Tuesday, May 18, 2010
JOINT ACCOUNT
"Just to share with you one recent article I read and shocked me a lot..
It happened in west Malaysia , about a husband and wife and one son. The husband passed away due to accident. The husband had a RM50,000 joint saving account with wife in a local bank. What happened is the wife ,like most people think, when husband passes away, she will get the money automatically since it is a joint account. But to her surprise, She could not withdraw even a single cent from the bank.
Joint saving account is meant for convenience when spouse needs it the most.. But most people always assume once the other holder dies, another half will get the money automatically which is very wrong.
I would like to share my opinion with all of you, you may take it as educational thoughts or for you to be aware.
When one person dies, the other joint holder of the saving account will get the money automatically only - if that particular bank practise 'JOINT TENANCY'. This terms means one party die, the other joint party gets money automatically.
But unfortunately, not all banks practise JOINT TENANCY, some foreign banks practise but most local banks don't practise.
If you want to be sure, just ask your bank whether your joint saving account based on JOINT TENANCY. If Yes, get the black and white.
Can you all imagine, when the other half passes away, the other half already suffers emotional loss. Now he/she will have to suffer another problem of having 'NO MONEY', although having money in a bank on a joint account.
Because of ignorance on the 'terms and conditions', the wife and the son have to suffer.
Hope the above can help for you. Just take note.
Friday, May 7, 2010
MALAYSIA IN "WHITE LISTED" - TRANSPARENT
ECONOMIC CO-OPERATION AND DEVELOPMENT (OECD)
Kuala Lumpur, 22 February 2010 - The Organisation for Economic Cooperation
and Development (OECD) has last week listed Malaysia in the
“White List”. The White List refers to a list of jurisdictions deemed to have
substantially implemented OECD standards for transparency and exchange of
information between countries.
“Malaysia is committed to internationally agreed standards and practices
governing international financial services and transactions, especially in the
area of exchange of information. The white-listing is a testimony to this fact”,
said Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Minister of Finance II. He added that
in relation to the Labuan International Business and Financial Centre (LIBFC),
the white-listing, in tandem with the new eight acts of legislation that have
recently been passed by Parliament, sets a higher platform for Labuan Financial
Services Authority to position LIBFC as a major regional and global offshore
financial centre.
Since April 2009, Malaysia has signed enhanced Double Taxation Agreements
(DTAs) in regards to the sharing of information with twelve following countries –
Belgium, Brunei, France, Ireland, Japan, Kuwait, Netherlands, San Marino,
Senegal, Seychelles, Turkey and United Kingdom. Malaysia will continue to
enhance its DTAs with other countries so as to ensure it is always in line with
internationally agreed standards and practices on exchange of information
(EOI).
Ends.
Ministry of Finance Malaysia
22 February 2010
Internationally Agreed Tax Standard
Malaysia has signed the Exchange of Information (EOI) Protocol with Kuwait on 25 January 2010 as part of its commitment to implementing the internationally agreed tax standard on transparency and exchange of information. The EOI protocol, amending the Double Taxation Agreement of 5 February 2003, was signed in Kuwait by His Excellency Dato Ashaary Sani, the Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of Malaysia and His Excellency Khalefah Hamadah, the Undersecretary of the Finance Ministry of Kuwait.
To date, Malaysia has signed Agreements/EOI Protocols with Belgium, Brunei, France, Ireland, Netherlands, San Marino, Seychelles and United Kingdom. With the signing of the EOI protocol with Kuwait, the total number of Agreements/Protocols signed by Malaysia stood at 9. All these signed agreements contained an exchange information provision in line with Article 26 of the OECD Model Tax Convention.
Wednesday, February 24, 2010
Al-Fatihah
Saturday, January 23, 2010
Merafak Sembah Takziah.
Friday, January 8, 2010
Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus...
"Allah Maha Esa.Tidak beranak dan Tidak Diperanakkan" - (surah al-ikhlas)
maka apabila Kristian mahu juga meletak nama Allah, akan wujud statement begini,
"Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus"
dan kita mudah juga diajar dan memahami bahawa :
Krishna = Tuhan org Hindu, Father, Lord atau Jesus = Tuhan bg Kristian, Allah = Tuhan bg Islam....
maka ia akan jadi sebaliknya jika Kristian Katholik ingin menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka juga!
Jika ditanya apakah sama ajaran Allah dalam Kristian Katholik dengan ajaran Islam tentulah kita akan kata tidak sama. Mahu tidak mahu orang Islam akan mengisytiharkan secara terbuka dan lantang ajaran Kristian merupakan ajaran sesat dan menyimpang dari ajaran Allah.
Pendakwah kedua-dua agama akan berbahas dan berdebat benar dan salah secara terbuka kerana mahu mempertahankan ajaran Allah yang benar. Maka akan terjadilah polemik agama dan menggugat kestabilan negara yg selama ini dijaga dgn amat berhati-hati.
Jika mahu dibenarkan juga atas alasan terminologi Bahasa Arab ataupun sejarah, orang Kristian perlu bersedia menerima kaedah dakwah Islam tidak lagi sama seperti sebelum ini kerana para pendakwah BERKEWAJIPAN untuk menerangkan mengapa Allah dlm Kristian berbeza dgn Allah di dalam Islam. Ini akan menyebabkan proses dakwah akan kedengaran lebih kasar dan ekstrim yg tidak menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Namun begitu, saya agak kecewa dgn jawapan dan hujah ulama popular seperti Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dr. Muhamad Nur Manuty dan kolumnis Utusan Malaysia yang juga bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Apabila diminta memberi pandangan, mereka membuat kenyataan berbaur politik seperti ini:
“tiada salah pihak bukan Islam menggunakan nama Allah asalkan ia tidak bertentangan dengan akidah dan Allah merujuk kepada tuhan semesta Alam. Agama Samawi dibenarkan menggunakan perkataan Allah.”
“Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka? Keizinan menggunakan nama Allah juga telah digunakan sejak zaman nabi. Dalam perjanjian dengan Quraish (perjanjian Hudaibiah), nabi tulis nama Allah,"
Nabi membenarkan org bukan Islam menggunakan nama Allah di dlm perjanjian Hudaibiyah, tetapi adakah ianya dalam konteks Allah Latta, Allah Uzza dan Allah Manat?
Ulama'-ulama' populis ini juga (kenyataan berbeza ayat tetapi maksud sama) menegaskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah selagi tidak lari dari akidah.
Apakah mempersetujui Allah itu berkonsepkan Trinity tidak lari akidah?
Tolonglah jgn berbelit-belit mengatakan "Allah ialah Tuhan semesta alam utk semua umat manusia sama ada Islam atau bukan Islam" dan sebagainya.
Persoalan di sini ialah, apabila Katholik Kristian mahu menggantikan God kepada Allah dlm cetakannya, jelas mereka ingin menyatakan konsep Allah sebagai Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus!
(Allah Maha Esa Di Dalam Tritunggal Yang Kudus- tajuk kitab mubaligh2 Kristian dalam Indonesia)
Dan selepas mesyuarat Lujnah politik Pas, nada Hadi Awang sudah berbeza drpd yang sebelumnya! Bagi Pas isu Allah bukan isu agama tetapi isu politik. Mungkin sebab itu ia diputuskan oleh Lujnah Politik bukan Dewan Ulama'!
Friday, January 1, 2010
Maka wujudlah Allah Bapa, Allah Jesus dan Allah Ruhul Kudus di Malaysia ini!!!Adakah anda mahu berdiam diri?
"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguh jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong bagimu." -Al-Baqarah , ayat 120
Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam penghakimannya menyebut bahawa Kementerian gagal untuk mengadakan bukti bahawa penggunaan ayat itu boleh mengancam keselamatan negara dan boleh mendatangkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam. Ini amat mengecewakan kerana Hakim tersebut menyentuh tentang Artikel 11.
Jika di Switzerland, semua masjid dilarang mempunyai menara,
Di Perancis boleh mengharamkan pemakaian tudung,
Di Singapura, azan dilarang menggunakan mikrofon,
Apa yg mereka maksudkan sebagai kebebasan bersuara?
Mengapa, Malaysia yg megah dgn Islam sebagai agama rasminya boleh pula membiarkan gerakan halus mengelirukan Islam ini berleluasa sewenang2nya?
Apakah kita ingin melihat umat Islam seperti di Indonesia, sangat keliru dgn pegangan agamanya sehingga boleh berkahwin walau berlainan agama?....sehingga org2 yg mnganut Kristian dan Islam amat sukar dibezakan?
Apa pula ttg akidah?...
Mungkin kita sedar dan tahu sekarang...tp bagaimana jika gerakan halus menghancurkan Islam ini dibiarkan sehingga beberapa generasi? apakah cucu2 kita nanti tahu seperti kita?
rujukan : utusan online
Thursday, December 24, 2009
Daftar Pemilih
You Just Dont Get It, Do You?
"Jangan melihat sebelah mata bahawa saya hanya mempertahankan suami, tapi bukalah mata seluasnya, politik itu licik, hanya yang bijak mampu merubah segalanya. Kenapa harus Tok Guru saja yang bangun mempertahankan setiap apa yang berlaku. Bangunlah juga wahai pimpinan. Tunjukkanlah juga bahawa anda bersatu, buktikan dengan tindakan jangan hanya suara dari belakang yang anda juga menyanyangi Tok Guru, dan sudah tentu Kerajaan Islam hari ini.i,"
Puan,
Saya faham perasaan puan. Sayangkan ayahanda dan suami tercinta. Tetapi kemelut ini, adalah ciptaan suami puan dan secara indirectly, ayahanda puan sendiri.
Mungkin pemimpin lain berbeza pendapat dgn puan dan suami.
Mungkin pemimpin lain mahukan perubahan dalam pentadbiran PAS yg selama ini diterajui oleh ayahanda puan.
Jadi, jika pendapat tidak selari dgn pendapat puan, adakah mereka perlu mempertahankan pendapat puan?
Apakah sekiranya tiada Nik Aziz dan Ariffahmi di dalam PAS, tiada lagi parti PAS di Malaysia?sudah tentu tidak....PAS adalah organisasi, bukan monarki!!...
Jadi, tolonglah...
See the big picture.
Yang sayang suami dan ayahanda puan, adalah puan sahaja. Pemimpin lain lebih sayangkn PAS. Untuk PAS melangkah lebih jauh, semua liabiliti perlu diselesaikan terlebih dahulu..
.
.
.
ps: n please no more making fool of yourself. kasihan kepada pemimpin2 PAS yg lain, makin sukar kerja mereka untuk menahan serangan. Apa yg mereka ingin jawab jika ditempelak, '
'ahli2 PAS ni penakut semuanya, cth ariffahmi, ada ke menyorok belakang bini? berani buat berani tanggunglah. Memanipulasi wanita betul!! '
Saturday, November 28, 2009
Dont Wash Your Dirty Linen in Public!!..PAS dan panglima perempuannya
apa pendapat kwn2 sekalian?
3. Puan dengan jujurnya memberi pengakuan bahawa ayahanda tercinta begitu ingin mengamalkan kronisme dengan berusaha gigih melantik menantunya sebagai CEO PMBK. Mengutarakan sehingga empat kali dlm tempoh setahun...
4. Puan dengan bangganya mengakui bahawa keputusan-keputusan hal negeri Kelantan adalah dibuat oleh ahli keluarga Puan sahaja di meja makan yang mana sepatutnya dilakukan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah.
