Friday, July 24, 2009

Vigil : Upacara Keagamaan Kristian




Kekecohan berlaku apabila Bekas MB Perak dilihat memegang lilin dalam upacara vigil memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Pertama sekali, mari kita selidik, vigil tu apa sebenarnya? Menurut wikipedia :

A vigil (from the Latin vigilia, meaning wakefulness) is a period of purposeful sleeplessness, an occasion for devotional watching, or an observance.

It can also be the eve of a religous festival observed by staying awake as a devotional exercise or ritual devotions observed on the eve of a holy day , such as the Easter Vigil, held on Holy Saturday. In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil is held on the eves of Sundays and all major feasts during the liturgical year.

In Christianity, especially the Eastern Orthodoxes and Roman Catholics, a vigil is often held when someone is gravely ill or dying. Prayers are said and votives are often made. Vigils extend from eventual death to burial, ritualistically to pray for a loved one, but more practically so they are never alone.


terjemahannya lebih kurang begini :

Vigil (drpd Latin vigilia, bermaksud berjaga) adalah suatu masa di mana seseorang tidak tidur atau berjaga sepanjang malam, satu upacara yg menunjukkan ketaatan dan pemerhatian. Ia juga boleh dimaksudkan dengan malam sesuatu perayaan besar, yg diraikan dgn berjaga sepanjang malam sebagai simbolik ritual ketaatan pada hari2 yg dianggap suci. Dalam Agama Kristian, terutama Gereja Eastern Orthodox dan Gereja Roman Catholics, vigil biasanya dibuat apabila seseorg itu sakit atau hampir mati. Doa akan dibaca dan nazar biasanya akan dibuat. Vigils biasanya dilakukan sehingga seseorg tu mati dan dikebumikan, secara ritualnya mendoakan org2 kesayangan, menemankan mereka agar tidak keseorangan

Jadi, vigil memang merupakan salah satu ritual(upacara) keagamaan bg Kristian.
Cuba baca keyataan akhbar oleh orang-orang PAS :

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.
“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

dan ini pula Tuan Guru Nik Aziz :

Nik Abdul Aziz menambah, berhubung majlis nyalaan lilin, beliau hairan apabila masalah itu diperbesarkan kerana telah ramai masyarakat pada hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.

''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur.

''Sebelum ini sibuk mengatakan Cina dalam DAP baca al-Quran, sibuk kata haram. Saya jawab, Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja-raja Mesir dan Iran guna ayat al-Quran dan bagaimana Nabi tulis surat kepada raja kafir begitu, tiba-tiba kita kata tidak boleh orang Cina baca ayat al-Quran, jadi semua ni benda-benda pelik," katanya.

Soal majlis nyalaan lilin itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan kaum Majusi yang memuja api, beliau berkata, perkara tersebut diulas secara berlebihan.

''Kalau begitu kita naik motokar sekarang pun tidak boleh kerana itu dikaitkan dengan Inggeris, teruk benarlah tu. Sebab kalau hendak dikira, songkok yang Melayu banyak pakai ni, kalau pergi ke Bombay dan Madras, ramai Hindu yang pakai songkok dan asalnya dari sana.

''Jadi teruk jugalah kita, teruk kalau kita tidak mengikuti politik kerana dunia sekarang ini, pakaian dan makanannya saling kait mengait seluruh dunia dan kita juga guna Internet itu bukan orang Islam yang cipta tetapi orang Eropah," ujarnya.


ulasan saya pula :

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah.

Semuanya bergantung kepada niat?....ok .apa kata kalau saya buat kenyataan begini:

niat saya minum carlsberg (arak ) dan jack daniel (arak), sebb nak hilangkan dahaga. tiada niat pun untuk menjadi mabuk.

atau, "saya duduk kt sini berdua2 an, niat saya nak temankan die jer....dia takut nak dok sorg2, ada hantu.....lepas tu mlm ni sejuk...saya cuma nak panaskan badan die jer...kesian tgk die kesejukan, psl tu sya peluk dia....niat membantu org lainkan satu amalan yg baik?"


bolehkan...apa tak bolehnya!! Dewan Ulama' PAS yg kata tu...semua bergantung kpd niat...


dan ulasan ini,

''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur"

nik aziz ni faham ke tidak ritual agama dengan budaya???kenapa dia corner samakan dgn tiupkek besday?....

