Sempena menjelang Pilihanraya Kecil, ini lah antara isu yang akan mereka mainkan. Kalau isu derhaka ni pihak pembangkang selalu akan mengaitkan dgn kes UMNO Derhaka di Terengganu ( biasalah, mereka punya defense UMNO buat dulu, jadi mereka pn boleh buat juga).
Di sini saya senaraikan apa BEZAnya antara isu Terengganu dan Perak. secara teknikalnya.
Terengganu
Perhimpunan menyokong Idris Jusoh dilakukan di kediaman rasmi MB, bukannya di depan istana. Tiada batu dibaling ke arah kediaman rasmi MB.
Perak
Perhimpunan menyokong Nizar Jamaluddin dilakukan di hadapan ISTANA. Bukannya di depan rumah Zambry ( Menteri Besar Baru). Kereta ISTANA habis dibaling batu. Siap ada skuad berani mati berguling atas jalan lagi.
Terengganu
Banner Idris Nate ditujukan oleh penyokong Idris kepada Ahmad Said memandangkan dibuat di depan kediaman rasmi MB. Bukan di depan istana. Jadi ianya tidak bermaksud ditujukan kepada Sultan.
Perak
Banner online cerca Sultan dan mengatakan Sultan anjing, murtad dan segala maki hamun boleh dibaca di Buku Pelawat Pejabat Sultan Perak dan disiarkan para pendokong PR dan diapi-apikan para pemimpin dan aktivis PR. Blogger Hindraf (menyokong kuat PR) secara kurang ajar cakap Sultan adalah anjing UMNO.( rujuk : http://anginperubahan.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html)
Terengganu
Idris Jusoh telah memohon menghadap Agong, Pemangku Agong dan MPPR demi memohon ampun dari pihak istana negeri dan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan.
Perak
Nizar mohon derhaka. Setelah dia berkata 'it's up to sultan' pada hari sebelumnya. Bila keputusan tak berpihak kepada beliau. Boleh pohon derhaka. Inikah cara seorang wakil kepada rakyat yang kita mahukan?
Ok sampai sini dulu.Nanti kita bagi isu lain pulak...dan terima kasih en psytrooper dgn info ini
CINA DAP BIADAP & RACIS DI TESCO KEPONG
9 years ago
Bukan nak lawan tapi nak menjelas.
ReplyDeleteIsu Perhimpunan.
Perhimpunan itu adalah membantah perlantikan Zambry sebagai MB Perak. Tempat perhimpunan adalah disebabkan lapse time waktu umum dan lantik hanyalah satu hari. dan tidak relevan untuk dibuat di rumah MB sebab bukan hendak menentang Dato Seri Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Isu Banner
terang-terangan penentangan terhadap pelantikan Ahmad Said ditujukan kepada Sultan. Bukan kepada Ahmad Said sendiri. sebab kemarahan pihak umno ketika itu adalah disebabkan keengganan sultan melantik idris jusuh. tak logik rasanye orang nak marah kat ahmad said sebab bukan dia yang mahu dilantik dan influence sultan untuk lantik.plain fact.
bab hindraf nih teman pun tak berape gemor kan deme nyer permintaan. sedangkan kawan teman yang berbangsa india pun menidakkan perjuangan mereka nih sebab sudah tidak relevan dengan konsep RAKYAT MALAYSIA. cuma bila saudari menyatakan pihak PR dalang hindraf nih ader pembetulan fakta. mereka mencerca sultan bukan bermakna PR sokong mereka. dan sudahkah anda selidik dalang sebenar hindraf nih. kalau saya katakan ia datang dari presiden anda sekarang macam maner. saya takder bukti tapi itu orang umno sendiri yang kabo... cuma sampaikan. (jangan lak mike gi saman teman lak)
Isu derhaka
kalau teman keluarkan fakta penderhakaan umno terhadap sultan, takut mike lak yang akan malu nanti. cuma satu jer yang teman nak bagi tahu...
'patik mohon derhaka'
dengan
'patik mohon sembah derhaka'
punya makna yang amat jauh bezanya.
sama la macam bila kita mengaji Al-Quran, hanya sebab tertinggal satu ayat atau satu huruf, makna boleh bertukar... so teman nasihatkan gi study lagi isu "SEMBAH DERHAKA" nih...
en dugong....
ReplyDeletedlm berita tv mmg video klip terang2 nizr ckp mohon derhaka....dia tak ckppn mohon SEMBAH derhaka?....xkan nak corner ceghita kot?
"mohon sembah derhaka " atau "mohon derhaka" maksudnya apa?....tidak bersetuju dgn titah sultan, kan?....sultan soh letak jawatan, dia tak mo...maksudnya derhaka lah tuh....nak pusing kot mana lagik?...
cth simple: bini nak g shopping. laki tak bagi kuar. tp bini kuar jugak.... bini tu derhaka ke tak?....ke mmg sgt solehah bini tuh?...
dah la memandai-mandai umum bubar parlimen dulu baru mintak perkenan sultan...pastu lepas mintak perkenan sultan, dah kata 'it's up to sultan'.....tapi mohon derhaka jugakk....bila keputusan tak menyebelahi dia....
ish ish ish....
Isu perhimpunan... kalu gitu nape tak buat kat umah Dr Zambry?... kenapa still nak buat depan istana? hingga berbaring atas jalan menghalang dan membaling batu pada kenderaan kerabat diraja perak? Napa tak halang just halang Dr. Zambry dari masuk istana. Kalau boleh halang ratus ratus pengundi hantu masa PRU takkan nak halang Dr Zambry sorang pun tak mampu?
ReplyDeleteorg UMNO marah kat Ahmad Said sbb dia terima jawatan tu.. kalau Ahmad Said tak terima perundingan dengan baginda sultan masih boleh dijalankan.. walaupun lantikan MB itu adalah hak prerogatif sultan.. Oh ye org UMNO eventually menerima keputusan sultan.. tidak pula memainkan sentimen "Raja zalim raja disanggah".. tapi pihak Pakatan Rakyat masih tidak mahu menerima keputusan Sultan hingga ke hari ini.
dan sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada DS Nizar, secara langsung akan memalukan Sultan Perak kerana melantik Dr. Zambry seolah olah baginda sultan tidak tahu peruntukan perlembagaan negeri sendiri.. oh ye tindakan memalukan sultan juga boleh dikategorikan sebagai satu bentuk penderhakaan.
The Other Jess