5. Puan amat berkeyakinan tinggi dgn kebolehan suami tercinta;
'..Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran..'
'..saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya..'
Puan kalau suami anda bijak, sukakan cabaran, maju ke hadapan utk kesejahteraan negeri kelantan, mengapa tidak ke sektor swasta sahaja?wujudkan syarikat konglomerat yg digeruni. jana ekonomi kelantan yg lembap tu...wujudkan peluang pekerjaan kpd anak anak kelantan... tak perlu mereka terpaksa merantau untuk cari makan?
mengapa CEO PMBK juga yg disandang? dan mengapa luahan tak puas hati ini keluar berikutan suami puan terpaksa letak jawatan? takut elaun puan kena potong kah?
6. Puan Nik Amalina mengkontradiksi dirinya dgn berkata,
'..Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam..'
Puan sendiri tahu syaitan terlalu kreatif. tapi Puan masih menurut kehendak syaitan dgn mengaibkan Kickdefella dgn kutukan-kutukan yg ingin menjatuhkan sehingga peribadi isteri beliau juga turut diheret sama.
7. Puan, hearsay kalau sentiasa disebut, boleh jadi fitnah tau!
8. Puan Nik Amalina amat percaya dgn 'kebenaran' yg diyakini itu tidak boleh disangkal dan diganggu-gugat lagi oleh sesiapapun.
9. Tapi Puan Nik Amalina ini corner sikit keyakinan tak berbelah bahaginya itu dgn ayat ini,
PS: Diam itu lebih pintar. Tahniah, dgn luahan ini anda telah menelanjangkan lagi keburukan ayahanda, suami anda tercinta . Itukah yg anda mahukan?
mendedahkan bagaimana didikan TGNA terhadap anak-anaknya yg mengumpat isteri org secara online?
juga bukan satu , malah sebelas perenggan pertama yg ujub dan takbur terhadap diri dan keluarga.... Ini menunjukkan betapa sempitnya mindset anda.
menunjuk betapa tidak matangnya anda sebagai anak seorg ahli politik yg dihormati.
berbalas2 tuduhan dgn kickdafella?padahal anda dgn kickdafella tu bukan org lain, saudara sepupu (ibu kickdefella merupakan sepupu nik aziz). agaknya anda suka perbalahan keluarga ini menjadi tontonan umum bagai cerekarama tv dgn plot yg lebih mendebarkan?
Atau selepas ini anda tidak mengaku ini tulisan anda? (biasalah, mcm kes bai'ah jugak...dulu bukan main megah mengaku, bila persepsi buruk terus ckp tak tahu)...
Walaupun begitu, mungkin saya juga percaya kerana gaya tulisan ini mirip Nik Abduh yg selalu mendepang dada titlenya sebagai anak tok guru.
.
PS II : Saya tertanya-tanya akan motif YB Dr Siti Mariah menyiarkan warkah ini di dlm blognya.
1. Apakah beliau sememangnya ignorance terhadap implikasi pandangan masyarakat surat ini,
2. Mungkin beliau tidak baca sepenuhnya apabila diminta oleh Pn Amalina utk mempublishkn tulisan beliau, main copy paste sahaja (ye lah, panjang berjela2 dgn tiada isi yg kukuh),
3. Mungkin tujuan beliau ingin meraih simpati ahli dan menyokong Pn Amalina, tetapi tersilap perhitungan.
3.Mungkin juga beliau tidak berapa suka dgn Nik Amalina ini lalu mendedahkan warkah ini kepada umum ( yg sepatutnya dibaca oleh muslimah2 PAS shj)
Apa jua alasan Dr Siti Mariah, ternyata beliau tersilap percaturan...(saya rasa beliau bakal dikambinghitam jika Pn Amalina tak mahu mengaku apa yg ditulisnya!)..
PS III : hairan ya, mengapa Pn Amalina tidak menumpang blog kakandanya Nik Abduh? mereka kan adik beradik?...mengapa dikenenkan kpd Dr Siti Mariah pula?
Thursday, November 26, 2009
Kronisme Parti Pembangkang...
pengarang@utusan.com.my
Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme.
Biar apa pun alasan yang diberikan, namun amalan itu jelas menjadi amalan mereka.
Sedangkan pihak pembangkanglah yang mula-mula membangkitkan soal kronisme dan nepotisme. Atas nama integriti dan kebertanggungjawaban atau akauntabiliti, mereka mengkritik, menghentam dan mengecam apabila ada pelantikan ke jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu dan pemberian kontrak serta agihan saham.
Pada hujung tahun 1990-an, muncul pihak-pihak tertentu yang menggunakan elemen kronisme ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan BN. Matlamatnya adalah untuk mengetepikan kepimpinan ketika itu.
Soal pemberian kontrak dan jawatan kepada kawan-kawan, saudara mana, anak dan menantu sering dibangkitkan walaupun sebahagian besarnya tidak berasas dan tiada bukti.Ia tidak terhad kritikan sahaja. Tetapi turut membabitkan serangan peribadi hingga sampai ke tahap mengaibkan.
Namun semua itu diterima dan dianggap wajar oleh pembangkang kerana ia memberi kelebihan kepada mereka.
Dalam politik setiap orang sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat dan cita-cita tanpa mengira dasar perjuangan parti.
Matlamat menghalalkan cara merupakan perkara biasa. Apabila orang lain buat ia merupakan satu dosa. Namun apabila membabitkan diri sendiri ia halal dan dikatakan berasaskan merit.
Krisis terbaru dalam Pas membuktikan kronisme menjadi amalan dalam parti itu. Biar seseorang itu bertaraf ulama dan dipanggil dengan panggilan Tok Guru namun apabila sampai masa untuk mengisi jawatan-jawatan penting, anak dan menantu pasti menjadi keutamaan.
