campuran yang beri leasehold 999 tahun kepada kaum Cina. kalau lah anda hidup umur 99 tahun setiap generasi, 10 generasi tu dpt duduk free. tahun 3008, nanti baru dapat tebus balik tanah tu.

11. bangsa-bangsa lain tengok jer kita dok buat piket mcm tu untuk mereka.yang rugi, yang bercakaran sesama sendiri, siapa? Melayu jugak.....(tak penat ke?)...
.

CONGRATULATION!!!...

Tahniah!!!

kepada ketua puteri kita,

Pn Hirul Fahdiah Ismail

dan alhamdulillah kerana telah selamat melahirkan bayi puteri pada

Jumaat, 2 Januari 2009...

semoga anda ceria menyambut kelahiran baru ini.

CONGRATULATION!!!...

Tahniah!!!

kepada ketua puteri kita,

Pn Hirul Fahdiah Ismail

dan alhamdulillah kerana telah selamat melahirkan bayi puteri pada

Jumaat, 2 Januari 2009...

semoga anda ceria menyambut kelahiran baru ini.