Tuesday, August 25, 2009

Tok Guru Doa Bala Untuk Perdana Menteri

cuba lihat keratan ini.




inikah contoh parti islamik yg "tulen "didukung PAS? mendoakan bala diturunkan kpd sesama Islam? Nik Aziz pernah berkata beliau penyambung waris nabi. adakah begini cara pewaris nabi berdakwah?


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (An-Nahl: 25)"


Daripada Abu Darda r.a, katanya, Rasulullah sa.w bersabda yang bermaksud:
Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutus untuk memberi rahmat.



Monday, August 17, 2009

ahli UMNO takkan masuk syurga?


BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

-- BERNAMA




ooooo, sekarang syurga dan neraka ditentukan oleh seorg manusia bernama Nik Aziz rupanya !!
dia dah dpt franchise kot??....

Astaghfirullah al 'azimm!

Kenapa Islam palsu Palestin?.....Kenapa kenyataan beliau ada berbaur Syi'ah ??...
.
.
anda nilaikan sendiri

Thursday, July 30, 2009

Royalti Minyak Kelantan....

Royalti minyak akan ke mahkamah antarabangsa? - sumber utusan.

KOTA BHARU 28 Julai - Kerajaan negeri tidak teragak-agak merujuk isu tuntutan royalti minyak ke mahkamah antarabangsa sekiranya mereka tidak mendapat layanan dan keadilan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengambil langkah diplomasi seperti berbincang dengan Kerajaan Pusat terlebih dahulu sebelum membawanya ke peringkat tertinggi.

Beliau masih percaya masalah tersebut dapat diselesaikan di meja rundingan dengan semangat persaudaraan sebelum tindakan lanjut diambil.

''Kita akan buat sampai ke akhir, tetapi sebelum ke mahkamah kita berundinglah dulu. Apa sebab hendak naik mahkamah kalau benda itu boleh berunding secara mudah, cara bersaudara.

''Tetapi kalau tak dapat cara mudah, kita akan ke mahkamah. Kalau tidak ke mahkamah sini, kita akan ke mahkamah antarabangsa,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengambil tindakan lanjut sekiranya gagal dalam tuntutan royalti minyak sebanyak RM900 juta dari Kerajaan Pusat.

Sebelum ini, Pas yang mentadbir Kelantan sejak 18 tahun lalu mendakwa Kerajaan Pusat perlu membayar royalti minyak sebanyak RM900 juta kepada kerajaan negeri.

Ia disebabkan beberapa buah pelantar minyak dikatakan berada dalam kawasan perairan Kelantan.

Isu ini menjadi polemik politik apabila ia mula diperkatakan di pentas-pentas ceramah ketika pakatan pembangkang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Manek Urai 14 Julai lalu.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, tidak ada sebab langsung Kerajaan Pusat tidak memberikan wang royalti tersebut kerana ia jelas hak rakyat negeri ini.

''Ia jelas dari segi geografi dan faktanya dan saya sebut kelmarin, kalaulah Kelantan disebut tak ada hak, maka minyak dari pantai Kelantan hak siapa.

''Sama ada hak Terengganu atau pun hak Thailand, ini bahaya... Terengganu tak boleh kerana ada sempadan dia, jadi Thailand kata kalau bukan hak Kelantan ini hak aku, ini bahaya,'' katanya.

Permasalahan Pertama :


Jika di perairan Kelantan mempunyai sumber petroleum ini, seperti yang digembar gembur oleh kepimpinan PAS Kelantan, di mana letaknya? Berapa jauh daripada pantai Kelantan?Adakah itu pelantar minyak milik Petronas atau milik negara lain?

Secara geografinya, dalam jarak 100km dari pesisir pantai Kelantan yang paling utara adalah hampir sama jaraknya dengan pesisir pantai Thailand paling selatan. Itu merupakan kawasan 'Joint Development Area' bersama Thailand. Sudah semestinyalah Thailand akan berurusan dengan kerajaan pusat untuk kawasan usahasama begini.

"Menurut Emergency Ordinance No 11 1969 , takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah tiga batu nautika daripada paras air surut. Di luar tiga batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi perairan kebangsaan. Semua sumber minyak yang ditemui di kawasan itu adalah menjadi hak Kerajaan Persekutuan."



Permasalahan kedua :

Terengganu dan Sarawak dpt royalti pun sbb EHSAN kerajaan pusat peruntukan 5% sumber minyak utk dikembalikan kepada kerajaan negeri mengikut perjanjian-perjanjian dengan Petronas dan Kerajaan Pusat.

Tiada perjanjian seperti di Sarawak dan Terengganu berlaku di Kelantan.



Contoh-contoh Negeri Lain yg ada minyak.

Pemberian royalti di Terengganu dan Sarawak adalah disebabkan kerajaan pusat menggunakan tanah Terengganu (Paka) ngn Sarawak (Bintulu) untuk proses dan ekstrak minyak. Pemberian royalti adalah sebagai satu transaksi kerana membenarkan pengoperasian minyak di negeri mereka.

