Thursday, July 30, 2009

Royalti Minyak Kelantan....

Royalti minyak akan ke mahkamah antarabangsa? - sumber utusan.

KOTA BHARU 28 Julai - Kerajaan negeri tidak teragak-agak merujuk isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah antarabangsa sekiranya mereka tidak mendapat layanan dan keadilan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengambil langkah diplomasi seperti berbincang dengan Kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum membawanya ke peringkat tertinggi.

Beliau masih percaya masalah tersebut dapat diselesaikan di meja rundingan dengan semangat persaudaraan sebelum tindakan lanjut diambil.

''Kita akan buat sampai ke akhir, tetapi sebelum ke mahkamah kita berundinglah dulu. Apa sebab hendak naik mahkamah kalau benda itu boleh berunding secara mudah, cara bersaudara.

''Tetapi kalau tak dapat cara mudah, kita akan ke mahkamah. Kalau tidak ke mahkamah sini, kita akan ke mahkamah antarabangsa,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan lanjut sekiranya gagal dalam tuntutan royalti minyak sebanyak RM900 juta dari Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Pas yang mentadbir Kelantan sejak 18 tahun lalu mendakwa Kerajaan Pusat perlu membayar royalti minyak sebanyak RM900 juta kepada kerajaan negeri.

Ia disebabkan beberapa buah pelantar minyak dikatakan berada dalam kawasan perairan Kelantan.

Isu ini menjadi polemik politik apabila ia mula diperkatakan di pentas-pentas ceramah ketika pakatan pembangkang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Manek Urai 14 Julai lalu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, tidak ada sebab langsung Kerajaan Pusat tidak memberikan wang royalti tersebut kerana ia jelas hak rakyat negeri ini.

''Ia jelas dari segi geografi dan faktanya dan saya sebut kelmarin, kalaulah Kelantan disebut tak ada hak, maka minyak dari pantai Kelantan hak siapa.

''Sama ada hak Terengganu atau pun hak Thailand, ini bahaya... Terengganu tak boleh kerana ada sempadan dia, jadi Thailand kata kalau bukan hak Kelantan ini hak aku, ini bahaya,'' katanya.

Permasalahan Pertama :


Jika di perairan Kelantan mempunyai sumber petroleum ini, seperti yang digembar gembur oleh kepimpinan PAS Kelantan, di mana letaknya? Berapa jauh daripada pantai Kelantan?Adakah itu pelantar minyak milik Petronas atau milik negara lain?

Secara geografinya, dalam jarak 100km dari pesisir pantai Kelantan yang paling utara adalah hampir sama jaraknya dengan pesisir pantai Thailand paling selatan. Itu merupakan kawasan 'Joint Development Area' bersama Thailand. Sudah semestinyalah Thailand akan berurusan dengan kerajaan pusat untuk kawasan usahasama begini.

"Menurut Emergency Ordinance No 11 1969 , takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah tiga batu nautika daripada paras air surut. Di luar tiga batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi perairan kebangsaan. Semua sumber minyak yang ditemui di kawasan itu adalah menjadi hak Kerajaan Persekutuan."



Permasalahan kedua :

Terengganu dan Sarawak dpt royalti pun sbb EHSAN kerajaan pusat peruntukan 5% sumber minyak utk dikembalikan kepada kerajaan negeri mengikut perjanjian-perjanjian dengan Petronas dan Kerajaan Pusat.

Tiada perjanjian seperti di Sarawak dan Terengganu berlaku di Kelantan.



Contoh-contoh Negeri Lain yg ada minyak.

Pemberian royalti di Terengganu dan Sarawak adalah disebabkan kerajaan pusat menggunakan tanah Terengganu (Paka) ngn Sarawak (Bintulu) untuk proses dan ekstrak minyak. Pemberian royalti adalah sebagai satu transaksi kerana membenarkan pengoperasian minyak di negeri mereka.

Jika lihat di Port Dickson, Negeri Sembilan, Kerajaan Pusat telah membina kawasan untuk Penapisan Minyak dan pemprosesan walaupun di perairan Negeri Sembilan tiada minyak. Jadi satu transaksi juga berlaku antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Sembilan.

Di Sabah juga terdapat minyak. Untuk penapisan dan ekstrak minyak, semuanya dibawa ke Bintulu Sarawak. Tetapi tidak timbul isu royalti pun? Mungkin orang2 di Sabah Lebih memahami Akta dan Undang-undang Malaysia.