Jika dilihat daripada aspek biologi, memang sudah menjadi lumrah setiap makhluk di dunia ini untuk memberikan keutamaan kepada individu yang rapat dengan mereka. Jika bapa berkuasa ia pasti akan memberikan keutamaan kepada anak-anaknya. Jika anak-anak tidak layak atau tidak berminat maka menantu akan menjadi pilihan.
Oleh itu apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melantik menantunya Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ia bukan sesuatu yang luar biasa. Nama pun Perbadanan Menteri Besar, sudah tentu bukan satu kesalahan jika ia diterajui oleh menantu Menteri Besar.
Ini merupakan fitrah dan lumrah manusia. Sesuatu jawatan penting dalam agensi di bawah kerajaan negeri terutama yang membabitkan kewangan dan pelaburan tentu lebih baik diberikan kepada orang yang boleh dipercayai.
Dalam kes PMBK, sudah tentu Nik Abdul Aziz lebih mempercayai menantunya kerana beliau lebih mengetahui hati budi Abdul Ariffahmi berbanding orang lain.
Seperti kata Nik Abdul Aziz, menantunya itu mempunyai kelayakan daripada segi merit untuk menjawat jawatan itu.
Tetapi Mursyidul Am Pas itu mungkin tidak sedar, apabila bapa mertua melantik menantu dalam mana-mana jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang dipimpinnya ia dinamakan kronisme.
Bukankah Pas dan parti pembangkang lain amat kuat menentang hal yang berkaitan dengan kronisme dan nepotisme ini?
Jika sebelum ini mereka membantah amalan kronisme, mengapa pula sekarang mengamalkannya?
Apabila sudah amalkan kronisme maka kenalah terima kritikan dan bantahan daripada rakyat. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas itu ibarat ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Atau lebih jijik lagi, menjilat ludah sendiri.
Kalau diamati dan diteliti, amalan kronisme ini bukannya berlaku dalam Pas sahaja. Ia juga merupakan perkara biasa dalam DAP dan PKR.
Dalam DAP misalnya, boleh dikatakan sebahagian daripada wakil rakyatnya mempunyai pertalian darah. Ia sama ada anak dan bapa atau menantu dengan mertua. Tidakkah ini merupakan satu amalan kronisme yang dahsyat hingga menghalang peluang orang lain untuk sama-sama berbakti kepada rakyat?
Kalau individu itu bukan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu amat sukar untuk mereka menjadi wakil rakyat. Jika dipilih sekalipun, ia adalah atas usaha dan kerja keras mereka.
Tetapi jika individu terbabit merupakan anak atau menantu kepada pemimpin tertentu, mereka tidak perlu membuktikan apa-apa. Tiba-tiba sahaja nama dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya. Selain itu, jawatan tertinggi juga boleh diwariskan kepada anak-anak seperti sistem monarki.
Kononnya media membangkitkan hal-hal remeh yang tidak perlu dan tidak ada kaitan. Di mana tidak perlunya - kalau menantu seorang menteri besar dalam sekelip mata menjadi CEO sebuah agensi penting? PMBK merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap perjalanan kewangan dan pelaburan kerajaan negeri.
Sebab itu apabila menteri besar melantik menantu menerajuinya, sedikit sebanyak sudah tentu timbul kemusykilan. Jika Nik Abdul Aziz merasakan pelantikan itu telus dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, beliau tidak harus bimbang dan tidak perlu pula melenting. Malah Abdul Ariffahmi jika telus, tidak perlu meletakkan jawatan.
Monday, November 23, 2009
Thursday, November 12, 2009
Bai'ah PAS Siri 2
apelah salahnya kalau bersikap gentleman sikit....mengaku kesalahan yg dibuat...
ini tak....
sama ada tak ngaku buat (padahal sebenarnya buat)
atau pun tak ngaku apa yg die buat tu salah dan bg lah mcm2 hadis yg takde kena mengena....
anyways... ini sedutan rakaman ADUN Semanggol sekitar PRK Bukit Gantang yg lepas...rakaman ini telah dirakamkan secara tidak sengaja oleh seorg yg membuat liputan psl PRK....
.
.
nilailah sendiri....
Monday, November 9, 2009
Bai'ah PAS.....
Soldiers put their lives on the line.
PAS put their WIVES on the line...
tidak mahu komen dr segi teknikal agama.....
tapi, come on lah, nak berjuang Islam, jihadlah ,fisabilillah konon, tapi bukan nak pertaruhkan nyawa SENDIRI ,mereka pertaruhkan BINI?!!
Apa punya dayus dan desperate pemimpin PAS ni?
Dayus sungguh sehingga
Terpaksa pertaruhkan bini utk percaturan menjadi calon wakil rakyat? Di mana korang letak taraf isteri korang? setaraf harta benda yg boleh digadai sesuka hati?.....rendahnya darjat isteri2 pemimpin PAS.!!
Rujuk balik sirah Rasulullah, bagaimana baginda mengangkat dan memuliakan martabat wanita...
Desperate sungguh sehingga
pemimpin2 PAS sehingga memerlukan bai'ah yg boleh menggugat institusi keluarga untuk menjamin kesetiaan ahli2nya.....takde cara lainkah untuk menjamin kesetiaan ahli? atau sememangnya pemimpin PAS tahu jika tidak berbai'ah begini, ramai yg akan angkat kaki drpd PAS?
enough said...renung2kanlah sendiri...
.
.
p/s: org jepun ada harakiri, org PAS perjudi nasib bini (dia dgn senang nya boleh lepas tggjwb dan kahwin lagi),
agak2 mana yang lebih menakutkan?
