Berkuatkuasa Ahad ini, kadar tol akan dinaikkan di lima kawasan utama.
Apa kah relevannya tindakan sebegini?
Di kala para pekerja kilang hanya bekerja 15 hari sebulan..
Di kala ramai eksekutif ditawar VSS..
Di kala ramai graduan yg menganggur..
Di kala menghadapi kesukaran ekonomi global...
dan
di ambang pilihan raya kecil di tiga kawasan?
Kerajaan seharusnya lebih peka dengan nasib rakyat yang rata-rata sangat terasa dengan kegawatan ekonomi global .
Tidak bolehkah kadar kenaikan itu ditangguhkan sehingga 2010?
Berikut senarai tol-tol yang terlibat.
- Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
- Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
- Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%).
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).
Urm...mari kita tanya beberapa soalan tentang hal ini.
Mengapa kerajaan ingin menaikkan kadar tol ?
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kenaikan tol tersebut sangat kecil sambil memberi contoh bahawa pengguna kenderaan Kelas 1 yang membuat perjalanan menggunakan PLUS dari Jalan Duta ke Bukit Raja dengan jarak 34 kilometer mulai 1 Mac ini, hanya perlu membayar tambahan kadar tol sebanyak 30 sen sahaja daripada RM4.60 kepada RM4.90. Katanya, dengan pemansuhan Plaza Tol Salak Jaya yang ditutup pada Selasa lepas, pengguna BESRAYA pula dari Jalan Istana ke pekan Sungai Besi tidak perlu lagi membayar tol.
Beliau berkata di samping itu, tol di lebuh raya PLUS, SPRINT dan AKLEH sepatutnya dinaikkan pada 1 Jan 2008 dan telah ditangguhkan sehingga Sabtu ini, iaitu penangguhan selama 14 bulan, di mana kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta.
Sebanyak RM177 juta pampasan dibayar kepada PLUS, RM38 juta kepada SPRINT dan RM30 juta kepada AKLEH, katanya. -dipetik dari BERNAMA-
Dalam perjanjian di antara kerajaan dengan pemilik konsesi, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui. Tetapi sekiranya kadar kenaikan tidak dipersetujui, maka kerajaan terpaksa membayar pampasan atau ganti rugi kepada syarikat konsesi!.-dipetik daripada dokumen perjanjian konsesi lebuh raya antara pihak kerajaan dan pengendali lebuh raya-
Jika begitu, tidakkah perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ini berat sebelah?
Ya, perjanjian ini amat berat sebelah. Kepentingan syarikat-syarikat konsesi diutamakan dan kepentingan rakyat secara berterusan dipinggirkan.
Wahai, kerajaan bantu lah kami menghadapi kegawatan ini. mengapa kita perlu tanggung beban sebegini hanya kerana perlu puaskan 'perut' sesetengah pihak?
No comments:
Post a Comment