Tuesday, September 8, 2009

Jelajah Amal Ramadhan 1430H


kereta siapa yg hensem sgt ni?.... . siap bwk lori tu..bukan bwk beras je, mcm2 brg ada..


ketua puteri kita........ ........ ... . salah sebuah rumah di skudai kiri


di sungai danga..... .......... . ...... . . di skudai kiri


balai raya tmn anggerik, geng ibu tunggal.... . pu3 tgh plan nak ke mana lepas ni


6 September 2009- Puteri UMNO Bahagian Pulai dengan usahasama Biro Pembangunan Sosial UMNO Bahagian Pulai dan Jabatan Hal Ehwal Khas, JASA telah mengadakan 'Jelajah Amal Ramadhan 1430 H' pada 6 September 2009. Program yang diadakan secara tahunan ini adalah di bawah Biro Agama dan Pembangunan Sosial, Puteri UMNO Bahagian Pulai.

Menjelang kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, Puteri UMNO Bahagian Pulai telah berusaha mengumpulkan jumlah fidyah daripada individu-individu yang terlibat sebelum menunaikan ibadah puasa. Ini kerana, ada individu -individu yang berasa segan untuk membayar denda kepada wakil-wakil rasmi JAIS namun mereka ingin menunaikan kewajipan itu. Justeru, Puteri UMNO Pulai sedia menjadi medium perantaraan kepada golongan-golongan tersebut. Selain itu, kami juga berkunjung ke rumah individu yang tidak mampu untuk keluar menunaikan fidyah kerana terlalu uzur.

Sejumlah wang yang bersamaan dengan 50 kampit beras telah berjaya dikumpul. Jumlah fidyah yang dikutip adalah berdasarkan harga beras semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIS). Selain itu juga, terdapat sumbangan daripada individu-individu budiman yang berhasrat agar Puteri UMNO Bahagian Pulai dapat mencari penerima yang layak di kawasan Pulai. Kini, tibalah masanya Puteri UMNO Bahagian Pulai mengagih-agihkannya kepada golongan yang kura berkemampuan, ibu tunggal atau anak-anak yatim dalam kawasan Parlimen Pulai, sama ada di DUN Kempas atau Pengkalan Rinting.

Menurut Hirul Fahdiyah, Ketua Puteri Umno Bahagian Pulai, tujuan program ini diadakan adalah sempena mengambil keberkatan Bulan Ramadhan di samping membuka ruang untuk ahli-ahli UMNO Bahagian Pulai beramal di samping menziarahi penduduk. Sejajar dengan slogan puteri iaitu 'Generasi Wanita Prihatin', beliau berharap agar program ini menjadi suatu wadah kepada ahli-ahli puteri lain untuk belajar mendekatkan diri dan meninjau keadaan penduduk -penduduk di dalam kawasan Pulai khususnya.

Turut hadir sama dalam program ini ialah, Saudara Ramlee Bohani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai untuk bersama-sama mengagih-agihkan jumlah fidyah terkumpul dan juga sumbangan kepada 50 keluarga yang telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan tersebut.