Tuesday, November 3, 2009
Isu penangkapan Dr Maza
Saya tidak rasa begitu. Walaupun Dr Asri seorang yg dikenali dan disegani, beliau tidak kebal drpd peraturan. JAIS dan MAIS memperuntukkan bahawa semua pendakwah perlu memohon dan ditemuduga untuk mendapatkan surat tauliah jika mahu memberi ceramah kpd awam di negeri Selangor. Jadi peraturan sebegitu haruslah diikuti. JAIS dan MAIS mempunyai alasan sendiri mengapa mereka menetapkan sebegitu.
persoalannya sekarang, Dr Asri mmg sedia maklum tentang perkara tersebut, tetapi sengaja memandang enteng. Apakah akan terlerai ilmu dr badannya kalau menghadiri temuduga oleh MAIS dan JAIS? Apakah pandangan kita sebagai rakyat biasa ni melihat org2 yg kita hormati melanggar undang2 sewenang2nya malah dibidas dan diperlekehkan pula peraturan tersebut?
dah kalau org besar2 pun buat tak tahu dgn undang2, mcmana kita mahu membanteras gejala sosial yg berleluasa? Mahukah kita dgr mat2 rempit yg suka membawa motor secara bahaya dan tana lesen mengatakan,
"Alah, Dr Asri yg kuat agama pun boleh langgar peraturan, nak ceramah takde surat tauliah....kita ni ikut je lah! setakat bwk motor takde lesen apelah sangat. mmg hobi kami bwk motor laju2"
Jika tidak mahu memohon dan hadiri temuduga, tak mengapalah. Tidak semua negeri di Malaysia menetapkan peraturan itu. Jadi, boleh saja Dr Asri memberi ceramah di mana2 asalkan tidak di Selangor.
Kalau dah salah, mengaku saja salah..manusia mmg tak lari dr kesilapan. anda akan lebih disegani jika mampu mengaku salah cara terbuka...mengapa mahu pertahankan ego yg tinggi itu? Kalau kita turut resam padi, org akan lebih hormat daripada kita menurut resam ayam...
Tapi jgnlah kata berceramah memerlukan surat tauliah itu undang2 penjajah! Mari saya beri perumpamaan yg lebih simple,
Adakah memandu kereta memerlukan lesen juga undang2 penjajah? Lalu bagaimana? biar sahaja org membawa kereta sewenang2nya siapa2 pun boleh bawa hatta anak kecil umur 10 tahun?Apa natijahnya nanti jika memandu tak memerlukan lesen? bukankah akan lebih menghuru-harakan jalan raya kita yg sedia huru hara ni?
Kalau mahu juga bawa kereta tanpa lesen, silakan ..tapi kalau dah kena tahan polis, jgnlah kecoh satu malaysia!!!
Thursday, October 29, 2009
Kenyataan Yg Mengelirukan Drpd Nik Aziz
lain mcm kan bunyinya?
Allah melihat trilion2 manusia, nampak seorg manusia bernama Muhammad Bin Abdullah utk dipilih menjadi nabi bila umur 40 tahun?
Astaghfirullahal 'azim
Bukankah
Di saat Adam as. mendekati Siti Hawa, beliau ingin memegang Siti Hawa, tiba tiba terdengar suara: "Wahai Adam, bersabarlah!, sebab pergaulanmu dengan Hawa tidak dihalalkan kecuali dengan mahar dan nikah." Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada seluruh penghuni Syurga, menghiasi Syurga dengan seindah indahnya. Setelah itu Allah memerintahkan kepada semua Malaikat di langit berkumpul di bawah pohon bernama Thuubaa. Semua malaikat pun berkumpul di sana.
Kemudian Allah berkhutbah: "Alhamdulillah pujian untuk-Ku, dan keagungan adalah selimut-Ku, kesombongan adalah selendang-Ku, seluruh makhluk adalah hamba hamba-Ku. Aku menjadikan malaikat malaikat dan penghuni langit-Ku sebagai saksi. Aku kahwinkan Hawa dengan Adam dengan mas kahwin dan tasbih serta tahlil atas-Ku."
Kemudian pelayan pelayan Syurga dan para malaikat menaburkan mutiara dan delima, lalu Siti Hawa mereka serahkan kepada Adam as. Siti Hawa meminta maskahwinnya daripada Adam. Maka Adam as. berkata: "Ya Allah apakah yang harus aku berikan kepadanya, emas, perak atau permata? Allah berfirman: Bukan Wahai Adam as."
Adam bertanya lagi: "Apakah aku harus berpuasa, solat atau mengucapkan tasbih untuk-Mu? Allah berfirman: Bukan wahai Adam. Adam bertanya lagi: Ya Allah, apakah yang harus aku lakukan? Allah berfirman: Mas kahwin Siti Hawa iaitu engkau membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi dan kekasih-Ku Muhammad penghulu seluruh Rasul."
Allah SWT berfirman kepada Adam as.: "Berilah selawat kepada Muhammad supaya Aku halalkan Hawa bagimu. Kepada umat Muhammad Allah berfirman: "Shollu Alaihi Wasallimu' berilah selawat dan salam untuknya. Berilah selawat kepada Muhammad, agar Aku haramkan neraka bagi kamu, dan berilah salam kepadanya, agar Aku halalkan Syurga untuk kamu.
sumber : http://arkibartikel.100webspace.net/main.php?mode=Adam_dan_Hawa http://hikmatun.wordpress.com/2008/01/06/nabi-adam-as/
Sedangkan Mahar untuk manusia pertama mengahwini wanita pertama telah diminta untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad?Lama sebelum Nabi Muhammad dilahirkan lagi.
dan bukankah semasa kelahiran Baginda, banyak tanda2 kenabian terjadi? Semasa Baginda kecil ketika berjalan, dilindungi awan? Dibelah perutnya ketika bersama ibu susunya...banyak lagi tanda2 kenabian yang direkodkan dan diceritakan.
