Tuesday, November 3, 2009

Isu penangkapan Dr Maza


Apakah bekas mufti, ilmuwan dan pendakwah disegani merupakan tiket besar untuk TIDAK MENGHIRAUKAN PERATURAN?

Saya tidak rasa begitu. Walaupun Dr Asri seorang yg dikenali dan disegani, beliau tidak kebal drpd peraturan. JAIS dan MAIS memperuntukkan bahawa semua pendakwah perlu memohon dan ditemuduga untuk mendapatkan surat tauliah jika mahu memberi ceramah kpd awam di negeri Selangor. Jadi peraturan sebegitu haruslah diikuti. JAIS dan MAIS mempunyai alasan sendiri mengapa mereka menetapkan sebegitu.

persoalannya sekarang, Dr Asri mmg sedia maklum tentang perkara tersebut, tetapi sengaja memandang enteng. Apakah akan terlerai ilmu dr badannya kalau menghadiri temuduga oleh MAIS dan JAIS? Apakah pandangan kita sebagai rakyat biasa ni melihat org2 yg kita hormati melanggar undang2 sewenang2nya malah dibidas dan diperlekehkan pula peraturan tersebut?

dah kalau org besar2
pun buat tak tahu dgn undang2, mcmana kita mahu membanteras gejala sosial yg berleluasa? Mahukah kita dgr mat2 rempit yg suka membawa motor secara bahaya dan tana lesen mengatakan,

"Alah, Dr Asri yg kuat agama pun boleh langgar peraturan, nak ceramah takde surat tauliah....kita ni ikut je lah! setakat bwk motor takde lesen apelah sangat. mmg hobi kami bwk motor laju2"


Jika tidak mahu memohon dan hadiri temuduga, tak menga
palah. Tidak semua negeri di Malaysia menetapkan peraturan itu. Jadi, boleh saja Dr Asri memberi ceramah di mana2 asalkan tidak di Selangor.


Kalau dah salah, mengaku saja salah..manusia mmg tak lari dr kesilapan. anda akan lebih disegani jika mampu mengaku salah cara terbuka...mengapa mahu pertahankan ego yg tinggi itu? Kalau kita turut resam padi, org akan lebih hormat daripada kita menurut resam ayam...


Tapi jgnlah kata berceramah memerlukan surat tauliah itu undang2 penjajah! Mari saya beri perumpamaan yg lebih simple,

Adakah memandu kereta memerlukan
lesen juga undang2 penjajah? Lalu bagaimana? biar sahaja org membawa kereta sewenang2nya siapa2 pun boleh bawa hatta anak kecil umur 10 tahun?Apa natijahnya nanti jika memandu tak memerlukan lesen? bukankah akan lebih menghuru-harakan jalan raya kita yg sedia huru hara ni?

Kalau mahu juga bawa kereta tanpa lesen, silakan ..tapi kalau dah kena tahan polis, jgnlah kecoh satu malaysia!!!



2 comments:

  1. Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.
    Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku.
    Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.
    Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.
    Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
    Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.
    Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.
    Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.
    Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.
    Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.
    Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.
    Melalui kenyataan media ini juga saya ingin menafikan laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Pengarah JAIS bahawa saya dan seorang lagi rakan YB Shaari Sungip telah menghalang tugas pegawai JAIS untuk menjalankan tugas sehingga terpaksa menggunakan polis.
    Apa yang berlaku ialah saya dan YB Shaari Sungib cuba untuk menenangkan keadaan kerana para jemaah ketika itu terkejut dengan serbuan yang dilakukan dengan kasar dan biadap oleh saudara Shahrom penolong pengarah penguatkuasa JAIS yang mengaku mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar.
    Untuk itu, saya mengesa agar Pengarah JAIS yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan ini menarik balik dakwaan beliau. Sebaliknya beliau perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kenyataan kerana beliau membawa imej JAIS yang dipandang tinggi oleh umat Islam.
    ZURAIDA KAMARUDDIN
    Ahli Parlimen Ampang
    Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat

    ReplyDelete
  2. HANCUR! HANCUR! HANCUR!
    HANCUR UMNO!!!

    ReplyDelete