Tuesday, April 7, 2009

Blog Pembangkang Cuba Kelirukan Org....

sedang surf2 internet, saya terjumpa satu blog pihak pembangkang di mana tajuknya seperti berikut :

BUKIT GANTANG : HANYA MELAYU YANG LEMAH FIKIRAN SOKONG UMNO!!!!!

Antara isinya ialah statistik seperti berikut .


Berikut kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Masyaallah! Petunjuk yang jelas!


* 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
* Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
* Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.


* 93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
* Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
* 40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.


Kita mudahkan lagi:

* Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
* STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
* SPM : UMNO 7% - PAS 22%
* SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
* Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
* Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada

Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.

Maka betullah dakwaan yang menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang memartabatkan perbuatan rasuah dan penipuan. Rupanya amat senang bagi pemimpin UMNO penipu penyokong mereka kerana ahli dan penyokong UMNO termasuk para blogger pro-UMNO terdiri daripada mereka yang lemah fikiran.



Sekali imbas memang nampak meyakinkan dan mengkagumkan. Kalau org yang jenis terima bulat-bulat mmg boleh nak percaya. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut secara teknikalnya...saaangat tersasar...

81% + 19% + 2% = 102% .

93% + 7% + 40% = 140%


Saya dulu di universiti, ambil subjek Statistik I dan Statistik II tidak pernah pula diajar pengiraan melebihi 100% ni.....siapalah ahli matematik yang 'terlebih pandai' membuat statistik berikut agaknya, yer?

Mari kita tgk lagi....

* Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2% ...

Sekolah atap tu sama lah dgn sekolah pondok kan?....Baru lah saya tahu lepasan sekolah pondok rupa2nya penyokong kuat UMNO...oooo...tp , logik ke?...

Ada beberapa soalan yg bermain diminda saya :

  • kajian selama berapa tahun?
  • sumber kajian dr mana?....
  • di mana tempat kajian itu buat?...
  • kelantan?...kalau kelantan, seluruh kelantan ke atau satu kawasan pasir putih sahaja atau satu peti undi jer?....
  • undi kan rahsia? macam mana pengkaji boleh tahu org mana undi UMNO dan orang mana undi PAS?....
  • Siapa yang endorse kajian ni?Apa tauliah dia utk endorse statistik ni?

Banyak, kan yang meragukan?....jadi jangan cepat tertipu dengan angka-angka yg diberi oleh pihak pembangkang...

Kalau nak menipu pun, logik la sikit.mana ada statistik lebih dari 100%?

Yang lebih memalukan, ianya tertampal di facebook Ir Nizar!!!...anda semua boleh nilai pemimpin jenis apa lah yang menampal 'sampah' ini di facebooknya?....

dan

anda boleh lihat di url ini juga

http://al-futhuhat.blogspot.com/2009/04/bukit-gantang-hanya-melayu-yang-lemah.html
.

No comments:

Post a Comment