Pertamanya ingin diucapkan tahniah kepada semua kabinet line-up yang baru diumumkan hari ini. Kepada yang terpilih, bekerja keraslah demi kebaikan negara dan yang tidak terpilih, ini bukan penghujungnya. Anda semua masih lagi ahli parlimen. Khidmat anda masih diperlukan rakyat.
Menyentuh tentang barisan baru kepimpinan Datuk Seri Najib, rasanya mengampiri tahap sempurna dan dipersetujui semua pihak. Tidak kira generasi muda, tua dan segenap lapisan masyarakat telah menunjukkanreaksi positif, rasa puashati dan menaruh harapan yang tinggi. Barisan kepimpinan baru kali ini, telah menunjukkan banyak perubahan di mana portfolio dikecilkan sedikit dan kepimpinan PM baru telah menjadikan portfolio pendidikan dan kewangan dipegang oleh no1 dan no2 negara. Perubahan ini jelas menunjukkan kepentingan memartabatkan pendidikan rakyat berada di tahap maju terutamanya bangsa Melayu.
Tahniah juga diucapkan ke atas Ketua Puteri Umno Malaysia kerana telah terpilih menganggotai barisan baru kabinet sebagai Timbalan Menteri Kesihatan. Kami sebagai ahli Puteri berbangga dengan pemilihan ini. Walaubagaimanapun masih ada terselit rasa kekecewaan di hati kami apabila mantan Ketua Puteri Malaysia, Dato Azalina Mohd Said tidak ada lagi di dalam barisan kabinet akibat insiden yang berlaku. Masih terbayang di mata semangat Puteri yang dimilikinya ketika dahulu.....
Sebagai generasi muda, kami berharap , barisan kepimpinan baru kabinet sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan membuangkan persepsi negatif rakyat terhadap UMNO. Semoga dengan wajah baru diiringi nafas baru dapat membangkitkan semula kepercayaan penuh rakyat terhadap pemerintah. Akhir sekali sebagai rakyat Malaysia amnya dan ahli UMNO khasnya yang berada di barisan peringkat akar umbi, kami ingin menyaksikan UMNO berada di tahap kegemilangan semula dan menyokong pemimpin kami hingga ke titisan terakhir.
CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG
9 years ago
No comments:
Post a Comment