Yang Kelantan terhegeh-hegeh mintak minyak ni kenapa?
Ada ke tanah Kelantan yang Kerajaan Pusat ambil untuk membina kawasan penapisan minyak? dan kenapa baru sekarang nak kecoh2 psl perkara ini? padahal proses pencarian minyak di kawasan JDA antara Malaysia-Thailand telah berlangsung pada 2005 lagi. Ada pelantar minyak yg telah ditutup pun kerana tiada minyak.



Permasalahan ketiga :

Bolehkah perkara sebegini dibawa ke mahkamah antarabangsa?

Jika PAS nak bawa ke mahkamah antarabangsa, PAS terpaksa panggil kerajaan Thailand, Vietnam, China & Indonesia termasuk syarikat minyak mereka untuk menjadi defendent selain kerajaan pusat negara kita & Petronas. Macam mana kerajaan pusat & Petronas nak jawab kalau pelantar minyak yg PAS dakwa berada dalam perairan negara sebenarnya berada dalam "Joint Development Area" (bermakna negara harus berkongsi kawasan perairan itu) mengikut undang2 antarabangsa?

Atau

Mungkin negeri Kelantan perlu keluar daripada Malaysia? Bila Kelantan sudah tiada kena mengena dengan Malaysia dan tidak tertakluk dalam undang-undang di Malaysia, barulah Thailand atau mahkamah antarabangsa boleh mempertimbangkan dakwaan-dakwaan hak-hak yg dikatakan oleh Nik Aziz ini.


Kesimpulan

Percakapan,pertuduhan, pendakwaan yg tidak berasas ini tidak perlu dilayan. Isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian atau meminta perhatian seperti kanak-kanak yg menangis meminta susu.




10 comments:

  1. amboi2 pu3,awk kate trgganu n srwk dpt royalti disbbkn ehsan drpd kerajaan pusat.awk igt keuntungan minyak tu mak bapak pemimpin2 BN pnya ke smpaikn kne tggu ehsan dorg nk bg royalti?menteri ke yg pegi masuk laut gali mnyk?ckp tu guna otak jgn guna lutut.hrta rkyt jgn buat mcm hrta mak bapak sndri.

    ReplyDelete
  2. "Menurut Emergency Ordinance No 11 1969 , takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah tiga batu nautika daripada paras air surut. Di luar tiga batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi perairan kebangsaan. Semua sumber minyak yang ditemui di kawasan itu adalah menjadi hak Kerajaan Persekutuan."


    mmg lah duit rakyat...tp kerajaan pusat yang tadbirkan duit tu ke mana.....kerajaan pusat bukan dipilih oleh rakyat ke?

    sebelum komen tu, baca dan fahamkan petikan dulu sampai habis.....jangan asyik nak mengamuk jer...kalau tak suka kerajaan malaysia, g la pindah negara lain.....igt negara lain takde undang2?.....di brunei, arab tu peraturan minyak nya lagi ketat.....igt sultan dan menteri brunei ke yg pergi laut gali minyak?.....

    ReplyDelete
  3. tau pn duit rkyt.so knp nk tggu ehsan dorg nk bg royalti?ibarat pengemis tepi jalan yg meminta sedekah,mereka mghrpkn simpati n ehsan org ramai utk bg sedekah.n klu org ramai xbg pn xpe.tp isu royalti ni,kerajaan pusat msti bg,xboleh tggu ehsan sbb tu hak.ni bkn mengamuk,tp geram n xfhm dgn cara awk berfikir.aduhai pu3..ttg cadangan utk pindah negara lain klu xske kerajaan,ni pn satu hal.malaysia ni BN pnya?sp2 xske BN kne cr negara ln?klu cmtu sy pn blh kate mn2 penyokong BN di bwh negeri pktn rkyt yg xsuke ngn pktn rkyt,silalh cari negeri2 ln di bwh BN.boleh camtu?sejarah nabi musa n firaun,ada diceritakan dlm Quran.kisah ttg bagaimana musa yg dibela dlm istana firaun wktu kecik,diberi makan n pakaian,tp bila die dh besar die tntg firaun.mknanya dlm contoh ni,tidak semestinya kite mesti kne ikut ckp org2 yg menjaga kite klu terbukti mereka salah.sy xkate kerajaan malaysia hari ni mcm firaun,tp konsep n keadaan utk suka atau x, yg awk timbulkn tu.amboi2,xkn la xblh kritik sket,dh disuruh cari negara ln..ni la konsep umno agknya kn,tadbir negara mcm tadbir harta mak bapak sndiri.pru13 nnti,klu PR mng kt prgkt persekutuan,awk ajk lah kwn2 umno awk cr negara ln ok..sy xsuruh,tp itu lah prinsip awk kn