Jika lihat di Port Dickson, Negeri Sembilan, Kerajaan Pusat telah membina kawasan untuk Penapisan Minyak dan pemprosesan walaupun di perairan Negeri Sembilan tiada minyak. Jadi satu transaksi juga berlaku antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Sembilan.

Di Sabah juga terdapat minyak. Untuk penapisan dan ekstrak minyak, semuanya dibawa ke Bintulu Sarawak. Tetapi tidak timbul isu royalti pun? Mungkin orang2 di Sabah Lebih memahami Akta dan Undang-undang Malaysia.

Yang Kelantan terhegeh-hegeh mintak minyak ni kenapa?
Ada ke tanah Kelantan yang Kerajaan Pusat ambil untuk membina kawasan penapisan minyak? dan kenapa baru sekarang nak kecoh2 psl perkara ini? padahal proses pencarian minyak di kawasan JDA antara Malaysia-Thailand telah berlangsung pada 2005 lagi. Ada pelantar minyak yg telah ditutup pun kerana tiada minyak.



Permasalahan ketiga :

Bolehkah perkara sebegini dibawa ke mahkamah antarabangsa?

Jika PAS nak bawa ke mahkamah antarabangsa, PAS terpaksa panggil kerajaan Thailand, Vietnam, China & Indonesia termasuk syarikat minyak mereka untuk menjadi defendent selain kerajaan pusat negara kita & Petronas. Macam mana kerajaan pusat & Petronas nak jawab kalau pelantar minyak yg PAS dakwa berada dalam perairan negara sebenarnya berada dalam "Joint Development Area" (bermakna negara harus berkongsi kawasan perairan itu) mengikut undang2 antarabangsa?

Atau

Mungkin negeri Kelantan perlu keluar daripada Malaysia? Bila Kelantan sudah tiada kena mengena dengan Malaysia dan tidak tertakluk dalam undang-undang di Malaysia, barulah Thailand atau mahkamah antarabangsa boleh mempertimbangkan dakwaan-dakwaan hak-hak yg dikatakan oleh Nik Aziz ini.


Kesimpulan

Percakapan,pertuduhan, pendakwaan yg tidak berasas ini tidak perlu dilayan. Isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian atau meminta perhatian seperti kanak-kanak yg menangis meminta susu.




Monday, July 27, 2009

English On Wheels At Perodua Showroom




26 Julai 2009, we entertained kids from several TBK KEMAS , give out some prizes , sings and dances at Perodua Showroom, BBU.

Sorry, no pic of us in action! CURIOUS???!!just call us for reservation.... :wink:


ps: hv u watch a kids show called 'hi five'?? we're something like that!!

Syarahan Perdana Datuk Paduka Badruddin Amiruldin





pada 25 Julai 2009 , Datuk Paduka Hj Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap UMNO Malaysia telah sudi meluangkan masa bersama warga UMNO Pulai utk memperdengarkn Syarahan Perdana beliau yang amat popular itu.

Beliau memperkatakan ttg perjuangan, Islam dan UMNO. Sangat terpesona dgn gaya beliau.Lantang dan bersemangat. Org lama UMNO yg tidak hilang bisanya apabila berhujah.

Terima Kasih kerana sudi menjenguk kami di Pulai!

Sunday, July 26, 2009

Septg bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia






Sesi bersama ketua penerangan ini telh diadakan pada 24 Julai 2009 di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat, Pulai. Semua Ketua Penerangan UMNO dan sayap2 Bahagian di dlm Johor telah dijemput hadir dlm sesi ini.

Pertama kali melihat wajah YB Datuk Ahmad Maslan secara live.

Sesi penerangan oleh beliau. terdapat slide. dan lawak yg bersahaja.dan pengalaman2 beliau di manik urai dan semasa jelajah di bahagian2. ada dibuka sesi soal jawab juga.

erm...tak banyak dpt diperkatakan tentang Ketua Penerangan UMNO Malaysia ini.Mungkin kerana baru 3-4 bulan menyandang jawatan.

We just wait and see...

Friday, July 24, 2009

Vigil : Upacara Keagamaan Kristian




Kekecohan berlaku apabila Bekas MB Perak dilihat memegang lilin dalam upacara vigil memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Pertama sekali, mari kita selidik, vigil tu apa sebenarnya? Menurut wikipedia :

A vigil (from the Latin vigilia, meaning wakefulness) is a period of purposeful sleeplessness, an occasion for devotional watching, or an observance.

It can also be the eve of a religous festival observed by staying awake as a devotional exercise or ritual devotions observed on the eve of a holy day , such as the Easter Vigil, held on Holy Saturday. In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil is held on the eves of Sundays and all major feasts during the liturgical year.