  • suap pulut kuning sebb lulus periksa - budaya org Melayu..TIADA kena mengena dgn ISLAM
  • hembus kek birthday -budaya org BARAT... tiada kena mengena dgn KRISTIAN atau JEW
  • berpuasa di bulan Ramadhan - satu ritual ISLAM
  • menyalakan lilin utk peringati si mati - satu ritual KRISTIAN.....

sedih melihat parti politik yg kononnya menegakkan syiar ISLAM membuat ulasan begini. Yang salah, mengaku je lah salah...mengapa mesti corner tempat lain dan ungkit benda2 yg tak sepatutnya???


mereka mendakwa, vigil bukan ritual keagamaan, tetapi

pernah tgk tak org kristian atau buddha dtg kenduri arwah yg biasa org Islam buat??? kenduri arwah juga bukan ritual agama Islam...cuma amalan org Melayu je.... takde buat apa2...cuma mengingat arwah dan mkn2 jer....

Ada siapa2 pernah nampak Non-Muslim Hadir pada kenduri arwah?

takde, kan?? sebb ada unsur2 Islamik. Lihatlah, betapa Non Muslim lebih taat dan lebih tidak berkompromi kepada agama mereka...kita ni sibuk menghalalkan si Nizar hadiri vigil....

kerana apa? kerana undi kah?

patutkah Islam diperdagang untuk survival politik?....




11 comments:

  1. Dunia akhir zaman akan ada ahli agama yang kurang agamanya dan mentafsir ikut gerak hatinya dan bukan berdasarkan hukum (alquran dan hadith).Mereka akan mendapat pengikut yang setia yang akan mempercayainya dengan membabi buta tafsirannya yang dibuat oleh guru mereka..allahualam.

    ReplyDelete
  2. salam cik puteri...

    Lama tak kita tak berjumpa...

    Saya faham dengan apa yang cik puteri cuba sampaikan... namun cik puteri telah telah terlupa klik satu lagi bahagian dalam wikipedia tu... so saya tolong copy n pastekan kat sini........

    A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media.

    Yes i can be also related to religious ceremony, but is was not a MUST...

    I hope you understand the explanation

    ReplyDelete
  3. ye en dugong darat,

    tp u pernah dgr tak perkataan At-Tasyabbuh?

    mari saya jelaskan.

    Definisi Tasyabbuh :

    At-Tasyabbuh diambil dari kata al-musyabahah yg bererti meniru atau mencontohi, menjalin atau mengaitkan diri & mengikuti. At-Tasybih bererti peniruan & mutasyabihah bererti mutamatsilat(serupa). Dikatakan ertinya serupa dengannya, meniru & mengikutinya.

    Tasyabbuh yg dilarang dalam Al-Quran dan As-Sunnah secara syar’ie adalah menyerupai orang2 kafir dalam segala bentuk dan sifatnya, baik dalam aqidah, peribadatan, kebudayaan, atau dalam pola tingkah laku yg menunjukan ciri khas mereka(kaum kafir). (Mantasyabbaha biqoumin Fahuwa Minhum, Dr.Nashir Bin Abdul Karim Al-Aql).


    Allah SWT berfirman :

    “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun(kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik” [QS. Al-Hadiid : 16].

    Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata ketika memberi kupasan ayat di atas :

    “Firman-Nya : ‘Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya’ ;

    merupakan larangan yang bersifat mutlak dalam hal penyerupaan terhadap mereka(orang kafir). Larangan ini juga khusus menyerupai mereka dalam hal kerasnya hati sedangkan kerasnya hati termasuk di antara buah kemaksiatan”[Iqtidlaa’ Shiraathil-Mustaqiim, 1/290].


    Para ulama juga berdalil dengan firman Allah SWT berikut :

    “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Bani Israel Al Kitab(Taurat), kekuasaan dan kenabian dan Kami berikan kepada mereka rezeki-rezeki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masanya). Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata tentang urusan(agama), maka mereka tidak berselisih melainkan sesudah datang kepada mereka pengetahuan karena kedengkian(yang ada) di antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan antara mereka pada hari kiamat terhadap apa yang mereka selalu berselisih padanya. Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat(peraturan) dari urusan(agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui” [QS. Al-Jaatsiyyah : 16-18].

    Syaikhul-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata :

    “Dan Allah melarang beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengerti(tidak berilmu). Ianya dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang tidak mengerti setiap orang yang menyelisihi syari’at-Nya.