    -taming sari-

    ReplyDelete
  4. kenapa pulak kerajaan pusat mesti bagi?....padahal takde satu sen pun kelantan labur kt tempat cari gali kat sempadan thailand nun?.....

    lainlah kalau penduduk kelantan sorg sikit bagi duit utk beli tools nak gali minyak ataupun hire exxon mobil tu duit kerajaan negeri...

    dan perlembagaan yg digubal hampir 50 tahun lepas telah menetapkan bahawa

    semua sumber minyak adalah milik kerajaan pusat....

    u nak argue mcmana lagi?...kalau tak setuju dgn perlembagaan, tak yah la jd rakyat malaysia....kan senang?.....drpd dok argue tak ke mana pun? dok ckp kerajaan jahat menteri2 buat sukati mak bapak die jer ...

    bukannya perlembagaan malaysia baru dibuat semlm, ordinan psl minyak pn dibuat thn 1969...dan dah diargue dan diluluskan kt dlm dewan...dewan pun ada pihak pembangkang,kan?.....bukannya menteri2 bn suka2 hati mak bapak diorg je luluskan ordinance tanpa dibentangkan dlm dewan....kalau rasa u can make difference, jadilah ahli dewan, n we see what u could do, ...

    cari rezeki kat bumi malaysia , tapi tak nak honor perlembagaan malaysia....u nak jadi ape?

    ReplyDelete
  5. saya ckp ttg isu trgganu n sarawak,yg kononnya kate awk kerajaan persekutuan bg royalti sbb 'ehsan'.maka sy jwb tu bukan ehsan,tp mmg hak n patut diberi.prinsip awk cukup mudah kn,sp2 yg setuju dgn perlembagaan,xsetuju ngn kerajaan memerintah,boleh cari negara ln.ini makin menguatkn persepsi bahawa org2 umno memerintah negara spt negara mereka sndiri sampaikn pihak2 yg xsetuju disuruh cr negara lain.what a 'divine' solution an suggestion!.sy mendoakan awk tidak akan menjadi pemimpin satu hari nanti,kerana prinsip awk yg dhsyt n kejam ni.ye btl bahawa sewaktu ordinan ataupun akta minyak digubal long time ago,dlm dewan rakyat mmg ada wakil pembangkang.tp jumlahnya terlalu sedikit.jd,sekuat mn pn mereka xsetuju,undang2 ataupun akta tu ttp akn dapat diluluskan dgn BN mempunya majoriti dua pertiga slps mndpt perkenan agong.atau awk xtau ttg malasyian parliamntary system?plz do some readings.tidak seperti skrg,Bn xpunyai majoriti dua pertiga, so susah la sket nk gubal atau pinda undang2 dgn sesuka hati.ttg cdgn utk menjadi ahli dewan,terima kasih pu3.jika ada rezki sy akn jd,n cuba sedaya upaya menentang korrupsi agar mereka tahu bahawa negara ini bukan mereka n keluara mereka yg punya.klu tak jd ahli parlimen,sy akan 'lawan' dari luar.membujur lalu melintang patah,pantang maut sebelum ajal.n sy nk tnya awk,apa kaitan isu royalti mnyk ni dgn perlembagaan persekutuan?adakah xsetuju dgn pemerintah tu tak mengikut perlembagaan?atau awk xberapa tau ttg perlembagaan persekutuan?plz do some revisions tq

    -taming sari-

    ReplyDelete
  6. takder kena mengena?

    apa hak kelantan nak tuntut royalti? sedangkan yg tgh gali adalah di kawasan JDA....di sempadan siam..dan LEBIH 3 batu nautika drpd perairan kelantan...

    kan dah termaktub dlm ordinance 1969 (ordinance ni bukan perlembagaan kah?) semua hasil galian adalah milik kerajaan pusat....jadi terpulang kpd kerajaan lah nak urus mcmana hasil galian ni...

    seperti yg diterangkan, terengganu dan sarawak dpt royalti sebb TANAH mereka digunakan untuk proses minyak...ada ke pakai tanah kt kelantan?..takde,kan?

    pls baca betul2 dan fahamkan apa yg saya tulis b4 argue...kalau awk byk buat revision, tp tak faham apa yg ditulis pun tak guna, juga kan?


    so wht if BN pegang 2/3??...still nak luluskan apa2 ikut dewan,kan?..bukan mereka tak bentang..

    siapa yg pilih ahli dewan?...rakyat,kan melalui pilihanraya?...so, yg letak 2/3 dlm dewan tu bukanlah sukati bapak2 menteri BN spt tuduhan awak yg tak berasas tu..