In Christianity, especially the Eastern Orthodoxes and Roman Catholics, a vigil is often held when someone is gravely ill or dying. Prayers are said and votives are often made. Vigils extend from eventual death to burial, ritualistically to pray for a loved one, but more practically so they are never alone.


terjemahannya lebih kurang begini :

Vigil (drpd Latin vigilia, bermaksud berjaga) adalah suatu masa di mana seseorang tidak tidur atau berjaga sepanjang malam, satu upacara yg menunjukkan ketaatan dan pemerhatian. Ia juga boleh dimaksudkan dengan malam sesuatu perayaan besar, yg diraikan dgn berjaga sepanjang malam sebagai simbolik ritual ketaatan pada hari2 yg dianggap suci. Dalam Agama Kristian, terutama Gereja Eastern Orthodox dan Gereja Roman Catholics, vigil biasanya dibuat apabila seseorg itu sakit atau hampir mati. Doa akan dibaca dan nazar biasanya akan dibuat. Vigils biasanya dilakukan sehingga seseorg tu mati dan dikebumikan, secara ritualnya mendoakan org2 kesayangan, menemankan mereka agar tidak keseorangan

Jadi, vigil memang merupakan salah satu ritual(upacara) keagamaan bg Kristian.
Cuba baca keyataan akhbar oleh orang-orang PAS :

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.
“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

dan ini pula Tuan Guru Nik Aziz :

Nik Abdul Aziz menambah, berhubung majlis nyalaan lilin, beliau hairan apabila masalah itu diperbesarkan kerana telah ramai masyarakat pada hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.

''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur.

''Sebelum ini sibuk mengatakan Cina dalam DAP baca al-Quran, sibuk kata haram. Saya jawab, Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja-raja Mesir dan Iran guna ayat al-Quran dan bagaimana Nabi tulis surat kepada raja kafir begitu, tiba-tiba kita kata tidak boleh orang Cina baca ayat al-Quran, jadi semua ni benda-benda pelik," katanya.

Soal majlis nyalaan lilin itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan kaum Majusi yang memuja api, beliau berkata, perkara tersebut diulas secara berlebihan.

''Kalau begitu kita naik motokar sekarang pun tidak boleh kerana itu dikaitkan dengan Inggeris, teruk benarlah tu. Sebab kalau hendak dikira, songkok yang Melayu banyak pakai ni, kalau pergi ke Bombay dan Madras, ramai Hindu yang pakai songkok dan asalnya dari sana.

''Jadi teruk jugalah kita, teruk kalau kita tidak mengikuti politik kerana dunia sekarang ini, pakaian dan makanannya saling kait mengait seluruh dunia dan kita juga guna Internet itu bukan orang Islam yang cipta tetapi orang Eropah," ujarnya.


ulasan saya pula :

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah.

Semuanya bergantung kepada niat?....ok .apa kata kalau saya buat kenyataan begini:

niat saya minum carlsberg (arak ) dan jack daniel (arak), sebb nak hilangkan dahaga. tiada niat pun untuk menjadi mabuk.

atau, "saya duduk kt sini berdua2 an, niat saya nak temankan die jer....dia takut nak dok sorg2, ada hantu.....lepas tu mlm ni sejuk...saya cuma nak panaskan badan die jer...kesian tgk die kesejukan, psl tu sya peluk dia....niat membantu org lainkan satu amalan yg baik?"


bolehkan...apa tak bolehnya!! Dewan Ulama' PAS yg kata tu...semua bergantung kpd niat...


dan ulasan ini,

''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur"

nik aziz ni faham ke tidak ritual agama dengan budaya???kenapa dia corner samakan dgn tiupkek besday?....

  • suap pulut kuning sebb lulus periksa - budaya org Melayu..TIADA kena mengena dgn ISLAM
  • hembus kek birthday -budaya org BARAT... tiada kena mengena dgn KRISTIAN atau JEW
  • berpuasa di bulan Ramadhan - satu ritual ISLAM
  • menyalakan lilin utk peringati si mati - satu ritual KRISTIAN.....

sedih melihat parti politik yg kononnya menegakkan syiar ISLAM membuat ulasan begini. Yang salah, mengaku je lah salah...mengapa mesti corner tempat lain dan ungkit benda2 yg tak sepatutnya???


mereka mendakwa, vigil bukan ritual keagamaan, tetapi

pernah tgk tak org kristian atau buddha dtg kenduri arwah yg biasa org Islam buat??? kenduri arwah juga bukan ritual agama Islam...cuma amalan org Melayu je.... takde buat apa2...cuma mengingat arwah dan mkn2 jer....

Ada siapa2 pernah nampak Non-Muslim Hadir pada kenduri arwah?

takde, kan?? sebb ada unsur2 Islamik. Lihatlah, betapa Non Muslim lebih taat dan lebih tidak berkompromi kepada agama mereka...kita ni sibuk menghalalkan si Nizar hadiri vigil....

kerana apa? kerana undi kah?

patutkah Islam diperdagang untuk survival politik?....