Ya Allah,
Semoga tahun baru ini membawa keberkatan dan keinsafan kepada kami
berilah kami kekuatan iman dan ketabahan hati dalam menghadapi kehidupan
yang penuh warna ini
Amin...
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1430H
.
"Konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum, khususnya generasi muda.
Beliau berkata,"Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara tuan (orang Melayu) dan hamba(bukan Melayu). Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu"
"ketuanan’ bermaksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga boleh digambarkan sebagai kedaulatan.
bahawa negara ini pernah diperintah oleh Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan Tuan kepada TANAH MELAYU (Malaysia) ini.
Walaupun begitu, Raja-raja Melayu telah sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat dengan menerima sistem Raja Berperlembagaan.