lain mcm kan bunyinya?
Allah melihat trilion2 manusia, nampak seorg manusia bernama Muhammad Bin Abdullah utk dipilih menjadi nabi bila umur 40 tahun?
Astaghfirullahal 'azim
Bukankah
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: "Wahai Adam, bersabarlah!, sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah." Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: "Alhamdulillah pujian untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku."
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: "Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? Allah berfirman: Bukan Wahai Adam as."
Adam bertanya lagi: "Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman: Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul."
Allah SWT berfirman kepada Adam as.: "Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman: "Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.
sumber : http://arkibartikel.100webspace.net/main.php?mode=Adam_dan_Hawa http://hikmatun.wordpress.com/2008/01/06/nabi-adam-as/
Sedangkan Mahar untuk manusia pertama mengahwini wanita pertama telah diminta untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad?Lama sebelum Nabi Muhammad dilahirkan lagi.
dan bukankah semasa kelahiran Baginda, banyak tanda2 kenabian terjadi? Semasa Baginda kecil ketika berjalan, dilindungi awan? Dibelah perutnya ketika bersama ibu susunya...banyak lagi tanda2 kenabian yang direkodkan dan diceritakan.
Bagaimana Nik Aziz boleh kata Allah pilih daripada trilion2 manusia seorg budak kampung bernama Muhammad? dan Muhammad bin Abdullah semasa sebelum 40 tahun serupa macam Mat- Mat kampung di sini? mcmanan Nik Aziz boleh serupakan Nabi Muhammad SAW yg kita dituntut berselawat ke atasnya SAMA dgn Mat2 yang lain?
Bukankah sedari kecil Baginda telah dipelihara dengan sifat2 terpuji dan maksum?
Sama ke dgn Mat-Mat di sini yang tidak lari daripada melakukan kesilapan manusia biasa?
yang suka hiburan, yang merempit, mcm manusia2 akhir zaman ni?
Sedangkan nama Mat-Mat yg kat sini pun diambil sempena nama Rasulullah SAW...mcmana boleh kata sama serupa?
Kenapa mcm tu sekali perbandingan Nik Aziz? Seolah2 merendahkan martabat Nabi yg kita semua sanjung2kan.....
post skrip:
nanti org PAS akan komen, ko tak faham bahasa kelantan mcm tu lah jadinya, Nik Aziz maksudkan ikut ilmu tajdid lah ape lah itu lah...sebelum menyelar nik aziz, belajar ilmu agama dalam2 dulu....dan mcm2 alasan mempertahankan nik aziz.
pada saya, kalau nak berdakwah, biarlah org faham apa yg didakwahkan itu. Kalau selalu sahaja menimbulkan kekeliruan, lebih baik lah diam sahaja daripada terus2an mengelirukan sehingga boleh membawa kepada terpesong akidah org lain.
apa yg saya nak katakan di sini ialah, Nik Aziz hanya manusia biasa, tidak lari dr melakukan kesilapan.sama je mcm nik nik lain yang ada kat kelantan tu....