Bagaimana Nik Aziz boleh kata Allah pilih daripada trilion2 manusia seorg budak kampung bernama Muhammad? dan Muhammad bin Abdullah semasa sebelum 40 tahun serupa macam Mat- Mat kampung di sini? mcmanan Nik Aziz boleh serupakan Nabi Muhammad SAW yg kita dituntut berselawat ke atasnya SAMA dgn Mat2 yang lain?
Bukankah sedari kecil Baginda telah dipelihara dengan sifat2 terpuji dan maksum?
Sama ke dgn Mat-Mat di sini yang tidak lari daripada melakukan kesilapan manusia biasa?
yang suka hiburan, yang merempit, mcm manusia2 akhir zaman ni?
Sedangkan nama Mat-Mat yg kat sini pun diambil sempena nama Rasulullah SAW...mcmana boleh kata sama serupa?
Kenapa mcm tu sekali perbandingan Nik Aziz? Seolah2 merendahkan martabat Nabi yg kita semua sanjung2kan.....
post skrip:
nanti org PAS akan komen, ko tak faham bahasa kelantan mcm tu lah jadinya, Nik Aziz maksudkan ikut ilmu tajdid lah ape lah itu lah...sebelum menyelar nik aziz, belajar ilmu agama dalam2 dulu....dan mcm2 alasan mempertahankan nik aziz.
pada saya, kalau nak berdakwah, biarlah org faham apa yg didakwahkan itu. Kalau selalu sahaja menimbulkan kekeliruan, lebih baik lah diam sahaja daripada terus2an mengelirukan sehingga boleh membawa kepada terpesong akidah org lain.
apa yg saya nak katakan di sini ialah, Nik Aziz hanya manusia biasa, tidak lari dr melakukan kesilapan.sama je mcm nik nik lain yang ada kat kelantan tu....
Monday, October 26, 2009
hmm...PAS lagi!
PAS Melaka dakwa isu EGM mainan UMNO
MELAKA 25 Okt. - Pas Melaka mengambil pendekatan tunggu dan lihat cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan sama ada pemimpin Pas yang prokerajaan perpaduan diterima atau ditolak daripada parti itu.
Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, ini kerana beliau tidak melihat sebarang masalah di dalam parti, sebaliknya mendakwa isu EGM tersebut merupakan mainan UMNO terhadap Pas.
Menurut beliau, pihaknya sehingga kini tidak mendengar sebarang permasalahan di dalam Pas dan tiada apa yang patut dibersihkan.
"Ini semua (EGM) tiada apa. UMNO yang patut dibersihkan. Ini mainan mereka dan saya tak mahu komen kerana pasti akan timbulkan banyak masalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sedihnya dengan pemimpin PAS!
Wahai ahli PAS Melaka,
Mursyidul Am kamu yang nak buat EGM, UMNO jugak yg salah?....tak masuk akal betul!! Takkan lah tiada seorg pun antara pimpinan PAS Melaka yg baca blog tok guru yang amat kamu sayangi tu?
Org2 UMNO pun pandai baca blog tok guru kamu..Kalau tok guru kamu tak tulis dlm blognya yg beliau mahu buat EGM untuk membersihkan dua tiga kerat pemimpin pro perpaduan, takkanlaah isu boleh tiba2 hangat?
Inikah contoh pemimpin cemerlang, tawaduk, ulama' PAS?
......
saya rasa mmg tiada keperluan pun untuk buat EGM PAS hanya kerana rasa tak puas hati 'seorang' pemimpin terhadap pandangan pemimpin lain.
MCA nak buat, PAS pun nak buat juga
Seolah2 ingin meraih publisiti murahan.
MCA buat sebab ada antara pemimpin mereka melanggar etika moral yang serius dan hanya itu sahaja jalan penyelesaian.
PAS kenapa pula tiba2 nak buat EGM? adakah 'beberapa kerat pemimpin' itu mempunyai masalah moral atau melanggar etika perlembagaan PAS sehingga ingin dibersihkan pula?
Apakah PAS sebenarnya satu parti yang Autokratik sehingga tiada seorg pun pemimpin yang boleh mempunyai berlainan pendapat dengan pemimpin tertinggi PAS?
Atau adakah PAS ini milik individu seseorg sehingga boleh membuat apapun yg disukainya? kalau xdgr ckp, buang jer...g la masuk UMNO...jgn malu2.....dgn ahli sendiri boleh ckp begitu.
Tp bila bab pertahankan Islam depan sahabat2 pakatan, tak pula begitu caranya...biarlah arak tu dijual di Shah Alam (walaupun selama2 ini mmg sukar untuk mendapatkan arak di Shah Alam seperti di 7 eleven)....takpe mereka hina Islam, sebab mereka tak tahu pun Islam tu apa....
begitukah?
Sayang, PAS adalah parti kedua terbesar di Malaysia.
Jgn hanya kerana ingin menurut nafsu cita-cita kuasa 'seseorang' itu, PAS menjadi kucar kacir.
p/s :
antara sbb saya memilih berkecimpung dlm UMNO:
pemimpin UMNO tidak pernah merasakan UMNO milik mereka. tidak pernah keluarkan ayat umno ni saya yg bangunkan, saya yg majukan, hatta Dato' Onn sendiri! Semuanya akan cakap, 'kita' atau 'kami'....
tiada seorg pun ahli UMNO yg menghakmilikkan UMNO sebagai milik peribadi mereka!
tapi PAS?
"pas ni parti saya, saya yg siram, saya yang baja, saya yg pagar. saya nak buat EGM untuk parti saya!"
"kalau pas pecah, pecah g lah! yg penting hasrat saya nak buat EGM"
.
.
Thursday, October 22, 2009
PAS Meroyan Part II....
DPP pertimbang bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa
Hazayani Zakaria
Wed | Oct 21, 09 | 4:31:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan membawa isu undi pos dalam pilihan kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa jika Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan mereka hari ini.
Ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan mengambil contoh yang dilakukan pihak pembangkang di Afghanistan yang membuat aduan ke peringkat antarabangsa mengenai penyelewengan pilihanraya negara itu sehingga berjaya membatalkan lebih sejuta undi yang berpihak kepada Presidennya, Hamid Karzai.
"Jika memorandum yang kita hantar hari ini tak datangkan hasil positif dari pihak SUHAKAM, kami (DPP) melalui lajnah guaman PAS akan teliti ruang untuk kita bawa perkara ini ke peringkat antarabangsa."
"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemantau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.
Sembilan aduan itu adalah mengenai sistem undi pos yang longgar, kecurigaan terhadap peti undi MINDEF, penggunaaan daftar pemilih yang berbeza, ejen undi pos tidak dapat melaksanakan tugas, pengundi bertindan, pengakuan bekas anggota tentera berpangkat sarjan bahawa beliau pernah mengundi BN bagi pihak orang lain, cara serahan sampul keutamaan, pengambilan sampul keutamaan di luar waktu mengundi dan Menteri BN berkempen dalam kem tentera.
Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Bagan Pinang dalam aduannya mendakwa terdapat 253 pengundi yang mempunyai dua nama dalam daftar pemilih.
"Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah diwartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan."jelasnya.
Berhubung kes yang turut menimbulkan keraguan iaitu peti undi MINDEF, Suhaizan berkata, selepas proses penyerahan pada 7 dan 8 Oktober lalu, sampul keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF.
Selepas proses pengiraan pada 11 Oktober, PAS tidak mendapat sebarang undi di peti undi 14, 15 dan 16.
"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.
Beliau turut memberitahu, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang 9 Oktober lalu.
"Saya nak gambarkan itulah bentuk serahannya. Bentuk serahan ini sangat mudah untuk dimanipulasi," katanya.
Sehubungan itu, DPP meminta SUHAKAM mengadakan siasatan awam bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Siva Subramaniam dalam responnya berkata, beliau akan memanjangkan aduan berkenaan kepada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman dan pesuruhjaya yang lain sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.
Ujarnya, SUHAKAM sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.
Dalam pada itu, Nasrudin berkata, DPP tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menghapuskan undi pos yang tidak menunjukkan pencapaian yang bersih dalam sistem pilihanraya di Malaysia.
ish.. ish... ish...
tak habis-habis lah PAS ni....
ulasan saya :
"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS?
1. munasabah je. Kalau dia tak sokong kerajaan, buat apa jadi tentera?...mcmana nak pertahan negara kalau tak setia kepada kerajaan?
Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.
1. nak harapkan undi daripada tentera. tapi nik aziz ckp chin peng nasionalis. Abg2 tentera kita bermati2an berperang halau komunis sehingga awal 80-an tau. senang2 nak mintak beri pengampunan kepada chin peng. Kalau tuan2 anggota tentera, tuan2 marah tak dgn gerakan ingin bawa pulang chin peng yg diperbesar2kan oleh pakatan rakyat?mesti lah marah
2. mcmana mereka nak undi PAS bila PAS selalu sahaja Kutuk sistem perundangan, kehakiman, polis, FRU , tentera Malaysia habis-habisan. Cakap senang kena rasuah lah. tak betullah, tak adillah.....bila demonstrasi, provoke lah semua FRU, Pasukan askar simpanan yg bertugas...sepak2 perisai mereka mcm marah betul dihalang oleh abg2 pasukan uniform nih.....
"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemantau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.
1. Bila baca ni, teringat masa belajar sejarah zaman kesultanan2 melayu dulu bergaduh adik beradik , lepas tu mintak pertolongan org luar. krisis terengganu kelantan mintak tolong siam. yg kedah, mintak campurtangan British. British hantar orang dia soh jadi Residen. Letak kat semua negeri Beraja.Last2 Tanah Melayu kena jajah......
2. adakah kita mahu sejarah berulang kembali? adakah tindakan PAS ni seperti Si Kitul? di zaman Kesultanan Melayu Melaka yg mengadu kepada Portugis. Apakah org luar semestinya lebih baik daripada org2 di Malaysia ni? Apakah org2 di Malaysia tak pandai uruskan hal ehwal negaranya sehingga terpaksa minta campurtgn org luar?
3. mengapa PAS berkelakuan seperti kanak2? seringkali 'crying foul' jika mereka kalah dlm pertarungan? pasal royalti minyak pun, nak ngadu kt mahkamah antarabangsa (tapi sampai sekarang senyap je)...pasal bagan pinang nak mengadu kat badan demokrasi antarabangsa...
asal kalah je, dengar PAS nak bawa kes untuk campurtangan orang luar. ada saja alasan, isu yg direka untuk tarik perhatian....tapi bila kemenangan berpihak pada dia, senyap pulak...SPRM telus dan berkaliber dan tidak meragukan pun?, mahkamah pun adil..
4. masih tak boleh terima qada' dan qadar kah? adakah ketentuan ALLAH hanya diterima jika PAS di pihak yang menang sahaja? ajaran Islam apa yg dibawa PAS kalau begini cara nya yang diperlihatkan kepada umum?
.
.
Tuesday, October 20, 2009
PAS Yang Meroyan....
Tahniah Tan Sri Isa Samad, atas kemenangan beliau tempohari...
syabas, kepada para pengendali, perayu undi, penceramah, pendengar ceramah, penduduk dan yang menjalankan kerja-kerja pembersihan selepas tamat satu ceramah atau perjumpaan.
'Bersatu hati (walaupun berlainan pendapat) akan Membawa Hasil Yang Positif'
tapi....
ada juga berita yg tak enak didengar saya terbaca dalam harakah daily, berbunyi begini:
Serah kotak undi pos di pasar raya? PDF
Posted by admin
Sunday, 18 October 2009 01:11
(Harakah Daily) - Wajarkah beg undi pos diserahkan kepada pihak terbabit di pasar raya? Tetapi itulah yang berlaku dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan tidak sedia menyahut cabaran debatnya.
