
Kekecohan berlaku apabila Bekas MB Perak dilihat memegang lilin dalam upacara vigil memperingati kematian Teoh Beng Hock.
Pertama sekali, mari kita selidik, vigil tu apa sebenarnya? Menurut wikipedia :
A vigil (from the Latin vigilia, meaning wakefulness) is a period of purposeful sleeplessness, an occasion for devotional watching, or an observance.
It can also be the eve of a religous festival observed by staying awake as a devotional exercise or ritual devotions observed on the eve of a holy day , such as the Easter Vigil, held on Holy Saturday. In the Eastern Orthodox Church an All-Night Vigil is held on the eves of Sundays and all major feasts during the liturgical year.
In Christianity, especially the Eastern Orthodoxes and Roman Catholics, a vigil is often held when someone is gravely ill or dying. Prayers are said and votives are often made. Vigils extend from eventual death to burial, ritualistically to pray for a loved one, but more practically so they are never alone.
terjemahannya lebih kurang begini :
Vigil (drpd Latin vigilia, bermaksud berjaga) adalah suatu masa di mana seseorang tidak tidur atau berjaga sepanjang malam, satu upacara yg menunjukkan ketaatan dan pemerhatian. Ia juga boleh dimaksudkan dengan malam sesuatu perayaan besar, yg diraikan dgn berjaga sepanjang malam sebagai simbolik ritual ketaatan pada hari2 yg dianggap suci. Dalam Agama Kristian, terutama Gereja Eastern Orthodox dan Gereja Roman Catholics, vigil biasanya dibuat apabila seseorg itu sakit atau hampir mati. Doa akan dibaca dan nazar biasanya akan dibuat. Vigils biasanya dilakukan sehingga seseorg tu mati dan dikebumikan, secara ritualnya mendoakan org2 kesayangan, menemankan mereka agar tidak keseorangan
Jadi, vigil memang merupakan salah satu ritual(upacara) keagamaan bg Kristian.
Cuba baca keyataan akhbar oleh orang-orang PAS :
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.
“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.
dan ini pula Tuan Guru Nik Aziz :
Nik Abdul Aziz menambah, berhubung majlis nyalaan lilin, beliau hairan apabila masalah itu diperbesarkan kerana telah ramai masyarakat pada hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.
''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur.
''Sebelum ini sibuk mengatakan Cina dalam DAP baca al-Quran, sibuk kata haram. Saya jawab, Nabi Muhammad SAW tulis surat kepada raja-raja Mesir dan Iran guna ayat al-Quran dan bagaimana Nabi tulis surat kepada raja kafir begitu, tiba-tiba kita kata tidak boleh orang Cina baca ayat al-Quran, jadi semua ni benda-benda pelik," katanya.
Soal majlis nyalaan lilin itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan kaum Majusi yang memuja api, beliau berkata, perkara tersebut diulas secara berlebihan.
''Kalau begitu kita naik motokar sekarang pun tidak boleh kerana itu dikaitkan dengan Inggeris, teruk benarlah tu. Sebab kalau hendak dikira, songkok yang Melayu banyak pakai ni, kalau pergi ke Bombay dan Madras, ramai Hindu yang pakai songkok dan asalnya dari sana.
''Jadi teruk jugalah kita, teruk kalau kita tidak mengikuti politik kerana dunia sekarang ini, pakaian dan makanannya saling kait mengait seluruh dunia dan kita juga guna Internet itu bukan orang Islam yang cipta tetapi orang Eropah," ujarnya.
ulasan saya pula :
“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah.Semuanya bergantung kepada niat?....ok .apa kata kalau saya buat kenyataan begini:
niat saya minum carlsberg (arak ) dan jack daniel (arak), sebb nak hilangkan dahaga. tiada niat pun untuk menjadi mabuk.
atau, "saya duduk kt sini berdua2 an, niat saya nak temankan die jer....dia takut nak dok sorg2, ada hantu.....lepas tu mlm ni sejuk...saya cuma nak panaskan badan die jer...kesian tgk die kesejukan, psl tu sya peluk dia....niat membantu org lainkan satu amalan yg baik?"
bolehkan...apa tak bolehnya!! Dewan Ulama' PAS yg kata tu...semua bergantung kpd niat...
dan ulasan ini,
''Tiap-tiap tahun anak kita yang sekarang ini telah merebak, tahun pertama sebatang lilin dia hembus, tahun kedua, dua batang lilin dan seterusnya yang digunakan sebagai simbolik untuk sukatan umur"
nik aziz ni faham ke tidak ritual agama dengan budaya???kenapa dia corner samakan dgn tiupkek besday?....
- suap pulut kuning sebb lulus periksa - budaya org Melayu..TIADA kena mengena dgn ISLAM
- hembus kek birthday -budaya org BARAT... tiada kena mengena dgn KRISTIAN atau JEW
- berpuasa di bulan Ramadhan - satu ritual ISLAM
- menyalakan lilin utk peringati si mati - satu ritual KRISTIAN.....
sedih melihat parti politik yg kononnya menegakkan syiar ISLAM membuat ulasan begini. Yang salah, mengaku je lah salah...mengapa mesti corner tempat lain dan ungkit benda2 yg tak sepatutnya???
mereka mendakwa, vigil bukan ritual keagamaan, tetapi
pernah tgk tak org kristian atau buddha dtg kenduri arwah yg biasa org Islam buat??? kenduri arwah juga bukan ritual agama Islam...cuma amalan org Melayu je.... takde buat apa2...cuma mengingat arwah dan mkn2 jer....
Ada siapa2 pernah nampak Non-Muslim Hadir pada kenduri arwah?
takde, kan?? sebb ada unsur2 Islamik. Lihatlah, betapa Non Muslim lebih taat dan lebih tidak berkompromi kepada agama mereka...kita ni sibuk menghalalkan si Nizar hadiri vigil....
kerana apa? kerana undi kah?
patutkah Islam diperdagang untuk survival politik?....