    Beliau rahimahullah juga pernah berkata :

    “Bahawasanya kesamaan lahiriyah akan menimbulkan kesesuaian dan keserupaan antara dua orang yang saling menyerupai, yang nantinya akan menjadikan kepada kesamaan dari segi akhlaq dan perbuatan. Oleh yang demikian adalah perkara yang dapat dirasakan. Seseorang yang mengenakan pakaian yang dikenakan orang ‘alim, maka ia akan mendapati dirinya memiliki kecontohan kepada mereka. Selanjutnya tabiat akan mengarah ke sana kecuali apabila ada faktor pencegah”[Iqtidlaa’ Shiraathil-Mustaqiim, 1/93, tahqiq : Dr. Naashir bin ‘Abdil-Kariim Al-‘Aql; Daarul-‘Aalamil-Kutub, Cet. 7/1419]


    dan, ada hadith juga mengatakan
    "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan
    mereka" (Riwayat Abu Daud)



    harap en dugong mengerti....

    ReplyDelete
  4. en dugong,

    even it is not a MUST, it still can be related to religous ceremony....kan?

    sedangkan terdapat LARANGAN (sila rujuk dalil2 di komen terdahulu) bg kita Islam utk MENIRU perbuatan mereka...kenapa perlu debate psl it may be or it may be not related to christian religous occasion??? dah tiru pun salah, related to religous ceremony ke tak tu dah kira perkara kedua....

    jadi en dugong,

    kenapa kita perlu pertahankan, cari jalan dan loopholes perbuatan nizar yg telahpun disifatkan oleh Deqan Ulama' PAS sendiri sbg meragukan(walaupun istilah 'meragukan' ni kurang tepat)???

    apa bestnya, faedahnya kita bermati2an menghalalkan perbuatan nizar yg nyata meniru perbuatan Nasrani dan Yahudi?

    dan nasrani dan yahudi pun xpernah teringin nak tiru cara2 islam sama ada dr segi pakaian ataupun upacara.sedangkan kita akui agama yg kita pegang adalah syumul...tetapi masih mahu meniru cara mereka?apa kita tidak malu kepada mereka?

    ReplyDelete
  5. wah byk betul yg copy ayat quran dan hadith,tanpa merujuk tafsir sebenar..kepada pu3 pulai,kenapa begitu 'cergas' menjadi 'ustazah' dgn memaparkan sedemikian.yes,its' your right to do so.but may i suggest something? why not paparkan jgk gambar dan isu rosmah mansur bercium pipi dgn aktor hindustan, MB haram zambrti bwk bomoh dlm DUN(ada bukti gambar) yg terang-terangan syirik?. ada byk lg,tp ckup dl ygini sekadar hendak melihat 'kecergasan' pu3 pulai berhujah n berfakta.salam

    ReplyDelete
  6. saya hanya membalas apa yg en dugong hujahkan.. itu sahaja....tidak lebih dan tidak kurang....

    dan kenapa awak perlu lencongkn kepada isu lain hanya kerana awk tak dpt pertahankan isu ni?

    adakah kamu memegang prinsip begini :sebab org UMNO buat, maka saya pun boleh buat..

    atau

    meniru apa sahaja kelakuan org2 umno yg tak baik?

    dan isu ini begitu signifikan kerana kononnya PAS adalah parti memperjuangkan islam dan nik aziz pewaris nabi. tp mengapa dia boleh membenarkan apa yg nizar buat?...inikah cerminan tauladan pewaris nabi ingin tonjolkan buat tauladan?

    Dato' Seri Najib tidak pun berkata beliau pewaris nabi....dan tidak mempergunakan islam untuk meraih undi..

    ReplyDelete
  7. dan encik yg hanya berani komen sebagai anonymous,

    bukan cuba nak jd ustazah, tp sekadar asas ilmu di dada agar tidak mudah di perdaya oleh puak pas yg senang2 menterjemah islam mengikut kesesuaian survival politiknya demi meraih undi...

    apakah kalau saya ahli umno, saya tak layak bicarakan soal agama? apakah sesiapa sahaja yg menjadi ahli pas secara automatik mahir dlm agama? ....tidak, kan?

    ilmu dan kebenaran adalah utk sesiapa yg ingin mencari bukan datang secara automatik apabila anda menjadi ahli pas....


    apa yg nizar buat TIDAK BOLEH MENJADI BETUL DAN OK apabila anda pinpoint apa yg datin seri rosmah @ YB zambry buat.

    salah tetap salah....ia tak boleh menjd betul hanya kerana ada org lain buat juga....

