Monday, December 29, 2008

Happy New Year!!...




Ya Allah,
Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan keinsafan kepada kami
berilah kami kekuatan iman dan ketabahan hati dalam menghadapi kehidupan
yang penuh warna ini
Amin...

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430H
.

Wednesday, December 24, 2008

Back To School Program




Program usahasama


Pergerakan Puteri UMNO Pulai

dan

Majlis Belia Daerah Johor Bahru,

dan

Persatuan Ulama' Malaysia

ini akan di adakan pada 3 Januari 2009. Bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Program ini adalah bertujuan untuk membantu serba sedikit

40 orang anak-anak yatim di kawasan pulai
persediaan mereka untuk kembali ke sekolah

antara yang menarik dlm program ini ialah :


Coloring Contest
( utk yang berumur 12 thn ke bawah)


English On Wheels
( terbuka 12 thn ke bawah)


Belajar Matematik Pantas
( terbuka kepada semua)




jOm dATaNg RaMAi-rAmaI?.....

IJN Privatisation...?

please dont hurt us.....


:sigh:

we should study audit report of IJN Holdings. that's why Sime Darby interested in IJN stakes.

yes,

not much of profit, but still a big chunk to bite. n yes, why give so much money to MoF to handle? just hand it over to Sime Darby's pockets. Government should not have so much money at stake. Government should rely on tax-payers only. not other big sources like IJN Holdings.

i wonder what would happened on PRU13 should IJN Holdings falls to Sime Darby's ?
.
.

Wednesday, December 3, 2008

Apabila Ketuanan Melayu Di Politikkan...

Kenyataan berunsur provokasi oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa

"Konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum, khususnya generasi muda.

Beliau berkata,"Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara
tuan (orang Melayu) dan hamba(bukan Melayu). Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu"

Hurm....betulkah konsep Ketuanan Melayu begitu fitrahnya?

Menurut Kamus Dewan,

"ketuanan’ bermaksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.

Istilah ‘ketuanan’ juga boleh digambarkan sebagai kedaulatan.


Jadi , konsep Ketuanan Melayu ini sebenarnya merujuk kepada sejarah,

bahawa negara ini pernah diperintah oleh Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan Tuan kepada TANAH MELAYU (Malaysia) ini.

Walaupun begitu, Raja-raja Melayu telah sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat dengan menerima sistem Raja Berperlembagaan.


Oleh itu, kenyataan dangkal bahawa "Ketuanan Melayu" tidak relevan atas alasan semua kaum menyumbang kepada pembangunan, atau hubungan tuan dan hamba hanyalah provokasi secara sengaja dan retorik keterlaluan oleh mereka yang tidak membuat 'homework' sebelum mengutarakan sesuatu topik dan tidak faham dengan apa yang mereka pertikaikan (kerana tiada kajian dibuat terlebih dahulu)

Ini kerana, Istilah Ketuanan Melayu TIADA kena mengena dengan kuota atau hak istimewa orang Melayu (Artikel 153) ataupun penyumbang-penyumbang pembangunan negara.

Adalah amat memalukan apabila anda sebagai rakyat Malaysia masih tidak faham dan tidak mengerti apa yang diistilahkan sebagai Ketuanan Melayu.

ps: Britain juga mempunyai konsep ketuanan, mengamalkan sistem raja berperlembagaan, mereka juga memberi hak-hak istimewa kepada rakyat mereka (pendidikan percuma dll), tapi mengapa ramai sahaja imigran daripada pelbagai negara berhijrah ke sana? Bukankah konsep 'ketuanan' ini tak relevan lagi?