Wednesday, January 14, 2009

Palestine : Gaza..apa yang kita boleh buat?


Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata:
Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya( mengangkat senjata) ; jika tidak mampu, maka dengan lisannya(bersuara, melarang); jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)


Dalam kes ini, kita perlu membuat apa yang kita termampu untuk membantu saudara-saudara semuslim yang ditindas oleh puak zionis yang kejam: iaitu memboikot syarikat-syarikat Israel dan yang bersekutu dengan israel. berikut adalah senarai yang produk yang dikenal pasti bersekutu dengan israel.

1. Kimberly-Clarks. (scotts tissue, kleenex tissue, Kotex pad, huggies pampers)

Kimberly Clark Corp memiliki 49.9% saham dalam syarikat Israel Hogla (6/96) melalui America-Israel PaperMills $49.9m.

2.L'oreal. (Lancome, Maybelline, Garnier, redken, biotherm, Ralph Lauren, Giorgio Amarni)

Pada 1998 Pascal Castres St Martin daripada L' Oreal, menerima Jubilee Award daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu.Ini merupakan anugerah tertinggi kepada individu dan organisasi melalui 'investment' mereka untuk mengukuhkan ekonomi Israel

3. McDonald's

Mc Donalds merupakan rakan perkongsian Jewish United Fund yang major. Jewish United Fund 'bekerja untuk menyelenggara sokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika kepada Israel.

4.StarBucks Coffee.

Howard Shultz, pengerusi Starbucks merupakan seorang zionis yang aktif.

5. Nestle (Nescafe, Nespray, Nesquik, KitKat, Libby's ,Buitonni(pasta), Perrier,Kokokrunch, Cornflakes, MaGGI)

Swiss Company ini mempunyai 50.1% kepentingan dalam Syarikat Israel, Osem Investment dan membelanjakan bermillion2 untuk membuka pusat R&D di Israel.

6. Danone ( chipsmore, biskut jacob's, strauss dairy)

mempunyai institut R & D di Israel sejak tahun 1998.

7.Coca Cola ( Fanta, A&W, Sprite, Shwepps, SunKist, Nestea)

Sejak 1966, Coca-Cola telah menjadi penyokong Israel yang kuat. Banyak ceramah, lectures, seminars propaganda pro -Israel yang telah dianjurkan oleh Coca Cola terutamanya melalui Linda Gradstein

8. Delta Galil ( Marks And Spencers, CarreFour, JC Penny, Victoria Secret, Donna Karan[DKNY], Calvein Klein, Hugo Boss,Lindex, J.Crew)

merupakan pembuat tekstil kepunyaan Israel yang terbesar dan salah satu daripada manufacture pakaian dalam terbesar di dunia.


9.Sara Lee ( Sanex body care, Ambi Pur, Hanes, Kiwi polish kasut, wonderbra, just my size)

mempunyai 30% saham Delta Galil Industries.

10. Estee Lauder ( Clinique, Aramis, Tommy Hilfiger, Jo Malone, Origin Natural Resources)

Ronald Lauder, pengerusi Estee Lauder merupakan seorang Jew yang aktif dalam National Jewish Fund. Di mana beliau selalu mengeluarkan kenyataan-kenyataan ekstrimis pro Israel mengenai konflik Israel-Palestine

11. Johnson&Johnson (baby products)

12 Revlon

13. Timberland

14. IBM

15. Intel

16. AOL Internet (ICQ, CNN, Time Magazine)

17 News Corporation ( Star TV Network, National Geographic, The Sun , Harper Collins Novel publisher, 20th Fox Century)

18. Disney (Walt Disney)

19 IBM

20 Nokia

21 Arsenal ( hehe, sekarang sokonglah Johor FC jer....Selangor ke)

22 Buah Pisang Kaki ( produk pertanian Israel yang dieksport ke Singapura, Singapura eksport ke Malaysia)

*yang tak sempat elaborate tu, akan diberi faktanya kemudian.







No comments:

Post a Comment