Ianya termasuk bukti penyerahan beg undi pos berdekatan pasar raya Telok Kemang, yang menurut dakwaannya sebagai sesuatu yang meragukan.
"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.
"Maka tiada jaminan ketelusan pada sistem undi (pos) yang longgar...SPR pun susah pantau, apatah kami (PaCa - agen pengiraan undi dan pengundian)," tegasnya.
Sambil memberi tempoh jawapan sehingga Selasa depan, Suhaizan nekad turun padang untuk menjelaskan kelemahan sistem perlaksanaan undi pos tersebut sekiranya debat tersebut gagal.
"Beberapa kawasan yang terdapat undi pos telah dikenal pasti...(seperti) Setiawangsa, Kluang, Lumut dan Pekan yang diwakili Perdana Menteri sendiri untuk kita turun jelaskan kepada rakyat tentang (sistem) undi pos yang lemah jika debat gagal," tegasnya.
Menurut blog peribadinya, kentong-suhaizan, beliau turut mempersoal beberapa perkara yang meragukan pada sistem undi pos yang didakwanya tidak telus.
Antaranya, soal kesukaran pengundi pos (tentera) mendapatkan kertas undi.
Selain itu, beliau meminta SPR menjelaskan kaedah pemantauan proses pengundian pos yang begitu longgar, agar terjamin ketelusannya.
Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos di keputusan undi pos bagi Dun Bagan Pinang sesuatu yang diragui.
9 Oktober lalu, PAS mendesak diberhentikan serta-merta ke atas proses pengundian undi pos kerana terdapat ratusan pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih awam dan tentera (pos).
Ekoran itu, PAS mengadakan tiga pertemuan bersama SPR dan membuat dua laporan polis.
Namun, tiada sebarang insiatif susulan yang positif dilakukan.
ulasan saya,
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan sedia menyahut cabaran debatnya.
1. Habis, kalau MB N9 tak nak debat dengan dia, dia tak dedahkanlah? bukti-bukti yang dia dakwa ada tu dia nak buat apa? campak laut??!!...
2. Ingat Datuk MB nak layan ke mamat ni? buang masa je...
3. jadi, mmg takkan terbongkar lah apa yg didakwanya tu, sbb Datuk MB takkan debat dengan mamat tah sape2 ni... haha, bagus betul pusing ayat...
"Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya...bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.
Sumber Malaysiakini 7.13 pm menyatakan,
http://www.malaysiakini.com/news/114732
6.59pm Rasmi, BN juga mendahului PAS dengan jumlah yang besar bagi undi pos. Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 3,521 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 601 undi. Pada pilihan raya umum lalu, BN memperolehi 1,891 undi, sementara PAS pula 1,189 undi pos.
2. Maknanya pukul 7.30pm, undi pos mmg dah siap dah dikira. sebb 6.59pm dah diumum secara rasmi.
3. Jadi yg mamat ni g kedai pukul 7.30 pm dan nampak anggota tentera ngn peti tu mungkin
a. peti kosong je
b. peti mengandungi surat2 rasmi ketenteraan. takde kene mengena ngan pilihanraya pun
c. mungkin juga dia mereka2 cerita je nih....
ini petikan dari blog die http://kentong-suhaizan.blogspot.com (kelentong suhaizan?)
saya dan rakan-rakan membuat intipan bagaimana serahan kertas undi ini dibuat. Akhirnya saya dapati serahan telah dibuat oleh bebarapa anggota tentera berdekatan dengan Pasar Raya pada jam 7.30 malam.
1. kalau nak buat intipan tu, ajak la SPRM sekali. Dia sendiri memandai-mandai, apa kredibiliti dia ada?
2. mesti ada video bukti, kalau benar dia buat intipan.....tapi, ye lah dia ckp kalau nak bukti, MB kena debat dgn die dulu......ahaks....biasanya, bukan kalau ada bukti, bawak je g mahkamah ke?.... nak kena tunggu2 pulak....
Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya di bawah ni:

BN mendapat 8,013 undi berbanding PAS yang hanya mendapat 2,578 undi untuk majoriti 5,435.
Kalau ditolak undi pos, BN mendapat undi 4,492 dan PAS mendapat 1,977 untuk majoriti undi bukan pos sebanyak 1,914 undi dan kemenangan masih kepada Isa.
dan
konon2 semua tentera yang undi BN tu tak undi BN dan rosakkan undi, sebanyak 3531 tetapi 601 undi pos PAS dikira
PAS tetap hanya mendapat 2578 manakala BN mendapat 4492 , masih menang dengan majoriti yang besar.....
jadi, apa yg kecoh sgt psl undi2 pos ni?....
PAS kan parti berteras islam? pernah tak dgr qada' dan qadar?....
kalau dah kalah tu, tak yah la melalak mcm budak2 mintak susu,
give in gracefully la....
mcm BN buat masa kat permatang pasir, rileks je...kalah pun, senyum je.....
terima je qada'dan qadar darpad ALLAH....
kita hanya boleh merancang, yg tentukan bukan kita...
takde meroyan sana sini ckp SPR tak telus , meragukan pun, PAS bwk 2 lori pengundi hantu?....
jgnlah takbur sangat..ckp ini salah, itu tipu....kalau tipu ke salah ke, kalau ALLAH nak bg kemenangan kpd PAS, itu semua bukan halangan pun......
ps:
kalau baca harakah, mmg lg teruk la drpd mesyuarat tingkap mkck2 minah dan akak2 leha kita, die punya menuduh, mengutuk, syak wasangka jahat...mcm plot cerekarama pun ada ......

