1. Rata- rata membicarakan soal PPSMI. Ada yang membangkang. Ada yang bersetuju. Ada yang tidak peduli. Yang nyata, program PPSMI ini sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru yang tidak berapa fasih dalam Bahasa Inggeris, terpaksa berbelit lidah menyebut frasa-frasa dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah, kena berlatih dulu. Tersilap depan budak-budak nanti, malu pula kalau mereka tegur.
2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dalam memorandumnya menolak PPSMI menyebut,
Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera. Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.
3. Tetapi, betulkah faktor PPSMI menyebabkan pelajar luar bandar tidak 'score?'. Semasa zaman universiti dulu, saya rajin mengikuti program khidmat masyarakat. saya ke Perak, Pulau Pinang...duduk sehari dua dengan keluarga di kampung yang jalan tidak bertar. Mendekati permasalahan setempat. Memberi sedikit motivasi.
4. Apa yang sangat memeranjatkan ialah: budak darjah 3 dah pandai merokok. ganja, syabu, ecstasy mudah di akses di celah-celah pokok kelapa sawit. Walaupun tiada internet, video klips lucah senang saja didownload melalui handphone. ibu ayah, kalau tahu pn....dah puas marah.. cakap kawan-kawan lebih penting. belajar? bodoh pn takpe.ladang kelapa sawit puluh2 ekar tu boleh jaga. cukup makan, dah lah. apa nak lagi?
5. Guru juga memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini. Kebanyakan guru sekarang, lulusan KPLI (setelah menganggur 5 bulan tak dak kerja, masuk la KPLI) bukan nak mengajar sangat. Asal dpt gaji tiap-tiap bulan, lepas duit kereta,sewa cukuplah. Budak-budak tu bukan nya anak-anak aku pun.Anak sedara pn bukan.buat apa nak kisah?
6. Suatu ketika dulu, guru merupakan idola kepada semua. Guru mengajar sepenuh hati untuk memajukan anak bangsa. Keikhlasan mereka mengajar dapat melahirkan tokoh2 pemimpin yang dikagumi. Berbeza dengan kualiti guru muda sekarang di mana objektif dan matlamat untuk menjadi guru sangat terpesong daripada guru-guru zaman dulu yang sangat berdedikasi.
7. Di IPT, buku-buku rujukan semua dalam Inggeris. Jika ada terjemahan pun tidak selengkap apa yang anda dapati dalam buku-buku bahasa Inggeris. Jadi , untuk score assignment, terpaksalah rujuk buku-buku berbahasa inggeris. Walaupun pada zaman saya, kuliahnya dalam bahasa melayu, proses mencari ilmu berlaku dalam persekitaran bahasa inggeris juga.
8. Semua faktor2 ini juga perlu diambil kira sebelum 'menghukum' kebekersanan program ini. adakah kita mahu generasi akan datang hebat berhujah, bercakap di dalam negara, tetapi apabila berjumpa dengan 'foreigners' barat akan terkebil-kebil macam terjumpa hantu dan takut-takut kerana fizikal mereka yang besar berbanding kita?.
9. Sekurang-kurangnya, jika dapat berbahasa inggeris boleh ckp mcm ni 'i have mastered your language, why should i be intimidated by you?'....
10. Memang benar. Kita akan menjadi takut apabila kita berhadapan dengan apa yang kita tidak tahu. Mengajar dan belajar dalam bahasa inggeris? itu adalah di luar ruang selesa kebanyakan kita. Maka, kedengaran lah komen2 skeptism di kalangan kita yang telah dipaksa keluar dari zon selesa masing-masing.
11. Tidak dapat dinafikan, perlaksanaan PPSMI ini tiada 'master plan' yang rapi. Para guru tidak dipersiapkan. Cara pendekatan juga yang mengejut. Tiada kaedah untuk menjadikan program ini 'mesra pelajar'. Hanya bergantung kepada prestasi individu pelajar dan sumbangan guru untuk menjayakannya. Ini semua menyebabkan terdapat kepincangan dalam program ini.
12. Jadi, tepuk dada, tanya selera. apakah kita mahu menafikan bahasa inggeris sebagai 'lingua franca' masa kini dan hanya meninjau dunia luar daripada tempurung kristal?
13. Bahasa rasmi, tetap Bahasa Melayu. kalau mahu masuk IPTA, tetap ada syarat kepujian dalam Bahasa Melayu. Surat-surat rasmi kerajaan, tetap dalam BAHASA MELAYU. Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan dalam Bahasa Melayu. Prosiding di mahkamah juga dalam bahasa Melayu. Jadi, apakah momokan yang 'menghancurkan bahasa melayu' , 'bahasa melayu akan hilang?'...bukan kah tampak seperti takut dengan bayang-bayang sendiri?
14. Ya. Saya bersekolah di bandar di mana mediumnya adalah bahasa inggeris. kadang-kadang, belajar subjek bahasa melayu juga terselit perkataan-perkataan inggeris dalam proses pembelajaran. Maka selayaknya saya melabelkan diri produk 'pra PPSMI'....
- Adakah saya tidak tahu berbahasa Melayu?
- Bukankah artikel ini dalam Bahasa Melayu?
- Adakah ini bermakna saya tidak tahu membaca 'Hikayat Hang Tuah' , Hikayat Inderaputera?
- Saya tidak kenal 'Puteri Lindungan Bulan'?.
- Berapa ramai daripada kalangan anda yang 'anti-ppsmi' ini telah membaca 'Salina',' Tulang-tulang berserakan'(yang telah diterjemah dalam bahasa Rusia), 'Sidang Serangga'(teka lah karya-karya siapa..)?
15. Pada saya, bahasa Melayu cukup indah . (Tahukah anda)Tiada bahasa lain di dunia ini boleh menggambarkan warna turquoise dengan tiga ungkapan yang berlainan,iaitu:
- hijau-kebiruan
- firus
- wilis
ps : Perjuangkan bahasa Melayu tetapi bila masuk pertubuhan, PAS dan PKR... Jadi perjuangkan Islam sajalah( apa jadi dengan hudud?). buat apa perjuangkan bahasa melayu. tak dapat masuk syurgapun.