Thursday, July 23, 2009

Untuk Pengajaran......

Minum Arak : Model Didenda dan Disebat - KOSMO

KUANTAN - Seorang model pelancongan dijatuhi hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas dia mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating di sini tahun lalu.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas menolak rayuan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang memohon dikecualikan daripada hukuman sebat, denda minimum dan tidak dipenjarakan.

Tertuduh dalam rayuannya memberi alasan ia boleh menjejaskan masa depannya.Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

"Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan," katanya.


Alhamdulillah. Telah nampak bibit2 perlaksanaan hudud di Malaysia. Jadi, pembangkang tiada alasan lagi untuk mengatakan UMNO tidak mahu melaksanakan hukum berdasarkan syariah dan Islam. Tapi kita perlu faham pendekatan Islamik ini dr segi falsafah dan rasionalnya mengapa disebat sebagaimana petikan akhbar ini.

Islam ambil pendekatan untuk beri pengajaran, kesedaran bahaya arak - Bharian

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating kira-kira jam 11.40 malam pada 11 Julai 2007, mencetuskan kontroversi.

Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa perlu disebat. Jika dikenakan sebatan sekalipun, mengapa cuma enam sebatan? Kenapa tidak 40 sebatan iaitu jumlah maksimum yang pernah dilaksanakan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq kepada peminum arak?

Malah, Khalifah Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan kepada pesalah yang meminum arak.

Bagaimanapun, pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata jumlah hukuman sebat dikenakan itu bukan isu utama sebaliknya masyarakat perlu faham falsafah hukuman.

Katanya, tiada siapa berani mengatakan arak itu bagus kerana semua tahu kesan tidak baiknya terhadap kesihatan dan minda manusia. Malah, masyarakat Barat juga mengakui hakikat itu dengan melarang ibu yang mengandung meminum arak.

Oleh itu kata beliau, cantiknya Islam sebagai agama fitrah ialah mengambil pendekatan untuk menjaga keselamatan umat dan hukuman sebagai pengajaran supaya masyarakat tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan mereka serta orang lain.

"Hukuman enam sebatan itu tidak serius tetapi rasional di sebalik falsafah hukuman lebih penting kerana kita mahu orang sedar keburukan minum arak kepada fikiran dan kesihatan. Lagipun, hukuman sebat ini sudah ada sejak 1994 dan hanya sekarang hakim melaksanakannya.


Di sini sedikit info berkenaan hukum sebat ini. Cara hukuman sebat Mahkamah Syariah ini AMAT berlainan daripada hukum sebatan sivil sepertimana dinyatakan di bawah:


Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987)


Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-

  • Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
  • Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
  • Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
  • Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
  • Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
  • Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk
  • Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
  • Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Yang menariknya, komen drpada ahli politik muslimah yang bertudung labuh yg sepatutnya lebih peka terhadap hudud yg diperjuangkan oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat mereka:

"Malah, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali juga melahirkan rasa terkejut bahawa hukuman sebat termasuk dalam undang-undang syariah dan menganggap ia sebagai hukuman yang sangat keras"- petikan Bharian.

Sepatutnya, sebagai seorg muslimah, apa2 sahaja cubaan untuk menegakkan undang2 Islam, harus disokong.

Jadi, sebenarnya seriuskah apa yg mereka perjuangkan, iaitu hudud? Apabila hudud ini cuba dilaksanakan, mereka terkejut dan merasakan ia sangat keras?

Kini, terdengar-dengar bahawa PAS tidak lagi mengakui mereka ingin menegakkan undang2 Islam. Lalu apa agenda perjuangan PAS sekarang?Mengapa mereka boleh jadi tidak konsisten? Perjuangan boleh berubah2 mengikut kesesuaian pemimpin?? Ini bukan perjuangan Islam, ini perjuangan individu.


Jadi sewajarnya PAS menggugurkan perkataan ISLAM drpada "Parti ISLAM SeMalaysia"!!!








2 comments:

  1. Hukuman ini tidak patut dilaksanakan sebab takut nanti perkara ini akan mengeluarkan pemandangan atau “ideology” yang buruk bagi umat atas sebab pesalah akan mendapat persepsi bahawa dosa akan dapat dihapuskan di dunia ini. Bayangkan, ramai akan terdesak-desak mahu disebat berdasarkan dosanya sewaktu dahulu dan sudah terbuka hati untuk menginsafkan diri. Anggaran idealogi ini boleh merosakkan pemahaman Islam dimana setiap yang haram harus dihukum jika tertangkap. Minum Arak - Sebat , Makan Babi - ???, Tinggalkan Solat -??? Tidak membayar zakat - $$$…… Ringgan2 dating - ??? Tengok cerita lucah - ???? Berjudi - ???? Sebagainya… Namun alkohol ini halal jika digunakan demi perubatan.
    Pada sesiapa yang melakukan perkara tersebut bila insaf di suatu hari nanti akan mengaku bersalah di mahkhamah ibarat agama keristien dimana setiap dosanya diceritakan pada paderi. "Alkohol itu halal jika digunakan demi perubatan".
    Renungkanlah.

    ReplyDelete
  2. to anonymous,
    pertama sekali adlh lebih baik sekiranya anda mengucap kerana kata2 anda spt menidakkan hukuman Allah.hukuman sebat ataupun hudud terhadap arak ni bkn baru diturunkan zaman moden ni,tp zaman nabi lg.knp anda kate skrg xsesuai?adakah awk lupa bahawa sewaktu Allah menurunkan syariat tu,Dia tahu akan ape yg telah,sedang n akan berlaku pd ms akan dtg. mknanya,Allah tahu bahawa akn dtg suatu ms nnti akan wujud msyrkt yg berbilang kaum,budaya n agama.jd Dia lebih tau akan kedudukan itu n mknanya hukuman tu sesuai pd semua zaman n tempat.tak timbul soal 'ideologi' krn itu merupakan idea ataupun fahaman manusia semata2 yg mgkn 'bias' n tersilap.walhal hukuman arak tu bkn ideologi,tp syariat yg jauh n mustahil silap apatah lg 'bias' krn ia drpd Allah.ttg isu2 ln sprti xsolat,xbyr zakat n ln2,semua tu pn mmg salah cume kite manusia yg tidak menyediakn peruntukan undang2 yg selaras dgn kehendak Allah.n jgk,awk harus faham beza hukuman arak n xbyr zakat.hukuman arak mmg telah disebutkn secara jelas dlm Quran ttg cara2 n perlaksanaan hukumannya.n setiap kesalahan berbeza hukumannya.xblh la nk sebat org yg xbyr zakat,tp kene sebat org islam yg didapati bersalah minum arak,krna Quran dh sebut secara specific bnda tu.cnthya,kenapa kaum wanita yg 'uzur' bila mereka xdpt puasa bln ramadhan,mereka kene gnti di bulan2 yg ln,tapi bila uzur n xdpt solat,tidak pula mereka kene gnti solat.kenapa?sbbnya mudah.Quran sndri sebut klu xdpt puasa,"Fa'iddatun min ayyamin ukhor" (maka gntilah(puasa) di hari2 ln).ni contoh yg plg mudah.sbb itulah nk fhm hukum islam n agama islam ni jgn gune akal semata2,rujuk sumber yg sahih.klu ikut fahamn sendiri,tu yg timbul mcm apa yg awk fikir..

    -taming sari-

    ReplyDelete