    kalau maish tak puas hati, minta lah wakil rakyat awak bentangkan agar buat pindaan berkenaan ordinance 1969 nih..lebih sopan dan menggunakan saluran yg betul drpd awk melalak dlm blog saya yg tak seberapa ni..

    pemimpin negara malaysia kejam?
    awk belum jelajah dunia lagi, kot? pergilah ke indonesia, china, singapura...tgk sistem mereka....bagaimana masyarakat islam di sana nak survive dlm hidup...dan di germany dan russia, lihatlah bagaimana prejudisnya mereka terhadap islam....

    di malaysia, islam masih dimartabatkan walaupun ada pemimpin islam sendiri kata 'tak pe kalau org cina dan india hina islam'.....

    ps: kalau mcm ni lah cara awk argue, tak pelah...tanak lah debat dgn awak....buang masa saya jer....

    ReplyDelete
  7. Monday, July 27, 2009
    Jika saya masih pengerusi Petronas, saya akan bayar
    KUALA LUMPUR, 27 Julai - Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, jika beliau masih pengerusi badan itu pihaknya akan membayar tuntutan kerajaan negeri Kelantan.

    "Jika saya masih Pengerusi Petronas, saya akan bayar tanpa dolak dalih lagi," kata Razaleigh dalam wawancaranya dengan laman web The Malaysian Insider.
    Razaleigh mengulas tuntutan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas agar membayar mereka RM1 bilion royalti ekoran pengesahan Jabatan Perangkaan Negara, banyak hasil minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan.

    Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menafikan Kelantan berhak mendapat royalti itu.

    Menurut Razaleigh, berdasarkan dokumen perjanjian yang beliau tandatangani bagi pihak Petronas dengan negeri-negeri terbabit, Petronas akan membayar royalti lima peratus kepada kerajaan negeri dari hasil yang diambil dari punca hidrokarbon yang diambil dari atas bumi atau perairan negeri berkenaan.

    "Jadi saya rasa, semuanya patut dibayar kerana saya yang tandatangani dokumen itu. Tidak ada cara lain lagi," kata Razaleigh sebagaimana yang disiarkan lama web berita itu.

    ReplyDelete
  8. salam..kenyataan atas mmg tak betul..minyak kat terengganu digali lebih 200km dari daratan..sdgkn kelantan bawah 200km..lpas tu bekas pengerusi petronas sendiri(orang BN) kata beliau sendiri yang tandatangan perjanjian untuk beri royalti kepada mana-mana negeri yang ada sumber petroleum samada kat darat n laut..satu lagi memang la minyak tak naik kat kelantan, naik di kedah nun..apacer?
    Kawasan tu jadik JDA sebab malaysia tak amik kisah macam kes pulau batu putih yang terlepas ke singapore. bila dah jumpa minyak tak warta tempat tu, mulalah sana mintak sini mintak..kata konsep 1 malaysia..ble kelantan nak merasa hasil mahsul sendiri........

    ReplyDelete
  9. pkck 1,

    undang2 kata 3 batu nautika...tau tak satu batu nautika tu berapa km?atu batu nautika = 1.852 km. Jadi 3 batu nautika ialah tak sampai 6 km la pkck....

    200km ke 100km ke tetap milik kerajaan!!!

    terengganu tu sebb ada loji penapisan di negerinya! wujud dah puluh2 tahun dah loji tu...
    lokasi minyak, lebih 100km dr pantai kelantan dan baru dijumpai 5 thn lepas....

    just think, berapa ratus km paip yg perlu dibina semata2 utk naik kan minyak tu lalu kelantan dan ke terengganu?...

    dan industri apa yg ada di kelantan tu utk menguntungkan petronas supaya kos pembinaan paip tu worth utk dinaikkan di kelantan?

    rizab minyak di kelantan tu ada byk sgt ke ? ada sehingga 2200 utk membiayai pembinaan paip yg baru?

    naik kedah sebb boleh pakai paip di thailand lebih dekat drpd lokasi dan terus salurkan di industri2 di penang dan perak...

    faham??? ni pasal costing dan planning....
    org2 kelantan ni mmg suka perasan semua org nak dengki diorg...

    ReplyDelete
  10. pkck 2,

    ku li boleh berkata apa sahaja....sebb dia bukan pengerusi petronas...

    zaman ku li sudah berlalu. byk polisi telah berubah.

    saya pn boleh ckp, negeri johor layak dpt royalti...

    tp hanya sekadar berckp je lah!

    ReplyDelete