    ReplyDelete
  8. sy tidak mengatakn awk sbg ahli umno tidak boleh bicara soal agama,kerana agama islam bkn milik mn2 individu mahupun parti.tp ramai pengunjung2 blog awk ni hairan kenapa bila ada isu2 agama yg berkaiatan secara lgsung dgn pemimpin2 pmbangkang, awk menjadi begitu 'aktif' n 'cergas' utk paste dalil2 hukum.sdgkn kebatilan pemimpin2 umno,awk diam membisu?kenapa?adakah awk nk mengatakan tidak ada kebatilan oleh pemimpin2 umno kerana tiada dipaparkan dlm akhbar2 perdana??ye benar apa yg nizar buat tidak boleh mnjadi betul bila sy pinpoint pd rosmah n ln2,krna nizar bkn nabi.TAPI,apa yg rosmah n ln2 buat juga tidak akan pernah mnjadi betul n ok dgn awk tidak lgsung komen ttg mereka.apth lg nk paste dalil2 taupun pndgn ulama'.ttg perkongsian ilmu yg ada di dada awk,adkh ilmu2 itu hnya 'keluar' bila ada isu2 ttg pembangkang?makin byk awk hujah,makin byk persoaln timbul n lebih kelihatan 'bias'.jgn lupa dalil2 tu semua bkn hnya utk parti pembangkang,tp utk semua.

    - "taming sari"

    ReplyDelete
  9. hello,

    mengata dulang paku serpih,

    saya pun hairan apabila PAS menjadi 'aktif' atas isu2 agama yg berkaitan dengan pihak umno. sedangkan kebatilan pemimpin2 PAS tidak pula dicetak di media harakah atau sinar ataupun di blog2 penyokong pembangkang...

    adakah awak nak mengatakan tidak ada kebatilan oleh pemimpin2 PAS?


    en taming sari, ring the same bell, kan?.....

    ReplyDelete
  10. sp kate pas membisu ttg isu2 agama pemimpin pmbangkang?isu nizar pgg lilin umpamanya,majlis ulama' pas bermesyuarat membincangkan isu tu.tu la,xnk lgsung bkk akhbar pembangkang.sy tgk,utusan pn hari2 tgk.sehari berkali2 sy tgk..br dpt wt penilaian sebenar.skrg ni,awk yg mulakan paste dalil2 against pembangkang,tp blm masa yg sama membisu ttg kebatilan BN.jadi,sbg pengunjung blog awk,org akn tertanya2,knp tibe2 jd wara' n crgs trhdp isu2 pembangkang? bila hal2 umno,diam plk? bila kite byk bercakap n menulis,org akan secara automatik menilai.klu x,jgn buat blog. ada menteri suruh hayati Quran sempena nuzul Quran,tp bini sndri xpakai tdung.malas nk gi jauh,byk sgt isu2 kebatilan BN yg jelas,tp awk 'xnampak'.pk sndiri la.selain isu nizar (yg telah pun dibincgkn dlm majlis ulama pas),apa lg yg pd pglihatan awk, kebatilan yg pembangkang lakukan?sy nk tgk sejauh mn awk nilai batil n hak

    -taming sari-

    ReplyDelete
  11. "ada menteri suruh hayati Quran sempena nuzul Quran,tp bini sndri xpakai tdung"

    adakah hayati Quran bukan saranan yg baik?....

    walaupun bini tak pakai tudung, sekurangnya menteri tersebut takde lah buat dosa memfitnah dan mencerca sesama islam lain.

    spt ada menteri tu ckp

    "islam yg dibawa umno adalah islam plastik dan tak boleh dibawa ke syurga"

    itu boleh dikategorikan fitnah terbuka tu menuduh seseorg islam mengamalkan islam plastik...

    bukankah dosa memfitnah lebih teruk drpd dosa membunuh?

    saya paste dalil sebb saya cuba terangkan kpd org yg paste maksud vigil drpd wikipedia dan saya cuba cari bagaimana pandangan dr sudut islam pula....itu jer...salah ke?

    yang awak panas tu kenapa? sebb saya pu3 umno,saya tak pakai tudung....saya tak layak paste dalil, mcm tu ? hanya org2 yang pakai tudung labuh sampai pusat, berserban sahaja yg layak paste dalil? tak kah double standard namanya tu?

    mungkin saya BELUM mengikuti ajaran ISLAM sepenuhnya, tapi tidak bermakna saya jahil dan bodoh tentang islam.

    ReplyDelete