Pilihanraya Bagan Pinang dah tamat.
Tahniah Tan Sri Isa Samad, atas kemenangan beliau tempohari...
syabas, kepada para pengendali, perayu undi, penceramah, pendengar ceramah, penduduk dan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas tamat satu ceramah atau perjumpaan.
'Bersatu hati (walaupun berlainan pendapat) akan Membawa Hasil Yang Positif'
tapi....
ada juga berita yg tak enak didengar saya terbaca dalam harakah daily, berbunyi begini:
Serah kotak undi pos di pasar raya? PDF
Posted by admin
Sunday, 18 October 2009 01:11
(Harakah Daily) - Wajarkah beg undi pos diserahkan kepada pihak terbabit di pasar raya? Tetapi itulah yang berlaku dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan tidak sedia menyahut cabaran debatnya.
Ianya termasuk bukti penyerahan beg undi pos berdekatan pasar raya Telok Kemang, yang menurut dakwaannya sebagai sesuatu yang meragukan.
"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.
"Maka tiada jaminan ketelusan pada sistem undi (pos) yang longgar...SPR pun susah pantau, apatah kami (PaCa - agen pengiraan undi dan pengundian)," tegasnya.
Sambil memberi tempoh jawapan sehingga Selasa depan, Suhaizan nekad turun padang untuk menjelaskan kelemahan sistem perlaksanaan undi pos tersebut sekiranya debat tersebut gagal.
"Beberapa kawasan yang terdapat undi pos telah dikenal pasti...(seperti) Setiawangsa, Kluang, Lumut dan Pekan yang diwakili Perdana Menteri sendiri untuk kita turun jelaskan kepada rakyat tentang (sistem) undi pos yang lemah jika debat gagal," tegasnya.
Menurut blog peribadinya, kentong-suhaizan, beliau turut mempersoal beberapa perkara yang meragukan pada sistem undi pos yang didakwanya tidak telus.
Antaranya, soal kesukaran pengundi pos (tentera) mendapatkan kertas undi.
Selain itu, beliau meminta SPR menjelaskan kaedah pemantauan proses pengundian pos yang begitu longgar, agar terjamin ketelusannya.
Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos di keputusan undi pos bagi Dun Bagan Pinang sesuatu yang diragui.
9 Oktober lalu, PAS mendesak diberhentikan serta-merta ke atas proses pengundian undi pos kerana terdapat ratusan pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih awam dan tentera (pos).
Ekoran itu, PAS mengadakan tiga pertemuan bersama SPR dan membuat dua laporan polis.
Namun, tiada sebarang insiatif susulan yang positif dilakukan.
ulasan saya,
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan sedia menyahut cabaran debatnya. 1. Habis, kalau MB N9 tak nak debat dengan dia, dia tak dedahkanlah? bukti-bukti yang dia dakwa ada tu dia nak buat apa? campak laut??!!...
2. Ingat Datuk MB nak layan ke mamat ni? buang masa je...
3. jadi, mmg takkan terbongkar lah apa yg didakwanya tu, sbb Datuk MB takkan debat dengan mamat tah sape2 ni... haha, bagus betul pusing ayat...
"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.
Sumber Malaysiakini 7.13 pm menyatakan,
http://www.malaysiakini.com/news/114732
6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi. Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos. 2. Maknanya pukul 7.30pm, undi pos mmg dah siap dah dikira. sebb 6.59pm dah diumum secara rasmi.
3. Jadi yg mamat ni g kedai pukul 7.30 pm dan nampak anggota tentera ngn peti tu mungkin
a. peti kosong je
b. peti mengandungi surat2 rasmi ketenteraan. takde kene mengena ngan pilihanraya pun
c. mungkin juga dia mereka2 cerita je nih....
ini petikan dari blog die http://kentong-suhaizan.blogspot.com (kelentong suhaizan?)
saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya saya dapati serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Raya pada jam 7.30 malam.1. kalau nak buat intipan tu, ajak la SPRM sekali. Dia sendiri memandai-mandai, apa kredibiliti dia ada?
2. mesti ada video bukti, kalau benar dia buat intipan.....tapi, ye lah dia ckp kalau nak bukti, MB kena debat dgn die dulu......ahaks....biasanya, bukan kalau ada bukti, bawak je g mahkamah ke?.... nak kena tunggu2 pulak....
Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya di bawah ni:

BN mendapat 8,013 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 2,578 undi untuk majoriti 5,435.
Kalau ditolak undi pos, BN mendapat undi 4,492 dan PAS mendapat 1,977 untuk majoriti undi bukan pos sebanyak 1,914 undi dan kemenangan masih kepada Isa.
dan
konon2 semua tentera yang undi BN tu tak undi BN dan rosakkan undi, sebanyak 3531 tetapi 601 undi pos PAS dikira
PAS tetap hanya mendapat 2578 manakala BN mendapat 4492 , masih menang dengan majoriti yang besar.....
jadi, apa yg kecoh sgt psl undi2 pos ni?....
PAS kan parti berteras islam? pernah tak dgr qada' dan qadar?....
kalau dah kalah tu, tak yah la melalak mcm budak2 mintak susu,
give in gracefully la....
mcm BN buat masa kat permatang pasir, rileks je...kalah pun, senyum je.....
terima je qada'dan qadar darpad ALLAH....
kita hanya boleh merancang, yg tentukan bukan kita...
takde meroyan sana sini ckp SPR tak telus , meragukan pun, PAS bwk 2 lori pengundi hantu?....
jgnlah takbur sangat..ckp ini salah, itu tipu....kalau tipu ke salah ke, kalau ALLAH nak bg kemenangan kpd PAS, itu semua bukan halangan pun......
ps:
kalau baca harakah, mmg lg teruk la drpd mesyuarat tingkap mkck2 minah dan akak2 leha kita, die punya menuduh, mengutuk, syak wasangka jahat...mcm plot cerekarama pun ada ......